Statistik malware / virus November 2010

 

1.   Trojan-Downloader.Java.OpenConnection.bu

2.   Trojan-Downloader.JS.Agent.frs

3.   Exploit.Java.CVE-2010-0886.a

4.   Trojan.HTML.Iframe.dl 

5.   Trojan.JS.Agent.bhr

6.   Exploit.JS.Agent.bab

7.   Trojan.JS.Agent.bmx

8.   Trojan.HTML.Agent.di

9.   Trojan.JS.Iframe.pg

10. Trojan.JS.Redirector.nz


Statistik dirujuk dari : Securelist, Kaspersky Lab

Statistik Malware/Virus Oktober 2010


1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir
2.   Virus.Win32.Sality.aa
3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih
4.   Trojan.JS.Agent.bhr
5.   Exploit.JS.Agent.bab
6.   Virus.Win32.Virut.ce
7.   Packed.Win32.Katusha.o
8.   Worm.Win32.FlyStudio.cu
9.   Virus.Win32.Sality.bh
10. Exploit.Win32.CVE-2010-2568.d

(Susunan mengikut jumlah kes yang dilaporkan oleh Kaspersky Lab)

Statistik jangkitan malware komputer September 2010

 
Susunan mengikut jumlah kes yang dilaporkan.

1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir
2.   Virus.Win32.Sality.aa
3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih
4.   Trojan.JS.Agent.bhr
5.   Exploit.JS.Agent.bab
6.   Worm.Win32.FlyStudio.cu
7.   Virus.Win32.Virut.ce
8.   Net-Worm.Win32.Kido.iq
9.   Exploit.Win32.CVE-2010-2568.d
10. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql

Teknologi berkembang beri kesan cara penyampaian ucapan hari raya



Dengan teknologi yang semakin berkembang dan seiring dengan peningkatan harga barang mentah untuk bahan cetakkan serta harga setem, kini ucapan hari raya dihantar melalui sms dan pilihan yang paling menarik ialah kad ucapan elektronik.  Sama ada kad ucapan elektronik yang telah siap direka oleh pengendali web tertentu mahupun yang diberi sentuhan peribadi oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Ulead Photo Impact.

Fenomena ketika ini ialah penghantaran ucapan kad raya elektronik (e-card) melalui laman web rangkaian sosial seperti Friendster dan Facebook.  Selain itu e-mel dan blog masih lagi menjadi pilihan popular oleh generasi kini yang semakin "celik IT", ditambah lagi dengan kempen kerajaan dengan cubaan mewujudkan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan Inisiatif Jalur Lebar Negara. dengan kewujudan teknologi seperti ini dapat membantu mempercepatkan ucapan dihantar dengan kos yang paling efektif atau rendah.  Maka tiada alasan untuk tidak mengeratkan perhubungan persahabatan dan kekeluargaan.

Aidilfitri dirai pada 10 September 2010

ICT Niaga Enterprise mengambil kesempatan di ruangan siber ini dengan mengucapkan Salam lebaran dan berhati-hati dalam setiap langkah dan perjalanan anda menuju ke destinasi yang diingini.  ICT Niaga Enterprise akan berpindah ke premis baru dalam bulan syawal ini ataupun pada bulan berikutnya bagi memperkemaskan lagi strategi perniagaan dan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.


Bilangan laman web digodam (hack) meningkat di musim perayaan.



Menurut sumber yang diperolehi oleh ICT Niaga, pada musim perayaan "hakers" mengambil peluang dari "percutian" webmaster atau blogmaster untuk menggodam laman web dan blog tertentu bagi mencuri maklumat ataupun atas dasar suka-suka.

Walauapapun niat mereka, seperti juga peringatan semasa anda ingin meninggalkan rumah, pastikan laman web anda selamat dan jika boleh anda hendaklah memantau sekerap yang mungkin walaupun sedang beraya (itupun jika anda rasa laman web anda sesuatu yang penting).

Sebaiknya anda haruslah membuang segala aplikasi mahupun kod yang disyaki tidak selamat dari laman web atau blog anda.  Ini bagi memastikan tiada "pintu-pintu" terbuka untuk malware atau hakers coding untuk mengacau-bilaukan laman web dan blog tertentu, yang mungkin kurang pengawasan semasa musim perayaan ini.

Sekiranya anda mengesan sebarang kegiatan penggodaman di laman web anda, sila hubungi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat aduan, iaitu di talian 03 8688 8303.  Maklumat lanjut mengenai hal berkaitan, boleh dirujuk pada laman web berikut :

http://www.skmm.gov.my/cybersecurity

Masih lagi dapat kad raya

Salam sejahtera,

Dalam perkembangan teknologi, ramai yang menyangkakan bahawa kad raya sudah ketinggalan zaman dan makin terpinggir.  Bagi ICT Niaga ianya tidak sama sekali seperti itu.  Kad raya mempunyai nilai yang tersendiri (sentimental value).  Ia melambangkan idea kreatif bagi pereka kad, selain dianggap sebagai penghargaan sesuatu perhubungan.  Ia juga boleh dijadikan sebagai hobi yang menarik untuk mengumpul kad raya yang pelbagai saiz, warna dan rekaannya.

Pada kali ini ICT Niaga Enterprise mendapat kad raya dari RAND ASIA SDN BHD (DR STITCH SDN BHD), iaitu syarikat yang menjalankan perniagaan menjual mesin sulaman serta peralatan dan perisian yang berkaitan.  Terima kasih diucapkan atas pemberian kad ucapan itu.

Statistik jangkitan virus / malware Ogos 2010

1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir
2.   Virus.Win32.Sality.aa
3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih
4.   Net-Worm.Win32.Kido.iq
5.   Trojan.JS.Agent.bhr
6.   Exploit.JS.Agent.bab
7.   Worm.Win32.FlyStudio.cu
8.   Virus.Win32.Virut.ce
9.   Exploit.Win32.CVE-2010-2568.d
10. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql

Google mengesan aktiviti mencurigakan pada web Geng Blogger dari pautan web pihak ketiga.

Assalamualaikum...

Bagi mereka yang mendaftar di komuniti Geng Blogger, pasti anda akan melihat paparan seperti di bawah :



Mengikut dari keterangan yang terdapat pada paparan berkenaan, web Geng Blogger mengandungi pautan dari blog atau laman web tertentu yang mengandungi perisian automatik yang berbahaya kepada komputer para pelawat (Malware). Malware ini akan memasang dengan sendirinya perisian yang boleh dikatakan dari suku sakat / jenis virus iaitu "Trojan" berkenaan tanpa pengetahuan serta kebenaran pemilik komputer @ pelawat "Geng Blogger". 

Oleh itu para blogger dikehendaki berhenti seketika melawat laman web Geng Blogger dan juga menyahkan sebarang pautan ke web Geng Blogger sehingga keadaan kembali pulih.

Berikut adalah keterangan dari pengurusan Google mengenai hal ini :

Diagnostic page for gengblogger.com

What is the current listing status for gengblogger.com?
Site is listed as suspicious - visiting this web site may harm your computer.
Part of this site was listed for suspicious activity 2 time(s) over the past 90 days.
What happened when Google visited this site?
Of the 642 pages we tested on the site over the past 90 days, 356 page(s) resulted in malicious software being downloaded and installed without user consent. The last time Google visited this site was on 2010-09-01, and the last time suspicious content was found on this site was on 2010-09-01.Malicious software includes 3 trojan(s), 1 exploit(s). Successful infection resulted in an average of 2 new process(es) on the target machine.
Malicious software is hosted on 1 domain(s), including 74.81.73.0/.
This site was hosted on 1 network(s) including AS2042 (ERX).
Has this site acted as an intermediary resulting in further distribution of malware?
Over the past 90 days, gengblogger.com did not appear to function as an intermediary for the infection of any sites.
Has this site hosted malware?
No, this site has not hosted malicious software over the past 90 days.
How did this happen?
In some cases, third parties can add malicious code to legitimate sites, which would cause us to show the warning message.
Next steps:

ManggaAd - imej segar, promosi hebat..!!!

Media pengiklanan baru yang memberi impak berkesan pada dunia blog.

Salam sejahtera,

Dalam 3 tahun kebelakangan ini, dunia weblog (blog) semakin meriah. Ramai kalangan pengguna internet mulai sedar akan kuasa yang ada pada media blog ini, walaupun kadang kala ianya ditenggelami oleh populariti rangkaian sosial seperti Friendster,Facebook dan Myspace. Malah, mereka yang mempunyai pekerjaan tetap serta suri rumah juga menggunakan blog bagi mengiklankan produk jualan mereka sebagai penjana pendapatan sampingan.

Tahun ke tahun, revolusi pengiklanan di internet semakin pesat membangun. Pelbagai agensi atau syarikat pengiklanan, berlumba-lumba menawarkan produk, program dan perkhidmatan bagi menarik syarikat-syarikat besar, selaku "pemain ekonomi" negara agar beriklan dengan syarikat masing-masing. Terlangsungnya iklan yang dipaparkan adalah berkualiti dan mendapat sambutan pelayar internet.

Bagi ICT Niaga Enterprise, ManggaAd adalah satu syarikat yang membawakan konsep yang menarik dengan menampilkan imej yang segar bagi memperkenalkan konsep "pengiklanan blog" kepada para blogger juga "pemain industri" di Malaysia. Dengan penggunaan warna tema yang "muda" serta menyokong penggunaan Bahasa Malaysia, sekaligus bercirikan keMalaysiaan yang juga menggambarkan jenama buatan Malaysia serta mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.

Statistik jangkitan virus komputer Julai 2010

Senarai disusun mengikut jumlah kes tertinggi


1. Net-Worm.Win32.Kido.ir

2. Virus.Win32.Sality.aa

3. Net-Worm.Win32.Kido.ih

4. Net-Worm.Win32.Kido.iq

5. Exploit.JS.Agent.bab

6. Trojan.JS.Agent.bhr

7. Worm.Win32.FlyStudio.cu

8. Virus.Win32.Virut.ce

9. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql

10. Worm.Win32.Mabezat.b

Linux di pc? Sudahkah anda bersedia..?

Ramai yang sedia maklum mengenai kelebihan penggunaan Linux sebagai sistem pengoperasian (OS) pada komputer anda sama ada deskstop mahupun laptop.  Sehingga ke hari ini, pelbagai variasi Linux telah dikeluarkan oleh komuniti sumber terbuka dalam menghasilkan versi Linux mereka sendiri mengikut keperluan dan idea masing-masing.

Malah ICT Niaga juga telah memiliki salinan OS Linux Ubuntu versi 10.4. Setelah progran itu di "burn" ke cd, para pengguna diberi kesempatan untuk mencuba OS tersebut sebelum dipasang ( install ) pada komputer.  Setelah menguji Linux Ubuntu versi 10.4, ICT Niaga dapati ianya menarik, memiliki fungsi-fungsi yang dilengkapi dengan perisian aplikasi yang kebiasaannya diperlukan oleh pengguna komputer dalam urusan seharian tanpa perlu memasang perisian yang berasingan.  Boleh dikatakan ianya "semua dalam satu".  Ia juga agak "ringan" dan tidak membebankan kelajuan cpu komputer anda.

Namun, kebanyakkan perisian hari ini masih lagi dibina menggunakan asas landasan Windows.  Mungkin kerana itu, ramai pengguna komputer seperti keberatan untuk beralih ke Linux.  Namun masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan penggunaan perisian tertentu bagi mengintergrasikan penggunaan perisian berasaskan sistem Windows ke platfom Linux.  Bagi tujuan itu, ICT Niaga akan memaklumkan di blog ini pada artikel yang akan datang...

ICT Niaga kini berusia 3 tahun..!

Assalamualaikum.., syukur kepada Allah S.W.T kerana usia ICT Niaga Enterprise pada hari ini telah mengjangkau 3 tahun.  Pelbagai dugaan berterusan serta berangkai telah dan sedang syarikat kecil ini lalui.  Namun, itu tidak menghalang saya selaku pemilik ICT Niaga memberi perkhidmatan yang sehabis baik untuk para pelanggan yang sudi masuk ke dalam premis ICT Niaga.

Pada "ulang tahun kelahiran" syarikat kecil milik bangsa Melayu ini, saya berdoa agar dapat bertahan dalam iklim Malaysia yang masih kesamaran mencari kesejahteraan ekonomi.  Agar dengan itu sambil mencari rezeki, dapatlah juga saya berbakti kepada pelanggan dan orang awam yang kebanyakkannya adalah mahasiswa UiTM cawangan Banda Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Statistik jangkitan virus komputer Jun 2010

Senarai di bawah mengikut susunan jumlah jangkitan seperti yang dilaporkan oleh Kaspersky Lab

1.   Trojan-Clicker.JS.Iframe.bb
2.   Exploit.JS.Agent.bab
3.   Trojan-Downloader.JS.Pegel.b
4.   Exploit.Java.CVE-2010-0886.a
5.   Trojan.JS.Agent.bhr
6.   Exploit.JS.Pdfka.clk
7.   not-a-virus:AdWare.Win32.FunWeb.
8.   Exploit.JS.Pdfka.ckp
9.   Worm.Win32.VBNA.
10.  Trojan-Clicker.JS.Agent.ma

Mengikut maklumat yang diperolehi Kaspersky Lab, Malaysia menduduki tangga ke lapan dengan peratusan 2.9%, iaitu dari negara-negara yang mempunyai masalah malware / virus komputer

Fakta-fakta yang aneh mengenai produk keluaran Microsoft

Mungkin para pelayar internet yang "blogwalking" atau "webwalking" pernah terjumpa perkara ini di mana-mana laman web.  Di sini ICT Niaga sekadar memaklumkan kepada mereka yang belum pernah terbaca mengenainya.

Di bawah ini adalah antara perkara aneh atau pelik yang berlaku dalam produk keluaran Microsoft, sama ada disengajakan mahupun tidak, iaitu :

1. Cuba anda buat satu folder baru yang kosong pada dekstop anda dengan menekan butang kanan tetikus, kemudian klik NEW dan klik FOLDER. Namakan folder itu dengan con .

2. Buat satu dokumen baru menggunakan NOTEPAD dan taipkan perkataan ini Bush hid the facts atau Bill can not dance.  Selepas itu simpan dokumen note pad ini dengan sebarang nama.  Kemudian anda buka semula dokumen berkenaan.


3. Buka satu dokumen baru Microsoft Word, kemudian taipkan =rand(200,99). Setelah itu tekan butang ENTER pada papan kekunci.


4. Ini berkaitan dengan tragedi 9/11, iaitu dua pesawat penumpang dikatakan berkod penerbangan Q33NY, yang telah melanggar bangunan WTC ( World Trade Centre ) di New York, USA.  Cuba anda taipkan kod penerbangan tersebut di dalam Microsoft Word menggunakan kesemuanya huruf besar.  Gunakan saiz tulisan yang besar, dicadangkan gunakan saiz 72.  Kemudiannya highlight ( tandakan ) semua huruf tersebut menggunakan mouse dan tukarkan jenis tulisan pada Wingdings.  Tulisan yang bertukar karekter itu akan membawa maksud yang bertepatan dengan kejadian yang berlaku pada 11 September 2001 itu...

Ini merupakan secebis kisah dalam Microsoft.  Mungkin banyak lagi yang kita tidak ketahui.

Perkomputeran Cloud jimat 50% belanja IT sektor awam

Sektor awam dijangka mampu menjimatkan 50 peratus perbelanjaan teknologi maklumat (IT) menerusi pelaksanaan perkomputeran 'cloud' yang mendapat kerjasama syarikat sistem operasi terkemuka, Microsoft.

Presiden Persatuan Pegawai Sistem Maklumat Malaysia (PERJASA), Datuk Mohamed Rosli Saad, berkata pengenalan perkomputeran cloud menjimatkan separuh perbelanjaan IT namun pada sama memperbaharui tahap efisien operasi.

"Melalui perkomputeran cloud, organisasi kerajaan berupaya menawarkan portal masyarakat interaktif yang disepadukan dengan keseluruhan agensi dan menghantar maklumat bersesuaian," katanya.

Rosli berkata, langkah terbabit selaras dengan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) MSC Malaysia yang menyenaraikan perkomputeran cloud sebagai langkah utama daripada 10 strategi teknologi pada 2010.

Perkomputeran cloud adalah sistem yang menggunakan teknologi maya untuk menghantar dan menyepadukan data di bawah satu bumbung disimpan dalam pusat data.

Sebahagian daripada perkhidmatan e-Kerajaan kini menggunakan elemen perkomputeran cloud seperti MYEG dan Arkib Negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Ananth Lazarus, berkata kerjasama dengan syarikatnya menepati sasaran ekonomi berasaskan inovasi yang digariskan kerajaan.

"Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan 12 NKEA yang membantu transformasi ekonomi Malaysia yang mempengaruhi pendapatan perkapita tinggi dan ICT adalah satu daripada kunci untuk merealisasikannya," kata Lazarus.

"Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara meningkat 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini mencatatkan jumlah tertinggi untuk tempoh sama sepanjang dekad ini," katanya.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menggariskan perkomputeran cloud sebagai nadi utama pembangunan perkhidmatan perniagaan kecil dan sederhana (SMB) di negara ini


~ artikel oleh Afiq Hanif, Harian Metro

Lenovo & syarikat penyedia telekomunikasi bekerjasama pasarkan Netbook

LENOVO sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dengan syarikat teknologi maklumat (IT) lain seperti syarikat telekomunikasi bagi menggabungkan inovasi netbook dengan pakej jalur lebar yang ditawarkan di negara ini.

Pengurus Negara Perniagaan Penggunanya, Sunny Ooi, berkata Lenovo mempunyai jalinan kerjasama sebelum ini dengan Maxis Berhad (Maxis) dan ia sentiasa bersedia menghubungkan kepakarannya sebagai vendor netbook dengan mana-mana syarikat telekomunikasi berminat memandangkan syarikatnya memiliki inovasi yang mampu memberi manfaat kepada pengguna.
"Memandangkan jalur lebar sebagai salah satu inisiatif yang diperlukan di negara pada masa depan, ciri penggunaan netbook yang mudah alih mampu memberi impak besar untuk digunakan," katanya.

"Kemudahan cip WiMAX dalam peranti netbook juga kini dalam pertimbangan dan kami akan berusaha bersama syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan terbabit malah kerjasama terbabit mungkin akan disaksikan menjelang akhir tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pengeluaran netbook yang agresif bukan bermakna barisan notebook akan dipinggirkan pada masa depan. Menurutnya, ciri netbook tidak akan menggantikan notebook pada masa depan memandangkan penggunaannya difokuskan sebagai peranti kedua yang digunakan di kafe atau dalam kereta api ketika pengguna berada di luar pejabat atau rumah.

"Ramalan netbook akan mengalami pertumbuhan pesat sememangnya berasas namun perbezaan segmen yang ditawarkan menjadi kunci utama kekuatan penghasilan netbook menepati kehendak masyarakat," kata Sunny.

Beliau turut memberitahu, vendor netbook seharusnya memikirkan jangka hayat bateri yang mampu bertahan sekurang-kurangnya enam jam menggunakan bateri enam sel kerana ia adalah isu utama untuk ditangani bagi memberikan keselesaan kepada pengguna melakukan aktiviti perkomputeran seperti melayari Internet dan sebagainya.

Sunny meramalkan, netbook akan menjadi gaya hidup penting dan kemasan kerangkanya perlu sesuai yang menonjolkan gaya si pemakai.


~ Afiq Hanif, Harian Metro

Keluaran terkini Microsoft : Microsoft Office 2010

Syarikat perisian komputer, Microsoft Corporation telah mengumumkan pengeluaran versi terbaru aplikasi pejabat iaitu Microsoft Office 2010.

Salinan perisian tersebut boleh dimuat-turun melalui laman web berikut dalam bentuk percubaan :

Abadikan gambar Sukan Malaysia XIII 2010 - Melaka di ICT Niaga

Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua atlit yang bertanding dalam temasya sukan di Melaka ini. Sesungguhnya kebanjiran atlit dan pegawai sukan negeri dari seluruh Malaysia ke negeri Hang Jebat ini bakal memeriahkan suasana dalam dimensi sukan di Melaka kerana dalam masa yang sama, turut berlangsungnya sukan bola sepak Piala Dunia yang dianjurkan di Afrika Selatan.

ICT Niaga Enterprise mengalu-alukan kedatangan anda bersukan di Melaka. Bagi para atlit mahupun mereka yang terlibat dalam penganjuran SUKMA ini yang ingin mengendalikan gambar-gambar digital dengan lebih baik, silalah berkunjung ke Kedai Komputer ICT Niaga Enterprise, 1.3B Tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka. Kedai ini berhadapan dengan Klinik Pergigian Persona dan sebaris dengan Inkubator GIATMARA Melaka (Jahitan).

Antara perkhidmatan yang berkaitan ialah burn cd/dvd serta edit gambar dan video digital. ICT Niaga Enterprise bersedia mengabadikan kenangan SUKMA di Melaka ini dengan lebih baik dari biasa...

Statistik jangkitan virus komputer Mei 2010

Senarai di bawah adalah mengikut susunan jumlah komputer global yang dijangkiti virus.


1. Net-Worm.Win32.Kido.ir

2. Virus.Win32.Sality.aa

3. Net-Worm.Win32.Kido.ih

4. Net-Worm.Win32.Kido.iq

5. Trojan.JS.Agent.bhr

6. Worm.Win32.FlyStudio.cu

7. Virus.Win32.Virut.ce

8. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql

9. Worm.Win32.Mabezat.b

10. Trojan-Dropper.Win32.Flystud.yo

Bersedia hadapi "Peperangan Cyber"

Dunia kita sentiasa tidak pernah sepi dari segala jenis peperangan, sama ada dari segi peperangan fizikal mahupun dari segi fikiran. Dalam dunia pengkomputeran, peperangan teknologi berada di tahap yang aktif. Syarikat pengeluar komponen atau perisian komputer, berlumba-lumba mengeluarkan produk yang terkini dengan teknologi yang mengkagumkan para peminat dan pengguna komputer.

Arena komputer juga menjadi alternatif "medan peperangan" antara pakar-pakar komputer dari negara yang bermusuhan. Para penggodam komputer ataupun istilah yang lebih popular ialah "Hakers", menceroboh dan menjahanamkan sistem komputer dan laman web negara musuh mereka seperti yang pernah berlaku antara Indonesia dan Malaysia. Kesan buruk tetap berlaku dan memberi impak yang besar kepada semua masyarakat walaupun tiada peluru serta roket yang dilancarkan. Kos untuk membaikpulih kerosakkan juga menelan belanja yang besar dan ini boleh menjejaskan produktiviti, terlangsungnya menjejaskan ekonomi sesebuah negara.

Ketika ini dunia menjadi hangat semula dengan tindakan kejam Yahudi Zionis ke atas manusia yang dianggap musuh dan hina bagi mereka. Kekejaman mereka seolah-olah mereka ini makhluk asing yang datang untuk menakluk bumi. Yahudi Zionis telah mewujudkan musuh mereka sendiri terutamanya dari kalangan mereka yang beragama Islam. Sejarah kekejaman dan hasad dengki mereka ini telah lama bermula iaitu sejak zaman kelahiran Nabi Yusof A.S.

Maka besar kemungkinan "Peperangan Cyber" akan ataupun telah berlaku. Oleh itu ICT Niaga Enterprise menyarankan kepada seluruh masyarakat di mana-mana kawasan di bumi ini, terutamanya di Malaysia agar bersiap sedia menghadapi keadaan ini. Buatlah salinan dokumen atau data-data penting yang ada dalam komputer anda kerana tidak mustahil kita di Asia Tenggara ini boleh terkena tempias peperangan di alam komputer ini. Pelbagai jenis virus komputer akan tersebar ke seluruh dunia hasil dari peperangan kejam ini. Berhati-hatilah...

Statistik jangkitan virus komputer April 2010

1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir

2.   Virus.Win32.Sality.aa   

3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih

4.   Net-Worm.Win32.Kido.iq 

5.   Worm.Win32.FlyStudio.cu

6.   Virus.Win32.Virut.ce   

7.   New Exploit.JS.CVE-2010-0806.i

8.   Trojan-Downloader.Win32.VB.eql


9.   Worm.Win32.Mabezat.b

10. Trojan-Dropper.Win32.Flystud.yo

Komputer untuk penyelam


Keselamatan ketika berada di dasar laut merupakan antara perkara yang paling ditakuti bagi mereka yang ingin menceburi dunia selam skuba. Namun inovasi dan perkembangan teknologi peralatan skuba yang semakin canggih telah membuktikan aktiviti itu semakin selamat untuk dilakukan.

Sejak penciptaan pengawal atur (regulator) oleh Jacques Cousteau pada 1942, antara peralatan skuba terpenting yang dihasilkan manusia adalah komputer selam. Keperluannya adalah seperti memiliki sebuah kompas ketika di dalam hutan malah bagi yang memahami ketelitian undang-undang selam skuba, alat itu boleh diibaratkan sebagai 'nyawa' setiap kali turun menyelam.

Kelebihan alat yang dipakai seperti jam tangan itu adalah keupayaannya melakukan pengiraan nyah-mampat (decompression) secara automatik yang menggantikan pengiraan cara manual menggunakan jadual selam.

Status nyah-mampat semasa menyelam dipengaruhi oleh dua faktor iaitu kedalaman dan tempoh selaman. Secara umumnya, semakin dalam seseorang itu menyelam maka semakin singkat waktu selaman.

Kegagalan mematuhi peraturan berkaitan dua faktor itu boleh menyebabkan penyelam mengalami penyakit nyah-mampat (DCS) akibat kandungan nitrogen yang berlebihan di dalam badan. Keselamatan ketika melakukan selam skuba sebenarnya sangat bergantung kepada pengiraan nyah-mampat seperti yang digariskan mengikut piawaian antarabangsa.

Melalui paparan maklumat yang dikemaskini sepanjang selaman pada skrin komputer selam, penyelam mampu mengawasi dan mematuhi peraturan dengan lebih tepat tanpa risiko kesilapan pengiraan secara manual.

Komputer selam atau dive com melakukan pengiraan dengan memantau tempoh selaman, kedalaman dan kedua-duanya sekali melalui kaedah pengiraan yang dinamik. Ia membantu meningkatkan keupayaan penyelam menyelam dengan lebih selamat, selesa dan lebih lama.

Dengan mengira pergerakan pelbagai peringkat kedalaman, pengiraan efisien secara langsung memaksimumkan masa di dalam air. Dalam kata lain, pengguna komputer selam mempunyai lebih masa menyelam berbanding pengiraan manual.

Ketika melakukan hentian keselamatan (safety stop), ia memberitahu penyelam paras kedalaman dan tempoh masa yang sepatutnya. Jika terlupa atau melebihi paras sepatutnya, alat ini akan mengeluarkan bunyi sebagai peringatan.

Di darat pula, pengiraan automatiknya menyatakan waktu selang di darat (surface interval) sebelum penyelam boleh melakukan selaman seterusnya.  Dengan alat itu juga, penyelam tidak perlu bersusah-payah mencatat kedalaman, tempoh selaman, waktu serta bilangan selaman yang telah dilakukan kerana semua data telah tersimpan di dalamnya.

Selain kelebihan yang dinyatakan di sini, komputer selam juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi penting yang biasanya ada pada jam tangan.

Bagi yang merancang untuk turun ke laut pada musim cuti akan datang fikirkan keselamatan anda ketika menyelam. Komputer selam adalah alat pertama yang harus dimiliki sebelum melabur untuk kelengkapan selam yang lain.  Dengan penampilan bergaya kasual seperti jam tangan, D4 adalah model popular dan paling banyak terlilit di tangan penyelam dengan fungsi yang mudah dioperasikan.



~ Oleh ABD. HALIM HADI ( Utusan Malaysia Online )
halimhadi@utusan.com.my

Oshirix - sistem operasi buatan MALAYSIA

Sistem Pengoperasian Oshirix dibina oleh sekumpulan pengaturcara dari Malaysia berasaskan kepada senibina Linux. Ianya telah dijalankan selama beberapa tahun dan versi terkini sudahpun dikeluarkan oleh mereka, yang mana untuk digunakan pada dvd atau thumbdrive.

Ianya berbeza dari "live cd / live dvd" kerana ia tidak berasaskan "Debian Stable", tetapi berasaskan "Debian Testing" bagi persediaan apabila ianya menjadi versi yang lebih stabil kelak.

Ia juga menggunakan kernel terkini (2.6.33.1) bagi memastikan lebih banyak hardware disokong. Booting juga lebih laju berbanding sebelum ini.

Selain itu, menu baru (Islamic Softwares) diperkenalkan yang mengandungi beberapa aplikasi seperti kalendar hijrah, minbar prayer times, waktu solat, zekr dan katoob.

Installer baru (eksperimental) berasaskan command line juga diperkenalkan. Installer ini menyokong ext4 sebagai filesystem. Penggunaannya tidak digalakkan bagi mereka yang baru dalam linux.

Maklumat lanjut, sila lawati laman web "http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=311"

Statistik jangkitan virus komputer Mac 2010

Statistik global terhadap ancaman virus atau malware :

1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir
2.   Virus.Win32.Sality.aa   
3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih
4.   Net-Worm.Win32.Kido.iq
5.   Worm.Win32.FlyStudio.cu   
6.   Trojan-Downloader.Win32.VB.eql 
7.   New Trojan.Win32.AutoRun.abj
8.   Virus.Win32.Virut.ce
9.   Packed.Win32.Krap.l
10. Worm.Win32.AutoIt.tc

"Dell Froot" tanpa monitor dan papan kekunci fizikal, adakah ia benar-benar telah wujud?

          



Apa tanggapan anda apabila melihat gambar di atas? Dalam fikiran anda, alat apakah itu?  Inilah sejenis komputer projektor, seperti yang dikatakan oleh gergasi pengeluar komputer tersebut, sebagai  idea baru dan yang pertama di dunia...

Ia mempunyai dua projektor untuk memaparkan paparan virtual bagi monitor dan papan kekunci.  Manakala tidak pula diterangkan kegunaan untuk tetikus  Ia memang seperti projektor yang biasa digunakan untuk membuat persembahan "slide" ataupun video, cuma fungsinya digabungkan dengan komputer.

Pauline Carlos sebagai perekanya, yang memasuki pertandingan merekacipta komputer tajaan Dell, membawakan konsep mesra alam kerana bahan yang digunakan untuk "casingnya" diperbuat daripada bahan yang selamat dari pencemaran alam persekitaran. 

Walaubagaimanapun, ianya masih diperingkat konsep dan prototaip semata-mata.  Namun jika ia dapat direalisasikan serta kemungkinan teknologi ilusi maya digunakan bersama, maka dunia pengkomputeran akan memasuki ke dimensi kemajuan komputer yang tiada batasnya.., insya Allah...

Nasib Windows XP pada tahun 2011

ICT Niaga Enterprise telah mendapat perkhabaran bahawa Windows XP tidak serasi digunakan pada "hard disk" keluaran tahun 2011.  Ini kerana hard disk yang dikeluarkan dalam tahun tersebut dikatakan menggunakan kaedah "advanced format", memandangkan saiz kapasiti kard disk semakin besar.

Format hard disk yang menggunakan Windows XP hanya mampu menguruskan sehingga 512 bytes kitaran sesaat, sedangkan teknologi generasi baru hard disk menggunakan lebih dari itu.

Pada pendapat ICT Niaga Enterprise, selagi para pengguna menggunakan hard disk yang mempunyai tarikh pengilangan sebelum tahun 2011, selagi itu Windows XP masih boleh digunakan.  Akan tetapi ada kemungkinan pihak Microsoft Corporation tidak lagi mengeluarkan kemaskini sistem Windows XP dalam tahun tersebut, seperti mana nasib yang dialami oleh Windows 98 dan Windows Me.

ICT Niaga Enterprise menyarankan para pengguna bersedia untuk meningkat upaya sistem komputer anda ke tahap kebolehgunaan pada Windows Vista ataupun Windows 7, sebagai langkah berjaga-jaga sebelum komputer anda bakal mengalami "kegagalan sistem operasi" yang menyebabkan segala data dan maklumat yang disimpan, berkemungkinan besar gagal diselamatkan.

Pembangunan Fasa 1 KUG Melaka : "Cyber Centre"

Assalamualaikum...

ICT Niaga Enterprise telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal komputer dan teknologi maklumat bagi Kelab Usahawan GIATMARA Melaka ( KUG Melaka ).

Untuk rancangan fasa 1, "cyber centre" diwujudkan sebagai salah satu aktiviti kelab bagi memberi kemudahan kepada masyarakat terutamanya dari kalangan pelatih GIATMARA Melaka mahupun usahawan lepasan GIATMARA Melaka.  Cyber centre ini kemudiannya akan diambil alih pengurusannya oleh koperasi selepas permohonan penubuhan koperasi diluluskan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Dijangkakan dalam minggu hadapan, pihak Telekom Malaysia cawangan Melaka akan memasang talian telefon serta internet di pejabat KUG Melaka.  Untuk makluman terkini, sila layari laman blog kugmelaka.blogspot.com

Kepentingan kemaskini (update) anti virus

Assalamualaikum...

Dari bulan ke tahun, kecanggihan teknologi pengkomputeran semakin menarik minat para pengguna untuk memiliki komputer.  ICT Niaga melihat, semakin ramai di kalangan masyarakat awam membeli sekurang-kurangnya pc ataupun yang sedang popular ketika ini iaitu "netbook".

Walaupun penguasaan masyarakat Malaysia terhadap ilmu pengkomputeran belum memuaskan, tetapi budaya ataupun corak masyarakat kita semakin ke arah "masyarakat siber".  Remaja serta para belia sudah amat biasa dengan blog, friendster, myspace, tagget dan facebook.  Jika dahulu aplikasi MIRC menguasai dunia "chatting", kini YM telah mengambil alih.  Malah pelajar sekolah rendahpun sudah ada akaun e-mel dan laman web sosial.

Tetapi salah satu bahagian yang berkaitan dengan penggunaan internet dan komputer seakan diabaikan.  Masih lagi ada yang tidak endah dengan aktiviti "update perisian anti virus".  Malah ada di kalangan pelanggan ICT Niaga Enterprise menyatakan bahawa mereka "malas" untuk kemaskini anti virus mereka.  Akhirnya komputer mereka mengalami kegagalan untuk berfungsi dalam keadaan normal.  ICT Niaga Enterprise juga mendapati, ada dikalangan syarikat servis komputer mengambil peluang di atas kelalaian para pengguna mengaut keuntungan yang melampau.  Ada juga yang "menanam virus bermasa" pada komputer pelanggan mereka.  Ini menyebabkan apabila tiba masa tertentu, pelanggan tersebut akan datang semula ke kedai mereka untuk membaikinya.  Yang lebih teruk lagi, pelanggan berkenaan tanpa mereka sedar, telah "disembelih" oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab.  Rosak cuma sedikit sahaja, tetapi banyak pula yang disuruh tukar ganti.

ICT Niaga Enterprise mengambil langkah berbeza jika dibandingkan dengan usahawan-usahawan komputer yang tertentu. Contohnya apabila seseorang pelanggan menghantar komputer untuk diformat semula atas sebab jangkitan "demam komputer" ( virus komputer ), ICT Niaga Enterprise akan melaksanakan tanggungjawab dengan amanah serta sehabis baik.  Selepas itu, ICT Niaga Enterprise akan mengajar pelanggan tersebut tips-tips atau petua penggunaan internet serta komputer secara selamat.  Pelanggan itu juga akan selalu diingatkan mengenai kepentingan kemaskini anti virus.  ICT Niaga Enterprise selalu mengajar mereka cara-cara "update" atau mendapatkan fail kemaskini anti virus yang menjadi pilihan mereka.  Ini merupakan salah satu cara ICT Niaga Enterprise menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat agar mereka "celik IT " dan tahu penjagaan komputer dari jangkitan virus.

ICT Niaga Enterprise tidak hanya memikirkan soal jawab keuntungan semata-mata, tetapi yang lebih penting mahu melihat masyarakat kita lebih maju ke hadapan, sekurang-kurangnya dalam segmen asas penggunaan komputer.

Kepada penghantar mesej bertarikh 14-02-2010 ( Ahad )

Pada tarikh berkenaan, ICT Niaga Enterpris telah mendapat mesej dari seseorang yang bernama Umikalsum, melalui blog ini, yang merancang untuk membuka cyber cafe.  Beliau telah meminta ICT Niaga Enterprise untuk menyediakan sebut harga bagi spesifikasi komputer yang lebih kepada kesesuaian permainan komputer.

Pihak ICT Niaga Enterprise telah menghantar e-mel kepada beliau namun telah dimaklumkan oleh pihak Google bahawa e-mel tersebut gagal dihantar kerana tiada sesiapa yang memiliki akaun e-mel tersebut pada Yahoo.com atau dalam erti kata lain, e-mel tersebut tidak wujud.

Diharap sebelum menghantar mesej, anda harus memastikan alamat e-mel anda telah ditaip dengan betul agar pihak ICT Niaga Enterprise dapat membalasnya.

Statistik serangan Virus / Malware : Januari 2010

1.   Virus.Win32.Sality.aa
2.   Packed.Win32.Krap.b
3.   Worm.Win32.AutoRun.dui
4.   Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
5.   Trojan.Win32.Autoit.ci
6.   Trojan-Downloader.WMA.GetCodec.c
7.   Packed.Win32.Black.a
8.   Virus.Win32.Alman.b
9.   Trojan.Win32.Obfuscated.gen
10. Trojan-Downloader.WMA.GetCodec.r

*statistik dirujuk berdasarkan pemantauan dari Kaspersky Security Network

Berhati-hati mengiklankan perniagaan di blog dan laman web

Fenomena blog (weblog mengikut istilah awalnya) telah merebak dengan pantas ke segenap pelusuk masyarakat dan masih lagi menjadi pilihan yang utama.  Ianya telah menjadi begitu popular bagi mereka yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual kraftangan, muffin atau cup cake.  Selain percuma, ia juga mudah diselenggarakan asalkan disesuatu tempat itu mempunyai capaian internet.

ICT Niaga melihat fenomena ini adalah baik kerana ia menjadikan peratusan "celik komputer" dikalangan masyarakat Malaysia meningkat.  Tetapi terdapat kelemahan ataupun kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam keghairahan mengiklankan perniagaan masing-masing.  Salah satunya mereka memaparkan maklumat nombor akaun bank dalam bentuk tulisan.

ICT Niaga menyarankan mereka yang melakukan teknik ini agar segera menukarkan paparan tersebut ke dalam bentuk gambar berformat jpg atau gif kerana telah lama wujud satu perisian (software) yang mencari secara rambang maklumat seperti nombor akaun bank bagi tujuan "jenayah komputer".

Telah dilaporkan oleh media massa bahawa terdapat cerdik pandai dalam bidang pengkomputeran yang menggunakan perisian dan teknik tertentu menceroboh akaun bank mangsa dan "merompak" dengan bermodalkan nombor akaun bank.  Oleh itu ICT Niaga menasihatkan kepada para usahawan atau sesiapa sahaja agar berhati-hati dalam perkara ini dan sentiasa berwaspada.  Anda juga seharusnya mempelbagaikan tempat penyimpanan wang, tidak hanya menyimpan dalam satu bank sahaja.  Menyimpan dalam ASB (sebagai contoh), boleh menjadi salah satu pilihan yang menarik.

Dunia semakin tenggelam dalam pembangunan pesat dunia komputer.  Internet sepatutnya menjadi "laut biru" bagi masyarakat untuk mendapat serta berkongsikan ilmu secara global.  Jangan jadikan internet sebagai "paya maut" seperti dilakukan oleh individu mahupun organisasi tertentu yang menyalahgunakan internet bagi menjalankan operasi jenayah komputer.

~p/s: teringat pada cerita super hero, "Cyber Cop"

Aksesori baru komputer dari Microsoft

Microsoft melancarkan aksesori komputer iaitu papan kekunci Comfort Desktop 5000 Tanpa Wayar, Bluetooth 6000 Mudah Alih, kamera video LifeCam Cinema dan tetikus 4000 Tanpa Wayar yang disesuaikan dengan Windows 7.

Papan kekunci Comfort Desktop 5000 Tanpa Wayar memiliki butang khas Taskbar Favorites yang membenarkan pengguna melayari pelbagai aplikasi dalam Windows 7.
Model Bluetooth 6000 Mudah Alih pula adalah papan kekunci paling nipis yang membolehkan anda mencabut pad nombor serta memiliki reka bentuk ergonomik.

Sementara itu, LifeCam menjadi kamera web pertama yang mempunyai kualiti definisi tinggi 720 piksel, juga mampu disesuaikan dalam persekitaran gelap.

Tetikus 4000 Tanpa Wayar pula masih mengekalkan teknologi pengesan Bluetrack yang sesuai untuk antaramuka tidak.

Statistik serangan Virus / Malware : Disember 2009

1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir
2.   Net-Worm.Win32.Kido.iq
3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih
4.   Virus.Win32.Sality.aa
5.   Worm.Win32.FlyStudio.cu
6.   not-a-virus:AdWare.Win32.GamezTar.a
7.   not-a-virus:AdWare.Win32.Boran.z
8.   Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
9.   Trojan-Downloader.WMA.GetCodec.s
10. Trojan.Win32.Swizzor.c
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com