Teknologi berkembang beri kesan cara penyampaian ucapan hari raya



Dengan teknologi yang semakin berkembang dan seiring dengan peningkatan harga barang mentah untuk bahan cetakkan serta harga setem, kini ucapan hari raya dihantar melalui sms dan pilihan yang paling menarik ialah kad ucapan elektronik.  Sama ada kad ucapan elektronik yang telah siap direka oleh pengendali web tertentu mahupun yang diberi sentuhan peribadi oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Ulead Photo Impact.

Fenomena ketika ini ialah penghantaran ucapan kad raya elektronik (e-card) melalui laman web rangkaian sosial seperti Friendster dan Facebook.  Selain itu e-mel dan blog masih lagi menjadi pilihan popular oleh generasi kini yang semakin "celik IT", ditambah lagi dengan kempen kerajaan dengan cubaan mewujudkan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan Inisiatif Jalur Lebar Negara. dengan kewujudan teknologi seperti ini dapat membantu mempercepatkan ucapan dihantar dengan kos yang paling efektif atau rendah.  Maka tiada alasan untuk tidak mengeratkan perhubungan persahabatan dan kekeluargaan.

Aidilfitri dirai pada 10 September 2010

ICT Niaga Enterprise mengambil kesempatan di ruangan siber ini dengan mengucapkan Salam lebaran dan berhati-hati dalam setiap langkah dan perjalanan anda menuju ke destinasi yang diingini.  ICT Niaga Enterprise akan berpindah ke premis baru dalam bulan syawal ini ataupun pada bulan berikutnya bagi memperkemaskan lagi strategi perniagaan dan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.


Bilangan laman web digodam (hack) meningkat di musim perayaan.



Menurut sumber yang diperolehi oleh ICT Niaga, pada musim perayaan "hakers" mengambil peluang dari "percutian" webmaster atau blogmaster untuk menggodam laman web dan blog tertentu bagi mencuri maklumat ataupun atas dasar suka-suka.

Walauapapun niat mereka, seperti juga peringatan semasa anda ingin meninggalkan rumah, pastikan laman web anda selamat dan jika boleh anda hendaklah memantau sekerap yang mungkin walaupun sedang beraya (itupun jika anda rasa laman web anda sesuatu yang penting).

Sebaiknya anda haruslah membuang segala aplikasi mahupun kod yang disyaki tidak selamat dari laman web atau blog anda.  Ini bagi memastikan tiada "pintu-pintu" terbuka untuk malware atau hakers coding untuk mengacau-bilaukan laman web dan blog tertentu, yang mungkin kurang pengawasan semasa musim perayaan ini.

Sekiranya anda mengesan sebarang kegiatan penggodaman di laman web anda, sila hubungi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat aduan, iaitu di talian 03 8688 8303.  Maklumat lanjut mengenai hal berkaitan, boleh dirujuk pada laman web berikut :

http://www.skmm.gov.my/cybersecurity

Masih lagi dapat kad raya

Salam sejahtera,

Dalam perkembangan teknologi, ramai yang menyangkakan bahawa kad raya sudah ketinggalan zaman dan makin terpinggir.  Bagi ICT Niaga ianya tidak sama sekali seperti itu.  Kad raya mempunyai nilai yang tersendiri (sentimental value).  Ia melambangkan idea kreatif bagi pereka kad, selain dianggap sebagai penghargaan sesuatu perhubungan.  Ia juga boleh dijadikan sebagai hobi yang menarik untuk mengumpul kad raya yang pelbagai saiz, warna dan rekaannya.

Pada kali ini ICT Niaga Enterprise mendapat kad raya dari RAND ASIA SDN BHD (DR STITCH SDN BHD), iaitu syarikat yang menjalankan perniagaan menjual mesin sulaman serta peralatan dan perisian yang berkaitan.  Terima kasih diucapkan atas pemberian kad ucapan itu.

Statistik jangkitan virus / malware Ogos 2010

1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir
2.   Virus.Win32.Sality.aa
3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih
4.   Net-Worm.Win32.Kido.iq
5.   Trojan.JS.Agent.bhr
6.   Exploit.JS.Agent.bab
7.   Worm.Win32.FlyStudio.cu
8.   Virus.Win32.Virut.ce
9.   Exploit.Win32.CVE-2010-2568.d
10. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql

Google mengesan aktiviti mencurigakan pada web Geng Blogger dari pautan web pihak ketiga.

Assalamualaikum...

Bagi mereka yang mendaftar di komuniti Geng Blogger, pasti anda akan melihat paparan seperti di bawah :



Mengikut dari keterangan yang terdapat pada paparan berkenaan, web Geng Blogger mengandungi pautan dari blog atau laman web tertentu yang mengandungi perisian automatik yang berbahaya kepada komputer para pelawat (Malware). Malware ini akan memasang dengan sendirinya perisian yang boleh dikatakan dari suku sakat / jenis virus iaitu "Trojan" berkenaan tanpa pengetahuan serta kebenaran pemilik komputer @ pelawat "Geng Blogger". 

Oleh itu para blogger dikehendaki berhenti seketika melawat laman web Geng Blogger dan juga menyahkan sebarang pautan ke web Geng Blogger sehingga keadaan kembali pulih.

Berikut adalah keterangan dari pengurusan Google mengenai hal ini :

Diagnostic page for gengblogger.com

What is the current listing status for gengblogger.com?
Site is listed as suspicious - visiting this web site may harm your computer.
Part of this site was listed for suspicious activity 2 time(s) over the past 90 days.
What happened when Google visited this site?
Of the 642 pages we tested on the site over the past 90 days, 356 page(s) resulted in malicious software being downloaded and installed without user consent. The last time Google visited this site was on 2010-09-01, and the last time suspicious content was found on this site was on 2010-09-01.Malicious software includes 3 trojan(s), 1 exploit(s). Successful infection resulted in an average of 2 new process(es) on the target machine.
Malicious software is hosted on 1 domain(s), including 74.81.73.0/.
This site was hosted on 1 network(s) including AS2042 (ERX).
Has this site acted as an intermediary resulting in further distribution of malware?
Over the past 90 days, gengblogger.com did not appear to function as an intermediary for the infection of any sites.
Has this site hosted malware?
No, this site has not hosted malicious software over the past 90 days.
How did this happen?
In some cases, third parties can add malicious code to legitimate sites, which would cause us to show the warning message.
Next steps:
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com