Perkomputeran Cloud jimat 50% belanja IT sektor awam

Sektor awam dijangka mampu menjimatkan 50 peratus perbelanjaan teknologi maklumat (IT) menerusi pelaksanaan perkomputeran 'cloud' yang mendapat kerjasama syarikat sistem operasi terkemuka, Microsoft.

Presiden Persatuan Pegawai Sistem Maklumat Malaysia (PERJASA), Datuk Mohamed Rosli Saad, berkata pengenalan perkomputeran cloud menjimatkan separuh perbelanjaan IT namun pada sama memperbaharui tahap efisien operasi.

"Melalui perkomputeran cloud, organisasi kerajaan berupaya menawarkan portal masyarakat interaktif yang disepadukan dengan keseluruhan agensi dan menghantar maklumat bersesuaian," katanya.

Rosli berkata, langkah terbabit selaras dengan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) MSC Malaysia yang menyenaraikan perkomputeran cloud sebagai langkah utama daripada 10 strategi teknologi pada 2010.

Perkomputeran cloud adalah sistem yang menggunakan teknologi maya untuk menghantar dan menyepadukan data di bawah satu bumbung disimpan dalam pusat data.

Sebahagian daripada perkhidmatan e-Kerajaan kini menggunakan elemen perkomputeran cloud seperti MYEG dan Arkib Negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Ananth Lazarus, berkata kerjasama dengan syarikatnya menepati sasaran ekonomi berasaskan inovasi yang digariskan kerajaan.

"Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan 12 NKEA yang membantu transformasi ekonomi Malaysia yang mempengaruhi pendapatan perkapita tinggi dan ICT adalah satu daripada kunci untuk merealisasikannya," kata Lazarus.

"Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara meningkat 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini mencatatkan jumlah tertinggi untuk tempoh sama sepanjang dekad ini," katanya.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menggariskan perkomputeran cloud sebagai nadi utama pembangunan perkhidmatan perniagaan kecil dan sederhana (SMB) di negara ini


~ artikel oleh Afiq Hanif, Harian Metro

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com