Lenovo & syarikat penyedia telekomunikasi bekerjasama pasarkan Netbook

LENOVO sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dengan syarikat teknologi maklumat (IT) lain seperti syarikat telekomunikasi bagi menggabungkan inovasi netbook dengan pakej jalur lebar yang ditawarkan di negara ini.

Pengurus Negara Perniagaan Penggunanya, Sunny Ooi, berkata Lenovo mempunyai jalinan kerjasama sebelum ini dengan Maxis Berhad (Maxis) dan ia sentiasa bersedia menghubungkan kepakarannya sebagai vendor netbook dengan mana-mana syarikat telekomunikasi berminat memandangkan syarikatnya memiliki inovasi yang mampu memberi manfaat kepada pengguna.
"Memandangkan jalur lebar sebagai salah satu inisiatif yang diperlukan di negara pada masa depan, ciri penggunaan netbook yang mudah alih mampu memberi impak besar untuk digunakan," katanya.

"Kemudahan cip WiMAX dalam peranti netbook juga kini dalam pertimbangan dan kami akan berusaha bersama syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan terbabit malah kerjasama terbabit mungkin akan disaksikan menjelang akhir tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pengeluaran netbook yang agresif bukan bermakna barisan notebook akan dipinggirkan pada masa depan. Menurutnya, ciri netbook tidak akan menggantikan notebook pada masa depan memandangkan penggunaannya difokuskan sebagai peranti kedua yang digunakan di kafe atau dalam kereta api ketika pengguna berada di luar pejabat atau rumah.

"Ramalan netbook akan mengalami pertumbuhan pesat sememangnya berasas namun perbezaan segmen yang ditawarkan menjadi kunci utama kekuatan penghasilan netbook menepati kehendak masyarakat," kata Sunny.

Beliau turut memberitahu, vendor netbook seharusnya memikirkan jangka hayat bateri yang mampu bertahan sekurang-kurangnya enam jam menggunakan bateri enam sel kerana ia adalah isu utama untuk ditangani bagi memberikan keselesaan kepada pengguna melakukan aktiviti perkomputeran seperti melayari Internet dan sebagainya.

Sunny meramalkan, netbook akan menjadi gaya hidup penting dan kemasan kerangkanya perlu sesuai yang menonjolkan gaya si pemakai.


~ Afiq Hanif, Harian Metro

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com