Berhati-hati mengiklankan perniagaan di blog dan laman web

Fenomena blog (weblog mengikut istilah awalnya) telah merebak dengan pantas ke segenap pelusuk masyarakat dan masih lagi menjadi pilihan yang utama.  Ianya telah menjadi begitu popular bagi mereka yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual kraftangan, muffin atau cup cake.  Selain percuma, ia juga mudah diselenggarakan asalkan disesuatu tempat itu mempunyai capaian internet.

ICT Niaga melihat fenomena ini adalah baik kerana ia menjadikan peratusan "celik komputer" dikalangan masyarakat Malaysia meningkat.  Tetapi terdapat kelemahan ataupun kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam keghairahan mengiklankan perniagaan masing-masing.  Salah satunya mereka memaparkan maklumat nombor akaun bank dalam bentuk tulisan.

ICT Niaga menyarankan mereka yang melakukan teknik ini agar segera menukarkan paparan tersebut ke dalam bentuk gambar berformat jpg atau gif kerana telah lama wujud satu perisian (software) yang mencari secara rambang maklumat seperti nombor akaun bank bagi tujuan "jenayah komputer".

Telah dilaporkan oleh media massa bahawa terdapat cerdik pandai dalam bidang pengkomputeran yang menggunakan perisian dan teknik tertentu menceroboh akaun bank mangsa dan "merompak" dengan bermodalkan nombor akaun bank.  Oleh itu ICT Niaga menasihatkan kepada para usahawan atau sesiapa sahaja agar berhati-hati dalam perkara ini dan sentiasa berwaspada.  Anda juga seharusnya mempelbagaikan tempat penyimpanan wang, tidak hanya menyimpan dalam satu bank sahaja.  Menyimpan dalam ASB (sebagai contoh), boleh menjadi salah satu pilihan yang menarik.

Dunia semakin tenggelam dalam pembangunan pesat dunia komputer.  Internet sepatutnya menjadi "laut biru" bagi masyarakat untuk mendapat serta berkongsikan ilmu secara global.  Jangan jadikan internet sebagai "paya maut" seperti dilakukan oleh individu mahupun organisasi tertentu yang menyalahgunakan internet bagi menjalankan operasi jenayah komputer.

~p/s: teringat pada cerita super hero, "Cyber Cop"

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, tima kasih.. len kali, saya mesti lebih berhati2

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com