Konvensyen Usahawan Muslim 7 September 2013


Sukacita dimaklumkan, satu konvensyen besar-besaran akan diadakan khas untuk golongan usahawan dan bakal usahawan di seluruh malaysia.Konvensyen Usahawan Muslim ini akan diadakan pada 7 Sept 2013, di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang beralamat di Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang

Enam orang Usahawan Muslim yang berjaya akan berkongsikan pengalaman mereka di dalam konvensyen ini. Mereka adalah :
  1. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin - Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd
  2. Dato' Husammudin Yaacub - CEO Kumpulan Media Karangkraf
  3. Dato' Dr. Rusly Abdullah (Chef li) - Mentor Jutawan Senyap
  4. Datuk Nadzim Johan - Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  5. Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan - Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd
  6. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi - Penceramah Bebas 
Yuran penyertaan pula adalah sangat murah. Serendah RM100 seorang (jika mendaftar 3 orang).

Jika anda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan serta menambah rangkaian untuk perniagaan, saya syorkan para usahawan Muslim agar hadir ke konvensyen ini.

Maklumat lanjut boleh dilihat di : http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/

Keperluan ePerolehan peringkat global










Dunia menyaksikan perubahan yang drastik di dalam urusan perolehan negara di setiap benua sehinggakan sistem perolehan secara elektronik ini telah menjadi satu kewajiban dan diwartakan sebagai satu akta kepada majoriti kerajaan-kerajaan dan agensi-agensi pentadbiran mereka.
Hal ini adalah selari dengan perkembangan dan pertambahan urusan perolehan di dalam sektor SME yang berurusan dengan agensi-agensi kerajaan.

Sebagai contoh, statistik pada tahun 2012 terkini menunjukkan bahwa 17% daripada hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Kesatuan Eropah terdiri daripada urusan jual-beli bersama sektor SME. Manakala di Malaysia, dijangka sebanyak RM47.75 bilion akan dibelanjakan pada 2013 bagi kerja-kerja pembangunan kerajaan persekutuan, yang akan turut merangkumi produk dan perkhidmatan dari sektor SME.

Dengan kenaikan jumlah transaksi jual-beli seperti ini, penggunaan sistem perolehan elektronik dan online bagi proses perolehan akan menjadi pemangkin utama untuk mempermudahkan urusan dan menjamin ketelusan urusniaga.

Promosi Ramadhan : Kursus komputer RM55.00


Sempena ketibaan bulan Ramadhan (bulan puasa) yang mulia ini, ICT Niaga Enterprise menawarkan peluang kepada rakyat negeri Melaka untuk menyertai kursus komputer selama dua hari pada kadar harga yang murah iaitu hanya RM55.00 sahaja.

Kursus ini dijalankan di pejabat operasi ICT Niaga Enterprise di Kelab Usahawan Giatmara Melaka (KUG Melaka), Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka. Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan (link) di bawah ini untuk ke blog khas kursus berkenaan :

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com