Oshirix - sistem operasi buatan MALAYSIA

Sistem Pengoperasian Oshirix dibina oleh sekumpulan pengaturcara dari Malaysia berasaskan kepada senibina Linux. Ianya telah dijalankan selama beberapa tahun dan versi terkini sudahpun dikeluarkan oleh mereka, yang mana untuk digunakan pada dvd atau thumbdrive.

Ianya berbeza dari "live cd / live dvd" kerana ia tidak berasaskan "Debian Stable", tetapi berasaskan "Debian Testing" bagi persediaan apabila ianya menjadi versi yang lebih stabil kelak.

Ia juga menggunakan kernel terkini (2.6.33.1) bagi memastikan lebih banyak hardware disokong. Booting juga lebih laju berbanding sebelum ini.

Selain itu, menu baru (Islamic Softwares) diperkenalkan yang mengandungi beberapa aplikasi seperti kalendar hijrah, minbar prayer times, waktu solat, zekr dan katoob.

Installer baru (eksperimental) berasaskan command line juga diperkenalkan. Installer ini menyokong ext4 sebagai filesystem. Penggunaannya tidak digalakkan bagi mereka yang baru dalam linux.

Maklumat lanjut, sila lawati laman web "http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=311"

Statistik jangkitan virus komputer Mac 2010

Statistik global terhadap ancaman virus atau malware :

1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir
2.   Virus.Win32.Sality.aa   
3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih
4.   Net-Worm.Win32.Kido.iq
5.   Worm.Win32.FlyStudio.cu   
6.   Trojan-Downloader.Win32.VB.eql 
7.   New Trojan.Win32.AutoRun.abj
8.   Virus.Win32.Virut.ce
9.   Packed.Win32.Krap.l
10. Worm.Win32.AutoIt.tc

"Dell Froot" tanpa monitor dan papan kekunci fizikal, adakah ia benar-benar telah wujud?

          



Apa tanggapan anda apabila melihat gambar di atas? Dalam fikiran anda, alat apakah itu?  Inilah sejenis komputer projektor, seperti yang dikatakan oleh gergasi pengeluar komputer tersebut, sebagai  idea baru dan yang pertama di dunia...

Ia mempunyai dua projektor untuk memaparkan paparan virtual bagi monitor dan papan kekunci.  Manakala tidak pula diterangkan kegunaan untuk tetikus  Ia memang seperti projektor yang biasa digunakan untuk membuat persembahan "slide" ataupun video, cuma fungsinya digabungkan dengan komputer.

Pauline Carlos sebagai perekanya, yang memasuki pertandingan merekacipta komputer tajaan Dell, membawakan konsep mesra alam kerana bahan yang digunakan untuk "casingnya" diperbuat daripada bahan yang selamat dari pencemaran alam persekitaran. 

Walaubagaimanapun, ianya masih diperingkat konsep dan prototaip semata-mata.  Namun jika ia dapat direalisasikan serta kemungkinan teknologi ilusi maya digunakan bersama, maka dunia pengkomputeran akan memasuki ke dimensi kemajuan komputer yang tiada batasnya.., insya Allah...
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com