ManggaAd - imej segar, promosi hebat..!!!

Media pengiklanan baru yang memberi impak berkesan pada dunia blog.

Salam sejahtera,

Dalam 3 tahun kebelakangan ini, dunia weblog (blog) semakin meriah. Ramai kalangan pengguna internet mulai sedar akan kuasa yang ada pada media blog ini, walaupun kadang kala ianya ditenggelami oleh populariti rangkaian sosial seperti Friendster,Facebook dan Myspace. Malah, mereka yang mempunyai pekerjaan tetap serta suri rumah juga menggunakan blog bagi mengiklankan produk jualan mereka sebagai penjana pendapatan sampingan.

Tahun ke tahun, revolusi pengiklanan di internet semakin pesat membangun. Pelbagai agensi atau syarikat pengiklanan, berlumba-lumba menawarkan produk, program dan perkhidmatan bagi menarik syarikat-syarikat besar, selaku "pemain ekonomi" negara agar beriklan dengan syarikat masing-masing. Terlangsungnya iklan yang dipaparkan adalah berkualiti dan mendapat sambutan pelayar internet.

Bagi ICT Niaga Enterprise, ManggaAd adalah satu syarikat yang membawakan konsep yang menarik dengan menampilkan imej yang segar bagi memperkenalkan konsep "pengiklanan blog" kepada para blogger juga "pemain industri" di Malaysia. Dengan penggunaan warna tema yang "muda" serta menyokong penggunaan Bahasa Malaysia, sekaligus bercirikan keMalaysiaan yang juga menggambarkan jenama buatan Malaysia serta mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com