Oshirix - sistem operasi buatan MALAYSIA

Sistem Pengoperasian Oshirix dibina oleh sekumpulan pengaturcara dari Malaysia berasaskan kepada senibina Linux. Ianya telah dijalankan selama beberapa tahun dan versi terkini sudahpun dikeluarkan oleh mereka, yang mana untuk digunakan pada dvd atau thumbdrive.

Ianya berbeza dari "live cd / live dvd" kerana ia tidak berasaskan "Debian Stable", tetapi berasaskan "Debian Testing" bagi persediaan apabila ianya menjadi versi yang lebih stabil kelak.

Ia juga menggunakan kernel terkini (2.6.33.1) bagi memastikan lebih banyak hardware disokong. Booting juga lebih laju berbanding sebelum ini.

Selain itu, menu baru (Islamic Softwares) diperkenalkan yang mengandungi beberapa aplikasi seperti kalendar hijrah, minbar prayer times, waktu solat, zekr dan katoob.

Installer baru (eksperimental) berasaskan command line juga diperkenalkan. Installer ini menyokong ext4 sebagai filesystem. Penggunaannya tidak digalakkan bagi mereka yang baru dalam linux.

Maklumat lanjut, sila lawati laman web "http://mambang.org.my/modules/news/article.php?storyid=311"

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com