Peluang untuk belajar

Assalamualauikum dan salam sejahtera...
Dimaklumkan kepada semua para pembaca terutamanya yang berada di sekitar Melaka. ICT Niaga Enterprise dengan kerjasama GIATMARA Melaka telah membuka peluang untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah dan tidak mempunyai apa-apa aktiviti sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan, untuk mendapatkan pengetahuan dalam bidang komputer secara percuma untuk sepenuh masa. Ia merangkumi peringkat asas hingga pertengahan.
Elaun sebanyak RM200.00 setiap bulan diberikan kepada mereka yang benar-benar berminat serta mengikuti kursus ini dengan lengkap. Sijil tamat kursus juga akan diberikan. Untuk keterangan lanjut, sila hadir ke "Kedai Komputer" ICT Niaga Enterprise di 1.3B Tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Night Electronics, GIATMARA dan ICT Niaga

Night Electronics ( M ) Sdn Bhd ( NE ) merupakan syarikat yang berpangkalan di Ampang, Selangor, berpengalaman dalam bidang rangkaian dan pembekalan komputer sejak tahun 1996. Syarikat ini telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mendapat pengiktirafan status Bumiputera. Night Electronic telah berjaya dalam bidaan tender pemasangan rangkaian komputer / internet di seluruh cawangan GIATMARA Negeri Melaka.
ICT Niaga Enterprise dipilih untuk terlibat sama dalam perkongsian maklumat serta kepakaran pemasangan rangkaian komputer di GIATMARA Kota Melaka, Melaka dan pejabat GIATMARA Negeri Melaka di Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.
Idea perkongsian yang dicetuskan oleh pihak pengurusan GIATMARA Sdn Bhd dilaksanakan sepanjang waktu kerja-kerja pemasangan rangkaian komputer oleh NE bertujuan mendedahkan usahawan dari bekas penuntut GIATMARA pada suasana kerja yang sebenar dan teknologi pemasangan rangkaian komputer yang terkini.
Ini dilihat sebagai satu tindakan bijak oleh pihak pengurusan GIATMARA dalam situsasi "menang - menang", iaitu antara pihak GIATMARA, pemenang tender serta usahawan dari GIATMARA sendiri. ICT Niaga Enterprise, selaku usahawan yang dilahirkan oleh GIATMARA Negeri Melaka berasa amat bertuah kerana dipilih untuk projek perkongsian ini.
Selain boleh dianggap sebagai "belajar sambil bekerja", ICT Niaga Enterprise dapat menggunakan peluang yang dianugerahkan ini untuk menyerap segala kemahiran yang belum ada dalam pengurusan syarikat. Terlangsungnya dapat menaiktaraf kemampuan syarikat dan dapat memperkenalkan nama ICT Niaga Enterprise pada pihak atasan GIATMARA Sdn Bhd, mahupun pada orang awam.
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com