
Apa tanggapan anda apabila melihat gambar di atas? Dalam fikiran anda, alat apakah itu? Inilah sejenis komputer projektor, seperti yang dikatakan oleh gergasi pengeluar komputer tersebut, sebagai idea baru dan yang pertama di dunia...
Ia mempunyai dua projektor untuk memaparkan paparan virtual bagi monitor dan papan kekunci. Manakala tidak pula diterangkan kegunaan untuk tetikus Ia memang seperti projektor yang biasa digunakan untuk membuat persembahan "slide" ataupun video, cuma fungsinya digabungkan dengan komputer.
Pauline Carlos sebagai perekanya, yang memasuki pertandingan merekacipta komputer tajaan Dell, membawakan konsep mesra alam kerana bahan yang digunakan untuk "casingnya" diperbuat daripada bahan yang selamat dari pencemaran alam persekitaran.
Walaubagaimanapun, ianya masih diperingkat konsep dan prototaip semata-mata. Namun jika ia dapat direalisasikan serta kemungkinan teknologi ilusi maya digunakan bersama, maka dunia pengkomputeran akan memasuki ke dimensi kemajuan komputer yang tiada batasnya.., insya Allah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan