Keusahawanan Kerjaya Pilihan : Program Latihan Tahun 2008

INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA ( INSKEN ), dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mengeluarkan borang permohonan latihan keusahawanan dalam pelbagai bidang di akhbar Mingguan MALAYSIA bertarikh 13 Januari 2008.

Permohonan juga boleh dibuat melalui laman web : http://www.mecd.gov.my

Sikap usahawan / peniaga Melayu

Assalamualaikum...

Melalui pemerhatian saya, pada ketika ini masih ada lagi dari kalangan usahawan atau peniaga Melayu melakukan beberapa kesilapan yang jika dibiarkan akan merosakkan bisnes itu sendiri. Antaranya ialah :
  1. Tiada "wang kecil" untuk urusniaga harian.
  2. Tidak tetap pendirian dalam meletak harga barangan niaga.
  3. Tidak tegas ketika menghadapi pelanggan yang sengaja membuat masalah.
  4. Tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap bisnes yang sedang dijalankan.
  5. Layanan dan kemesraan kurang terhadap bakal pelanggan dan pelanggan.
  6. Berniaga sekadar ikut-ikutan.
  7. Hanya mementingkan keuntungan dalam masa yang sama meminggirkan elemen kebajikkan pelanggan.

Dari zaman "Pak Pandir" hinggalah ke zaman 50 tahun Malaysia merdeka, perasaan hasad dengki, iri hati dan tamak haloba nampaknya masih lagi bersarang dalam minda usahawan Melayu walaupun mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti gerai kuih-muih / makanan.

Sudah acap kali para penceramah atau motivator keusahawanan memberi penekanan terhadap isu ini, namun ianya seperti sukar dikikis dari dalam diri usahawan Melayu di Malaysia.

Diharapkan dari tahun ke tahun, sikap dan corak pemikiran orang Melayu dalam kehidupan, khasnya dalam bidang perniagaan berubah menjadi lebih baik, bersesuaian dengan sambutan bagi mengenangkan peristiwa "Maal Hijrah 1429" yang disambut oleh masyarakat Islam di Malaysia semalam...

Harus diingatkan bahawasanya orang Melayu tiada apa-apa yang istimewa sekiranya ada antara mereka yang memisahkan ajaran Islam dari kehidupan mereka. Islam adalah sumber kekuatan orang Melayu, malah Nabi Muhammad adalah usahawan terunggul di zamannya. Islam memandang mulia bagi penganutnya yang berniaga secara jujur dan beretika mulia.

Penulis menyarankan kepada seluruh keturunan Melayu, khasnya golongan peniaga agar mengamalkan konsep perniagaan yang jujur berlandaskan syariah Islam agar kita menguasai ekonomi Malaysia dan menjadi "UJ" serta "UYU".

Para pembaca ingin tahu apakah yang dimaksudkan oleh penulis mengenai "UJ" dan "UYU" ini....? Penulis akan menerangkannya di artikel yang akan datang....

RM20 juta bantu peniaga Melayu

Uda diberi tugas beli ruang niaga di lokasi strategik untuk disewa kepada usahawan

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) memperuntukkan RM20 juta setahun bagi membantu peniaga Bumiputera menjalankan perniagaan di lokasi strategik di seluruh negara termasuk kompleks beli-belah utama.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peruntukan itu disalurkan kepada Bahagian Pembangunan Perniagaan, sebuah badan khas yang diwujudkan menerusi Uda Holdings Bhd, yang dipertanggungjawabkan membeli ruang niaga di lokasi strategik untuk disewakan kepada peniaga Bumiputera yang berpotensi.

Beliau berkata, masalah lokasi kurang strategik serta kos sewa ruang perniagaan yang tinggi di kompleks beli-belah utama sering membantutkan usaha peniaga Bumiputera untuk memperkenalkan produk mereka dengan lebih berkesan.

"Justeru, inisiatif yang dilakukan MeCD itu diharapkan dapat membantu mengurangkan masalah pengusaha Bumiputera mendapatkan ruang niaga di lokasi strategik bagi mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih pantas," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, semalam.

~berita diambil dari Berita Harian Online

Laman web bantu PKS dapatkan maklumat kemudahan pinjaman

Bagi memudahkan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapat maklumat, khususnya membabitkan permasalahan pinjaman perniagaan, Sekretariat Majlis Pembangunan IKS Kebangsaan, menyalurkan segala maklumat yang berkaitan di laman web http://www.smeinfo.com.my/

Program lahirkan usahawan Bumiputera

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) mengambil langkah proaktif bagi melahirkan 25 usahawan Bumiputera berwibawa setahun menerusi beberapa program keusahawanannya.

Usahawan itu akan dibangunkan menerusi beberapa program seperti Vendor Inkubator Payung, Sub Kontraktor Bumiputera PKNS, Dana Pembelian dan Penyewaan Premis Perniagaan, Program Permata, Skim Pejabat Inkubator PKNS dan Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PHASER).

Pengurus besarnya, Datuk Harun Salim berkata semua program itu akan dilaksanakan Sekretariat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Tambah beliau lagi, PKNS memperuntukkan RM2.08 juta tahun ini berbanding RM1.97 juta tahun sebelumnya manakala MeCD pula menyediakan bantuan dalam bentuk geran bernilai RM3.5 juta.

~ sumber diambil dari Metro Bisnes ( Khamis, 3 Januari 2008 )

Pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan

Di bawah adalah teks yang diambil daripada "Ucapan Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda Dan Puteri UMNO pada 5 November 2007 ( isnin ) di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak" :

Di dalam ucapan beliau tersebut, mengandungi suatu topik yang sangat penulis gemari di ketika ini iaitu "Pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan". Berdasarkan penilaian penulis, ia menyentuh persoalan mengenai penguasaan ekonomi bangsa Melayu, Dasar Ekonomi Baru, penubuhan tiga wilayah pembangunan ekonomi iaitu IDR, NCER, ECER dan akan datang diwujudkan di Sabah serta Sarawak dan menggalakan graduan lulusan kolej,universiti mahupun pusat-pusat kemahiran untuk meneroka bidang perniagaan baru bagi mewujudkan sekumpulan usahawan yang mantap agar matlamat kerajaan yang mahu "orang Melayu" menguasai ekonomi terus meningkat dari semasa ke semasa. Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib turut cuba memperkenalkan penggunaan perkataan "wiraswasta" iaitu membawa makna mengikut Kamus Dewan versi 2007 ialah orang yang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan perniagaan dan perdagangan secara profesional. Menurut beliau, budaya "wiraswasta" dan pekerjaan sebagai usahawan mestilah dipupuk sejak di "bangku sekolah" dan "menara gading".

Dalam erti kata lain, sikap sebagai usahawan perlu diperkenalkan pada generasi muda Melayu agar berani menjadi usahawan yang berjaya supaya dengan itu ia dapat meningkatkan penguasaan ekonomi bangsa Melayu ke tahap tertinggi kerana selama ini ianya seperti diperlekehkan oleh bangsa lain, malah yang lebih menyedihkan, ada di kalangan bangsa "sendiri" yang berbuat demikian.
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com