Pada tarikh berkenaan, ICT Niaga Enterpris telah mendapat mesej dari seseorang yang bernama Umikalsum, melalui blog ini, yang merancang untuk membuka cyber cafe. Beliau telah meminta ICT Niaga Enterprise untuk menyediakan sebut harga bagi spesifikasi komputer yang lebih kepada kesesuaian permainan komputer.
Pihak ICT Niaga Enterprise telah menghantar e-mel kepada beliau namun telah dimaklumkan oleh pihak Google bahawa e-mel tersebut gagal dihantar kerana tiada sesiapa yang memiliki akaun e-mel tersebut pada Yahoo.com atau dalam erti kata lain, e-mel tersebut tidak wujud.
Diharap sebelum menghantar mesej, anda harus memastikan alamat e-mel anda telah ditaip dengan betul agar pihak ICT Niaga Enterprise dapat membalasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan