
Walaupun perisian Microsoft Word bukannya perisian sesuai digunakan untuk membuat pengiraan (kebiasaannya para pengguna komputer akan menggunakan Microsoft Excel), kadang kala terdapat maklumat yang wujud ketika kita menyediakan dokumen dan memerlukan pengiraan atau semakan secara cepat. Pengiraan ringkas boleh dilakukan di dalam perisian "Word" itu sendiri tanpa perlu menggunakan perisian pengiraan yang lain.
Sebelum menggunakan fungsi itu, ia perlu diaktifkan dan diletakkan di dalam menu. Untuk mengaktifkan kemudahan itu ikuti langkah berikut:
- Pergi ke Menu Tools dan pilih Customize.
- Pilih tab Commands dan pilih kategori All Commands. Di dalam ruang Commands pilih ToolsCalculate.
- Tarik Command ToolsCalculate dan pilih menu Tools, letakkan Command ToolsCalculate di bawah AutoSummarize.
- Untuk mendapatkan jumlah di antara nombor yang terdapat di dalam dokumen, anda hanya perlu tandakan (highlight) nombor dan pilih.
- Jawapan pengiraan akan dipaparkan di bahagian bawah skrin.
Keputusan pengiraan juga disimpan di dalam memori dan boleh dipaparkan semula di dalam dokumen dengan menggunakan arahan Paste. Pengiraan juga boleh dilakukan untuk nombor yang berada di dalam bahagian yang ditandakan (highlight).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan