"Potong Broadband" atau Streamyx Broadband, mana satu jadi pilihan?

Ketika ini "perang broadband" sedang memuncak di media massa.  Setiap masa kita disajikan dengan provokasi syarikat tertentu pada perkhidmatan "broadband" ( jalur lebar ) yang sedia ada, yang disediakan oleh syarikat Telekom Malaysia ( TM ).


Syarikat terkini selaku penyedia khidmat jalur lebar tanpa wayar begitu ghairah mengiklankan produk mereka dengan menggunakan seni warisan tradisi masyarakat Melayu iaitu kompang dan memaparkan majlis persandingan, yang mana pengantinnya bersoal jawab dalam perkara yang kurang sopan, menggelikan bagi sesetengah penonton.  Wakaupun babak tersebut tidak lagi disiarkan dalam iklan, tetapi ianya telah menjadi fenomena yang "melekat" di pemikiran masyarakat, terutamanya kanak-kanak. Ini merupakan sindrom yang tidak baik kerana iklan tersebut mengandungi unsur kelucahan.


Apa yang diperkatakan mereka mengenai potong kos dan wayar, internet menjadi lebih pantas sebenarnya mempunyai persepsi yang tersirat.  Tidak kiralah sama ada menggunakan produk mereka ataupun dari syarikat lain seperti Maxis dan Celcom, kos untuk menyediakan jalur lebar tanpa wayar bagi pengguna biasa adalah lebih murah dari Streamyx.  Tetapi ini tidak bermakna "potong wayar", anda akan mendapat capaian internet terbaik. 


Streamyx menyediakan capaian internet yang lebih stabil berbanding dengan produk internet jalur lebar tanpa wayar.  Mana-mana produk internet tanpa wayar akan mengalami gangguan isyarat kerana konsep yang digunakan sama seperti telefon selular (hand phone) juga hampir menyamai "gelombang radio".  Manakala kualiti internet Streamyx kini adalah semakin baik dan lebih stabil.  Pihak TM juga telah menawarkan pelbagai pakej yang menarik bersesuaian dengan setiap lapisan masyarakat Malaysia yang madani.


ICT Niaga berpendirian, syarikat yang dimaksudkan di atas sewajibnya tidak membandingkan produk mereka dengan internet berwayar ( Streamyx ), sebaliknya mereka boleh membandingkan kualiti produk mereka dengan syarikat penyedia khidmat internet jalur lebar tanpa wayar yang lain. Dari segi sifat mobiliti, ya, memang pantas untuk dipasang dan digunakan, tetapi dari segi yang lain, ICT Niaga tetap memilih "internet jalur lebar berwayar".


Streamyx juga ada menyediakan "wireless internet" dalam pelbagai bentuk dan jenis seperti "hotspot", yang boleh didapati di restoran atau premis tertentu.

Statistik serangan malware / virus : November 2009

1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir
2.   Net-Worm.Win32.Kido.iq
3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih
4.   Virus.Win32.Sality.aa
5.   Worm.Win32.FlyStudio.cu
6.   not-a-virus:AdWare.Win32.Boran.z
7.   Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
8.   Trojan-Downloader.WMA.GetCodec.s
9.   Virus.Win32.Virut.ce
10. Virus.Win32.Induc.a

~statistik diambil mengikut kesan serangan komputer secara umum seluruh dunia

Sistem Pengoperasian Linux Ubuntu

Ubuntu adalah sebuah Sistem Pengoperasian lengkap berasaskan Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian dan alat-alat pengaturcaraan.

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dengan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga sangat kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian Anti-Virus untuk mempertahankan sistem komputer anda.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau "Long Term Support" (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam satu CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun.

Aplikasi Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

~maklumat diambil dari "ubuntu.com.my"

HP ProBook 5310m




MEMPERLUASKAN lagi aktiviti pembuatan komputer riba dengan portfolio ringan dan nipis secara lebih komprehensif, pengeluar produk pengkomputeran Hewlett-Packard (HP) telah tampil dengan model HP ProBook 5310m.
Produk komputer paling nipis di dunia itu menawarkan prestasi perniagaan penuh bagi keperluan mobiliti golongan profesional.  Dengan berat 1.72 kilogram (kg) dan ketebalan hanya 0.93 inci, model tersebut didatangkan bersama paparan skrin LED berdefinisi tinggi 13.3 inci.

Binaan luarnya pula dibangunkan menerusi kombinasi material aluminium dan magnesium dengan sentuhan rekaan yang sofistikated.  Model tersebut dipacu menggunakan pemproses Intel CoreTM2 Duo SP9300 yang menawarkan pengguna kesempurnaan prestasi sebuah komputer.  Dari segi keupayaan bateri, ia mampu bertahan sehingga lapan jam kerana binaannya terdiri daripada polimer litium berkapasiti tinggi.

Keunikan model ini diserlahkan lagi melalui aplikasi HP QuickWeb yang membenarkan pengguna mengakses kandungan internet ketika komputer tidak aktif dengan kadar masa sambungan kurang daripada 20 minit.  Selain itu, pengguna juga boleh menjalankan aktiviti seperti mengedit emel, kalendar dan juga nombor telefon tanpa perlu mengaktifkan komputer.

HP ProBook 5310m kini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga RM3,299 dengan pilihan sistem operasi Microsoft Windows XP atau Microsoft Windows Vista.

Keistimewaan keluaran Microsoft : Windows 7




Selepas sistem operasi PC Windows Vista, kini Microsoft melangkah jauh dengan melancarkan Windows 7 yang lebih mesra pengguna, canggih dan pantas. Ia dilancarkan di ibu negara baru-baru ini bersama-sama rakan niaga Intel, HP, Dell, Acer, DiGi, AMD, Asus dan Lenovo.

Sistem operasi baru ini menawarkan antara muka pengguna yang menjadikan tugas seharian lebih mudah. Kehadiran Windows 7 di negara ini disokong oleh rakan niaga Microsoft dengan menggunakannya di dalam komputer dan perisian masing-masing. Dengan pelbagai pilihan PC dan harga, pengguna boleh memilih yang sesuai dengan keperluan mereka daripada netbook, ultrathin notebook dan laptop kepada desktop dan mesin permainan.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood berkata, Microsoft Malaysia amat teruja dengan Windows 7 di negara ini dan merupakan hari yang amat bermakna bagi industri teknologi maklumat (IT).  "Windows 7 telah berada di seluruh negara dan pengalaman di PC semakin bermakna bagi pengguna seperti diimpikan ringkas, pantas, lebih responsif.

"Kami berharap pengguna di negara ini yang menggunakan Windows dan menaiktaraf PC dalam masa 12 bulan ini akan menikmati apa yang dialami oleh lapan juta penguji beta," katanya semasa majlis pelancaran rasmi Windows 7 bagi Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.  Dengan Windows 7, Microsoft telah menjadikan tugasan lebih ringkas, pantas, lebih responsif dan kurang sibuk.

Dalam menjadikan matlamat Windows 7 menjadikan impian sebagai kenyataan Penolong Pengarah Eksekutif Majlis Kebangsaan Orang Buta Malaysia (NCBM), Moses Choo telah melakukan demo bagaimana sistem operasi terkini dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik.  Pada masa yang sama, Microsoft Malaysia, Acer dan Asus mendermakan perisian dan perkakasan komputer kepada NCBM bagi membantu usaha merapatkan ruang digital di antara mereka.

Berbaloi dengan ciri yang diberikan, harga runcit Windows 7 dengan versi penuh bermula dengan RM525 bagi Home Premium, bagi Professional adalah RM855 manakala RM903 bagi Ultimate.  Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Windows 7 boleh layari laman web http://www.win7.com.my/

~Sumber dari Utusan On-line.

Anti virus yang terbaik..?

Tiada syarikat perisian anti virus yang boleh mendakwa bahawa anti virus keluaran mereka yang terbaik berbanding yang lain. Sebabnya ia bergantung kepada perolehan serta pemilikan teknologi pembuatan anti virus.

Lagipun anti virus mahupun virus itu sendiri terdiri dari "coding" (kod aturcara). Mereka yang pandai "bermain" dengan kod-kod ini, maka mereka berkeupayaan dalam mencipta kaedah untuk menyekat serangan virus, dalam erti kata lain, menggunakan kod aturcara untuk menghalang perlaksanaan kod aturcara yang lain. Malah mereka juga boleh mencipta virus jika mereka mahu.

Untuk kategori anti virus percuma (tanpa bayaran tahunan), AVG versi 9.0 adalah yang terbaik, untuk kategori berbayar pula ialah BitDefender atau Kaspersky.

Semua kategori anti virus, sama ada yang percuma atau yang berbayar, perlu fail kemaskini (update) kerana virus baru dicipta setiap hari, maka perlu juga cara baru menanganinya. Di sinilah peranan update diperlukan.

Statistik serangan Virus / Malware : Oktober 2009

  1. Net-Worm.Win32.Kido.ir
  2. Net-Worm.Win32.Kido.ih
  3. not-a-virus:AdWare.Win32.Boran.z
  4. Virus.Win32.Sality.aa
  5. Worm.Win32.FlyStudio.cu
  6. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
  7. Virus.Win32.Induc.a
  8. Packed.Win32.Black.d
  9. Worm.Win32.AutoRun.awkp
  10. Virus.Win32.Virut.ce

Sistem keselamatan terbaru Kaspersky

KASPERSKY menghasilkan dua perlindungan keselamatan komputer menerusi Anti Virus dan Internet Security 2010 dengan ciri perlindungan diperbaharui menerusi sistem unik yang direka khas.

Anti Virus 2010 memiliki ikon baru iaitu Kaspersky Toolbar yang memberi amaran jika laman web yang dilawati tidak selamat selain pembaharuan untuk perlindungan papan kekunci maya serta mod game.

Manakala Internet Security 2010 mempunyai keupayaan yang membolehkan pengguna melayari laman web tidak selamat dengan menetapkannya pada mod Safe Run.

Spesifikasi :-
PRODUK: Kaspersky Anti Virus 2010

HARGA: RM69 (satu PC), RM99 (tiga PC), RM149 (lima PC)
SISTEM OPERASI: Windows XP Home, Professional, Vista Basic, Premium, Business, Enterprise, Ultimate.
PEMPROSESAN: Intel Pentium 300 MHz dan ke atas, Intel Pentium 800 MHz (untuk Vista)
RAM: 256 MB, 512 MB (untuk Vista)


PRODUK: Kaspersky Internet Security 2010

HARGA: RM99 (satu PC), RM149 ( tiga PC), RM239 (lima PC)
SISTEM OPERASI: Windows XP Home, Professional, Vista Basic, Premium, Business, Enterprise, Ultimate.

PEMPROSESAN: Intel Pentium 300 MHz dan ke atas, Intel Pentium 800 MHz (untuk Vista)

RAM: 256 MB, 512 MB (untuk Vista)

Fakta serangan virus

> Sejak April 2009 dilaporkan ancaman Trojan W32/Dropper.PTD meningkat sehingga 66 peratus (Threatscape)

> W32/Dropper.PTD dianggap sebagai trojan permainan atas talian yang paling agresif di Asia melibatkan China sebagai pendahulu dengan 44.86 peratus diikuti pula negara Thailand.

> Jangkitan Conficker.C atau dikenali Worm_downad mampu merebak ke lebih 15 juta komputer seluruh dunia dengan paten bermula 5.885.00. (Trend Micro Inc)

> Peningkatan malware dikesan sebanyak 450,000 dalam tempoh enam bulan pertama 2008 di Malaysia (F-Secure)

Jemputan Menyertai Pameran Malaysian Government Open Source Software Conference (MYGOSSCON)

Dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan menganjurkan pameran MyGosscon 2009 dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (ACCIM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India (MAICCI) yang bertemakan Leveraging OSS To Ride The Economic Wave yang akan berlangsung pada :-


Tarikh : 5hb & 6hb November, 2009 (Khamis dan Jumaat)

Tempat : Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Dirasmikan : YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon ( Menteri Di Jabatan Perdana Menteri )


Sehubungan dengan itu, semua Ahli DPMM dan usahawan Melayu adalah dijemput untuk menghadirinya samada sebagai peserta, pemamer dan pembentang kertas kerja di dalam persidangan ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pameran ini sila muat turun website MyGOSSCON di alamat http://mygosscon.oscc.org.my/2009/.

Statistik serangan Virus / Malware : September 2009

1. Net-Worm.Win32.Kido.ih
2. Virus.Win32.Sality.aa
3. not-a-virus:AdWare.Win32.Boran.z
4. Net-Worm.Win32.Kido.ir
5. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
6. Trojan.Win32.Autoit.ci
7. Virus.Win32.Induc.a
8. Virus.Win32.Virut.ce
9. P2P-Worm.Win32.Palevo.jdb
10. Net-Worm.Win32.Kido.jq

PC dengan sambungan 3G


Untuk memastikan pengguna sentiasa berkomunikasi dalam dunia tanpa sempadan, kebanyakan model telefon bimbit sudah pun menawarkan aplikasi sambungan rangkaian 3G.

Tidak cukup dengan itu, komputer peribadi (PC) juga kini telah dilengkapkan dengan aplikasi berkenaan sebagai alternatif kepada kawasan yang sukar untuk mendapatkan akses Internet. Inisiatif tersebut sebenarnya telah dijalankan oleh syarikat pengeluar komputer, Qualcomm Incorporated dalam menghasilkan sebuah PC dengan aplikasi sambungan Internet wayarles berkelajuan tinggi.

Komputer yang diberi nama Kayak itu didatangkan dengan sambungan jalur lebar 3G tersedia tanpa memerlukan peranti atau aksesori luar secara berasingan.

Secara asasnya, fungsi tersebut dipacu oleh stesen mobiliti Qualcomm Dual Core dengan siri set cip MSM7xxx.

Antara ciri yang ditawarkan oleh Kayak adalah seperti aplikasi pelayaran web 2.0, pelayaran menerusi perisian Opera dengan resolusi desktop, menyokong aplikasi televisyen serta sesuai digunakan bersama peralatan asas seperti tetikus, papan kekunci, permainan muzik dan konsol permainan video.

Naib Presiden Pemasaran Korporat Inventec Corporation, Mark Hirsch berkata, pengenalan komputer tersebut bakal merancakkan industri telekomunikasi dalam beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Pengurusan Produk Qualcomm CDMA Technologies, Luis Pineda berkata, komputer tersebut bakal membawa era baru dalam komuniti internet secara global. Maklumat lanjut mengenai produk berkenaan boleh diperolehi di laman web http://www.qualcomm.com/.


Sumber: Utusan Malaysia

Salam Syawal 1430 / 2009


Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan selamat hari raya aidilfitri kepada anda, khususnya kepada mereka yang telah menjadi pelanggan ICT Niaga Enterprise.

Untuk makluman anda, perkhidmatan ICT Niaga Enterprise masih lagi boleh didapati di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka walaupun kini hampir dua tahun ICT Niaga Enterprise beroperasi di Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka. Saya selaku pemilik syarikat masih lagi mengekalkan operasi di Kampung Tanjung Rimau Dalam dan kawasan sekitarnya kerana berhasrat untuk memudahkan para penduduk mendapat sebarang jenis perkhidmatan yang berkaitan komputer tanpa perlu "berjalan" jauh ke pekan atau bandar.

Sebagai anak jati yang membesar di Kampung Tanjung Rimau Dalam, saya melalui ICT Niaga Enterprise telah lama mahu berbakti pada penduduk kampung dengan "Projek Komputer dan IT", hanya menunggu modal yang mencukupi serta masa yang tepat untuk melaksanakannya.

ICT Niaga dan Zad & Associates

ICT Niaga Enterprise dan Zad & Associates Computer Centre telah menjalinkan usahasama bagi projek pemasangan internet tanpa wayar ( wireless internet ) di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2, Melaka, yang berada di kawasan Tengkera.

Projek ini dilaksanakan atas permintaan PIBG sekolah tersebut bagi memenuhi keperluan warga-kerja sekolah berkenaan serta para murid agar mereka dapat menyertai dan memanfaatkan dunia teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dengan lebih mudah lagi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak TM Melaka, melalui pegawai pemasaran mereka iaitu Nur Fadhilah atas segala urusan semasa dan selepas penyediaan "Streamyx" di S. K. (P) Methodist 2. Masa yang diambil oleh pihak TM Melaka dalam menguruskan keperluan projek ini amatlah memuaskan.
Untuk makluman para pembaca, ICT Niaga Enterprise dan Zad & Associates Computer Centre mempunyai premis di tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.

Peluang untuk belajar

Assalamualauikum dan salam sejahtera...
Dimaklumkan kepada semua para pembaca terutamanya yang berada di sekitar Melaka. ICT Niaga Enterprise dengan kerjasama GIATMARA Melaka telah membuka peluang untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah dan tidak mempunyai apa-apa aktiviti sekurang-kurangnya dalam masa 6 bulan, untuk mendapatkan pengetahuan dalam bidang komputer secara percuma untuk sepenuh masa. Ia merangkumi peringkat asas hingga pertengahan.
Elaun sebanyak RM200.00 setiap bulan diberikan kepada mereka yang benar-benar berminat serta mengikuti kursus ini dengan lengkap. Sijil tamat kursus juga akan diberikan. Untuk keterangan lanjut, sila hadir ke "Kedai Komputer" ICT Niaga Enterprise di 1.3B Tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Night Electronics, GIATMARA dan ICT Niaga

Night Electronics ( M ) Sdn Bhd ( NE ) merupakan syarikat yang berpangkalan di Ampang, Selangor, berpengalaman dalam bidang rangkaian dan pembekalan komputer sejak tahun 1996. Syarikat ini telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mendapat pengiktirafan status Bumiputera. Night Electronic telah berjaya dalam bidaan tender pemasangan rangkaian komputer / internet di seluruh cawangan GIATMARA Negeri Melaka.
ICT Niaga Enterprise dipilih untuk terlibat sama dalam perkongsian maklumat serta kepakaran pemasangan rangkaian komputer di GIATMARA Kota Melaka, Melaka dan pejabat GIATMARA Negeri Melaka di Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.
Idea perkongsian yang dicetuskan oleh pihak pengurusan GIATMARA Sdn Bhd dilaksanakan sepanjang waktu kerja-kerja pemasangan rangkaian komputer oleh NE bertujuan mendedahkan usahawan dari bekas penuntut GIATMARA pada suasana kerja yang sebenar dan teknologi pemasangan rangkaian komputer yang terkini.
Ini dilihat sebagai satu tindakan bijak oleh pihak pengurusan GIATMARA dalam situsasi "menang - menang", iaitu antara pihak GIATMARA, pemenang tender serta usahawan dari GIATMARA sendiri. ICT Niaga Enterprise, selaku usahawan yang dilahirkan oleh GIATMARA Negeri Melaka berasa amat bertuah kerana dipilih untuk projek perkongsian ini.
Selain boleh dianggap sebagai "belajar sambil bekerja", ICT Niaga Enterprise dapat menggunakan peluang yang dianugerahkan ini untuk menyerap segala kemahiran yang belum ada dalam pengurusan syarikat. Terlangsungnya dapat menaiktaraf kemampuan syarikat dan dapat memperkenalkan nama ICT Niaga Enterprise pada pihak atasan GIATMARA Sdn Bhd, mahupun pada orang awam.

PIKOM PC FAIR 2009 (II)


7 Ogos - 9 Ogos 2009 (11:00am - 9:00pm)

Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir

Seminar Kenali Potensi Diri - Dr. Azizan Osman

ICT Niaga Enterprise telah menyertai "Seminar Kenali Potensi Diri" yang disampaikan oleh Dr. Azizan Osman iaitu pengasas Richworks Resources.
Seminar tersebut diadakan di Dewan C, Pusat Persidangan, MITC Ayer Keroh, Melaka pada 12 Julai 2009. Seminar ini merungkaikan potensi diri seseorang melalui nombor-nombor yang terhasil dari perkiraan tarikh lahir, yang mana menggunakan kaedah sains metafizik serta pengkajian terperinci terhadap persekitaran dan tingkahlaku seseorang.

Infolient tingkatkan jalur lebar 50 peratus

KUALA LUMPUR 12 Julai 2009 - Penyedia perkhidmatan Internet baru Malaysia, Infolient berhasrat membantu penduduk kampung untuk celik komputer dengan menyediakan pusat pembelajaran komputer kepada mereka.
Pengarah Urusan Kumpulan, Eric Chong berkata, pusat pembelajaran komputer tersebut akan mengajar penduduk kampung maklumat asas seperti menghantar e-mel, mencari maklumat dan menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian.
''Hubungan Internet membolehkan mereka berhubung dengan dunia luar dan menjadi sebahagian daripada revolusi digital.
''Setakat ini, kami sedang berbincang dengan majlis perbandaran dan kerajaan negeri untuk menawarkan perkhidmatan kepada komuniti kecil tersebut,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini. Tambah Chong, pada waktu ini penembusan jalur lebar di Malaysia adalah sebanyak 25 peratus atau 1.3 juta pelanggan seluruh negara.
''Kami merancang untuk bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mencapai sasaran penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus menjelang 2010,'' katanya. Infolient bermula dengan menyediakan perkhidmatan pukal untuk Telekom Malaysia pada 2004, tiga tahun kemudian mereka diberikan lesen sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar.
Chong berkata, kewujudan mereka adalah untuk menyediakan alternatif kepada perkhidmatan sedia ada berbanding bersaing dengan penyedia perkhidmatan yang lain.

~sumber dari Utusan online

PIKOM rancang program ICT

Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM) merancang pelbagai program sempena Bulan(ICT) Industri Komunikasi dan Maklumat Kebangsaan (NIM) tahun ini.
Menurut persatuan itu, NIM bertujuan meningkatkanlagi kesedaran, permintaan dan menangani isu dan peluang dalam industri ICT negara. Timbalan Pengerusi PIKOM, Wei Chuan Beng (gambar), berkata NIM 2009 akan berlangsung dari 20 Julai hingga 20 Ogos, membabitkan pelbagai program bagi memberi manfaat kepada perniagaan, kerajaan, akademik dan masyarakat.
Menurutnya, acara meliputi persidangan utama Sidang Kemuncak Kepimpinan PIKOM serta jualan PC.
"Kami berharap aktiviti ICT sepanjang sebulan itu menyemarakkan industri ICT domestik," katanya.
Wei yang juga pengerusi penganjur NIM 2009 berkata, sepanjang tempoh itu, PIKOM melancarkan kempen perintis e-sisa bagi mendidik pengguna mengenai pentingnya kitar semula perkakasan elektrik dan elekronik.
Persatuan itu juga menganjur kempen membeli dalam talian pada bulan itu bagi mempromosikan aktiviti e-dagang dalam negara, katanya.
~sumber dari Harian Metro, Isnin, 6 Julai 2009

Telekom Malaysia Product Presentation

Tarikh : 19 Jun 2009
Tempat : King's Hotel Ayer Keroh, Melaka



Jamuan "Hi-Tea" disediakan untuk para pelanggan TM

Aktiviti anjuran Dewan Perniagaan Melayu Negeri Melaka

Berikut adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Negeri Melaka dalam bulan ini :

Program Pembangunan Usahawan Di Dalam Sektor Pengeluaran Produk Halal dan Pemasara (termasuk peruncitan, pengedaran, borong, eksport dan import)

Tarikh: 2hb Jun 2009 (Selasa)

Masa : 10.30 pagi - 1.30 tgh

Tempat: Hotel Sri Malaysia, Ayer Keroh.


Taklimat Pembiayaan di bawah Pakej Rangsangan-Bajet Mini oleh Bank Negara Malaysia

Tarikh : 2hb Jun 2009 (Selasa)

Masa : 2 - 5 petang

Tempat: Hotel Sri Malaysia Ayer Keroh.

Bagi anda yang telah menjalankan perniagaan digalakkan untuk menghadirinya. Anda boleh memilih untuk hadir salah satu program yang diberitahu di atas atau memilih kedua-duanya. Tiada sebarang syarat untuk penyertaan.

Sebarang pertanyaan hubungi :

Suhaida Zahar DPMM Melaka
Tel: 06-2832298 Fax: 06-2845663

SME Biznet Seminar di Mahkota Hotel Melaka

Seminar yang dianjurkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM Melaka) pada 28/05/2009, dibuat di Tiara 3 & 4, Mahkota Hotel Melaka. Setelah selesai seminar, TM dengan bermurah hati menyediakan jamuan untuk pelanggan TM yang hadir.

Senarai 10 serangan virus / malware komputer bulan April 2009

1.Net-Worm.Win32.Kido.ih
2.Virus.Win32.Sality.aa
3.Trojan-Dropper.Win32.Flystud.ko
4.Trojan.Win32.Chifrax.a
5.Trojan.Win32.Autoit.ci
6.Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
7.Packed.Win32.Krap.b
8.Worm.Win32.AutoRun.dui
9.Exploit.HTML.CodeBaseExec (baru)
10.Packed.Win32.Black.a
Anda dinasihatkan supaya menggunakan perisian anti virus yang sah (versi berbayar atau versi percuma) agar komputer dan peralatan berkaitan mendapat perlindungan yang sepenuhnya.

Gunakan alamat e-mel yang wujud dan taipkan dengan betul alamat tersebut

Assalamualaikum..., salam sejahtera...


Sudah beberapa kali mesej (e-mel) yang dihantar melalui blog ini, tidak dapat dibalas kembali kerana kemungkinan alamat e-mel tersebut tidak wujud ataupun terdapat kesalahan ejaan,huruf dan simbol-simbol tertentu.

Pihak ICT Niaga Enterprise berharap kepada pembaca / pelawat blog ini, yang membuat pertanyaan atau sebarang tujuan, agar mengambil berat hal tersebut supaya pihak ICT Niaga Enterprise dapat membalas mesej pembaca / pelawat.

Berikut adalah contoh terbaru dalam permasalahan yang dinyatakan :

This is an automatically generated Delivery Status Notification Delivery to the following recipient failed permanently:

edyu_0388@yahoo.com

Technical details of permanent failure:

Google tried to deliver your message, but it was rejected by the recipient domain. We recommend contacting the other email provider for further information about the cause of this error. The error that the other server returned was: 554 554 delivery error: dd
This user doesn't have a yahoo.com account (edyu_0388@yahoo.com) [0] - mta556.mail.mud.yahoo.com (state 18).

Program "Tea Talk" bersama usahawan berjaya MARA Melaka, 28 April 2009

Encik Azhar Bin Abdul Manaf (Pengarah MARA Negeri Melaka).

Encik Mohd Khairul Bin Selamat
(Pengurus Puyumas Farmbest Sdn Bhd)

Program ini adalah yang kedua kali dianjurkan oleh MARA Negeri Melaka dalam tahun 2009. Pada kali ini ia dianjurkan bersama dengan majlis perasmian "Mahkota Guest House", iaitu hotel bajet yang diusahakan oleh Encik Nur Sahar Bin Osman.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Md Yunos Bin Husin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini memanggil dua orang usahawan yang sedang berjaya menjalankan bidang perniagaan masing-masing untuk berkongsi pengalaman dalam "usaha niaga" mereka iaitu Encik Mohd Khairul Bin Selamat, Pengurus Puyumas Farmbest Sdn Bhd (menternak burung puyuh) dan Puan Noormala Binti Ismail, Pengurus Cahaya Mala Enterprise (pembuat "otak-otak Melaka").
Majlis turut dihadiri oleh Encik Azhar Bin Abdul Manaf, Pengarah MARA Negeri Melaka, ketua-ketua jabatan yang berkaitan serta para usahawan yang mempunyai hubungkait dengan MARA Negeri Melaka.

Senarai 10 serangan virus / malware pada bulan Mac 2009

  1. Net-Worm.Win32.Kido.ih
  2. Virus.Win32.Sality.aa
  3. Trojan.Win32.Autoit.ci
  4. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
  5. Packed.Win32.Krap.g
  6. Worm.Win32.AutoRun.dui
  7. Packed.Win32.Krap.b
  8. Packed.Win32.Black.a
  9. Trojan-Dropper.Win32.Flystud.ko
  10. Virus.Win32.Sality.z

Senarai 10 serangan virus / malware pada bulan Febuari 2009

  1. Virus.Win32.Sality.aa
  2. Net-Worm.Win32.Kido.ih
  3. Packed.Win32.Krap.b
  4. Packed.Win32.Black.a
  5. Trojan.Win32.Autoit.ci
  6. Worm.Win32.AutoRun.dui
  7. Packed.Win32.Krap.g
  8. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
  9. Packed.Win32.Klone.bj
  10. Virus.Win32.Alman.b

Senarai 10 serangan virus / malware pada awal 2009

Berikut adalah "top ten" virus / malware yang dikesan dalam bulan Januari 2009 :
  1. Trojan.Win32.BHO.ngl
  2. Trojan-Downloader.Win32.Zlob.batc
  3. Trojan-Spy.Win32.Zbot.ouz
  4. Backdoor.Win32.PcClient.aegd
  5. Trojan.Win32.Monder.bkpr
  6. Trojan.Win32.XMaximus.t
  7. Backdoor.Win32.Poison.vbf
  8. Trojan-Downloader.Win32.Zlob.batb
  9. Trojan.Win32.Monderb.amlu
  10. Trojan.Win32.BHO.ngk

AURA Negeri Melaka

Pentas di majlis berkenaan

Nombor meja ICT Niaga Enterprise



Jamuan bersama antara YB. Datuk Hj. Md Yunos Bin Husin ( Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka ), Pengurus Mahkota Guest House (Encik Nor Sahar ), Pengurus Jati Beringin Sdn Bhd ( Encik Asmadi ) dan lain-lain pegawai yang berkenaan.

Majlis Anugerah Usahawan MARA ( AURA ) Negeri Melaka Tahun 2008 / 2009 dan Program "Tea - Talk" bersama usahawan

ICT Niaga Enterprise akan menyertai majlis tersebut yang akan diadakan pada :
Tarikh : 17 Februari 2009 ( Selasa )
Masa : 2.00 petang
Tempat : Astana Ballroom, Tingkat 3, Hotel Naza Melaka
Perasmi : Y.B Datuk Hj. Md. Yunos bin Husin, ( Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Melaka.
Dalam sesi "Tea - Talk" bersama usahawan, Pengurus Mahkota Guest House dan Pengurus Jati Beringin Sdn Bhd, dipanggil bagi berkongsi pengalaman dalam dunia keusahawanan.
Selepas itu, di akhir majlis berlangsungnya Penyampaian Anugerah Usahawan MARA kepada para penerima bagi tahun pemilihan kali ini.

Seminar SMI BIZNET Febuari 2009


Pada 5 febuari 2009, telah berlangsungnya SMI Biznet Seminar anjuran TM Melaka, yang bertempat di King's Hotel Melaka.
Di dalam seminar ini diterangkan mengenai produk-produk TM yang sedia ada serta maklumat yang telah dikemaskini.
Selepas tamatnya seminar ini, pihak TM dengan bermurah hati telah menyediakan hidangan "hi-tea" kepada pelanggan TM yang hadir.

Kepada semua pembaca blog...

Kepada pembaca blog yang bernama "rantong" dan yang lain-lain, sila rujuk pada bahagian atas sebelah kiri blog ini untuk mengetahui perkhidmatan yang ICT Niaga Enterprise tawarkan.
Artikel yang bertajuk "Kolej Yayasan Melaka" hanyalah merupakan pemberitahuan aktiviti yang telah ICT Niaga Enterprise jalankan.

Kolej Yayasan Melaka


Pada tarikh 29/01/2009 ( khamis ), ICT Niaga Enterprise dengan kerjasama Wannor Spa & Beauty telah mengadakan promosi perkhidmatan di ruang legar Kolej Yayasan Melaka selama sehari, bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.
~ sila rujuk pada sebelah kiri blog ini untuk mengetahui perkhidmatan yang ditawarkan oleh ICT Niaga Enterprise pada penduduk negeri Melaka.

Seminar TM SMI BizNet bulan Januari 2009


Seminar yang dianjurkan oleh TM pada 09/01/2009




Seminar TM SMI BizNet pada 22/01/2009

ICT Niaga Enterprise telah menyertai Seminar SMI BizNet anjuran TM di MITC Ancasa Hotel pada tarikh 09/01/2009 dan 22/01/2009.

Promosi perkhidmatan bulan Januari 2009

ICT Niaga Enterprise telah mengadakan promosi perkhidmatan selama sehari di Wisma Negeri, MITC pada tarikh 20/01/2009 yang lalu.

Promosi ini juga disertai oleh syarikat rawatan dan penjagaan kesihatan serta kecantikkan iaitu Wannor Spa & Beauty (http://wannorspa.wordpress.com/).

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com