Dunia kita sentiasa tidak pernah sepi dari segala jenis peperangan, sama ada dari segi peperangan fizikal mahupun dari segi fikiran. Dalam dunia pengkomputeran, peperangan teknologi berada di tahap yang aktif. Syarikat pengeluar komponen atau perisian komputer, berlumba-lumba mengeluarkan produk yang terkini dengan teknologi yang mengkagumkan para peminat dan pengguna komputer.
Arena komputer juga menjadi alternatif "medan peperangan" antara pakar-pakar komputer dari negara yang bermusuhan. Para penggodam komputer ataupun istilah yang lebih popular ialah "Hakers", menceroboh dan menjahanamkan sistem komputer dan laman web negara musuh mereka seperti yang pernah berlaku antara Indonesia dan Malaysia. Kesan buruk tetap berlaku dan memberi impak yang besar kepada semua masyarakat walaupun tiada peluru serta roket yang dilancarkan. Kos untuk membaikpulih kerosakkan juga menelan belanja yang besar dan ini boleh menjejaskan produktiviti, terlangsungnya menjejaskan ekonomi sesebuah negara.
Ketika ini dunia menjadi hangat semula dengan tindakan kejam Yahudi Zionis ke atas manusia yang dianggap musuh dan hina bagi mereka. Kekejaman mereka seolah-olah mereka ini makhluk asing yang datang untuk menakluk bumi. Yahudi Zionis telah mewujudkan musuh mereka sendiri terutamanya dari kalangan mereka yang beragama Islam. Sejarah kekejaman dan hasad dengki mereka ini telah lama bermula iaitu sejak zaman kelahiran Nabi Yusof A.S.
Maka besar kemungkinan "Peperangan Cyber" akan ataupun telah berlaku. Oleh itu ICT Niaga Enterprise menyarankan kepada seluruh masyarakat di mana-mana kawasan di bumi ini, terutamanya di Malaysia agar bersiap sedia menghadapi keadaan ini. Buatlah salinan dokumen atau data-data penting yang ada dalam komputer anda kerana tidak mustahil kita di Asia Tenggara ini boleh terkena tempias peperangan di alam komputer ini. Pelbagai jenis virus komputer akan tersebar ke seluruh dunia hasil dari peperangan kejam ini. Berhati-hatilah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan