Keputusan ujian saringan Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB )

( sila rujuk pada artikel bertarikh 21 september 2007 bertajuk Majlis Pembangunan Ekonomi Belia )

Dengan ucapan alhamdulilah..,saya selaku pemilik ICT Niaga Enterprise berasa gembira kerana telah lulus dalam kedua-dua bahagian ujian saringan pinjaman perniagaan bagi program Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Belia dan Kementerian Belia & Sukan yang bertempat di Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka, Wisma Persekutuan, Jalan Hang Tuah, Melaka pada 27/09/2007 lalu.

Berita gembira itu diperolehi apabila kakitangan Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka menghubungi saya pada 27/10/2007 (sabtu).

Pihak JBS Negeri Melaka juga menyatakan bahawa saya akan dihubungi oleh mereka untuk tindakan selanjutnya. Saya mengharapkan doa dari anda semoga segalanya berjalan dengan lancar agar cita-cita saya untuk memperkasakan perniagaan ICT Niaga Enterprise tercapai, terlangsungnya menjadi
"USAHAWAN JUTAWAN
"... ~ amin ~

Klinik Usahawan PKNS

"KE ARAH MELAHIRKAN USAHAWAN PENDIDIKAN MODAL INSAN YANG BERKUALITI"
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman di peringkat global serta memahami potensi dan peluang yang boleh didapati dalam bidang pendidikan kepada usahawan masa kini.
Antara agensi-agensi terlibat dalam klinik keusahawanan ini ialah :
  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • YAYASAN PELAJARAN MARA
  • MARA
  • SME BANK
  • NATURAL LEARNING INC.
  • USAHAWAN JAYA ( Perkongsian Pengalaman )

Tarikh 6 November 2007 (Selasa)

Tempat Tingkat 15, Menara PKNS, Petaling Jaya Selangor.

Masa 8.00 pagi - 5.30 petang ( 8.15 - 9.00 pagi = Pendaftaran )

Tarikh tutup penyertaan 2 November 2007 (Jumaat)

Yuran penyertaan RM25.00 + RM5.00 (untuk sijil penyertaan)

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :

Pengurus

Sekretariat Pembangunan Usahawan,

Tingkat 1, Blok B, Ibu pejabat PKNS,

Persiaran Barat, Off Jalan Barat,

46505 Petaling Jaya, Selangor.

Telefon 03-4256 1735 / 4253 4636

H/P 013-333 7683 / 013-388 3994 / 017 601 3727 / 017-376 6948 / 016-828 6406

Salam Syawal 1428 H / 2007 M

Assalamualaikum...

Selamat hari raya aidilfitri ICT Niaga ucapkan kepada semua umat Islam terutamanya di Malaysia.

Diharapkan di bulan syawal yang mulia ini mendatangkan nafas baru dalam dunia bisnes orang Melayu. Semoga tiada lagi perspektif yang negatif pada usahawan Melayu yang selama ini membelenggu mereka.

Diharapkan juga pada penghujung tahun 2007, usahawan Melayu dapat menjalankan pernigaan dengan teratur, sempurna dan berhemah mulia supaya kita sama-sama dapat menjana ekonomi umat Islam di Malaysia supaya tidak akan berlakunya keadaan "MENANG SORAK, NEGARA TERGADAI..."

FIKIR-FIKIRKAN....
APA GUNA NEGARA KITA MAJU..,
SEDANGKAN BANGSA KITA BUKAN NOMBOR SATU

Peluang Bisnes Di Bulan Ramadhan

Bulan ramadhan sememangnya terkandung begitu banyak kebaikkan serta rezeki yang Allah limpahkan kepada hambaNya... Lihat sahaja di bazar atau pasar ramadhan, terdapat ramai peniaga bermusim menjual pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Para peniaga yang sedia ada juga melanjutkan masa perniagaan mereka sehingga ke larut malam serta awal pagi, terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur bagi memudahkan penduduk di bandar menikmati juadah berbuka atau bersahur, lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum berkeluarga.

Peluang bisnes bermusim seperti ini perlu direbut oleh belia Melayu untuk memperoleh pendapatan sampingan bagi menghadapi musim perayaan yang akan tiba.

Kebiasaannya bila tibanya bulan ramadhan, ramai yang berniaga makanan dan minuman, tetapi bagi mereka yang mempunyai latarbelakang bidang pengkomputeran, juga masih mempunyai peluang berniaga. Antara peluang yang boleh dicapai pada bulan ramadhan dan musim perayaan ialah merekabentuk kad ucapan tradisional atau elektronik, menjual cd interaktif ucapan perayaan dan merekabentuk "wallpaper" untuk telefon bimbit. Banyak lagi peluang yang boleh dicipta dalam musim-musim sebegini mengikut minat dan kreatif masing-masing.

Akhir sekali, ingatlah usahawan yang tulin berani menghadapi risiko kegagalan, tidak mudah terkesan dengan kegagalan, bangkit dengan matlamat baru setelah menghadapi kegagalan dan yang paling mustahak, usahawan Melayu perlu mencipta sendiri peluang bisnes yang baru dan menjadi "pemimpin" dalam bidang tersebut. Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat "pencipta" bukan hanya sebagai masyarakat "pengguna".
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com