Mungkin para pelayar internet yang "blogwalking" atau "webwalking" pernah terjumpa perkara ini di mana-mana laman web. Di sini ICT Niaga sekadar memaklumkan kepada mereka yang belum pernah terbaca mengenainya.
Di bawah ini adalah antara perkara aneh atau pelik yang berlaku dalam produk keluaran Microsoft, sama ada disengajakan mahupun tidak, iaitu :
1. Cuba anda buat satu folder baru yang kosong pada dekstop anda dengan menekan butang kanan tetikus, kemudian klik NEW dan klik FOLDER. Namakan folder itu dengan con .
2. Buat satu dokumen baru menggunakan NOTEPAD dan taipkan perkataan ini Bush hid the facts atau Bill can not dance. Selepas itu simpan dokumen note pad ini dengan sebarang nama. Kemudian anda buka semula dokumen berkenaan.
3. Buka satu dokumen baru Microsoft Word, kemudian taipkan =rand(200,99). Setelah itu tekan butang ENTER pada papan kekunci.
4. Ini berkaitan dengan tragedi 9/11, iaitu dua pesawat penumpang dikatakan berkod penerbangan Q33NY, yang telah melanggar bangunan WTC ( World Trade Centre ) di New York, USA. Cuba anda taipkan kod penerbangan tersebut di dalam Microsoft Word menggunakan kesemuanya huruf besar. Gunakan saiz tulisan yang besar, dicadangkan gunakan saiz 72. Kemudiannya highlight ( tandakan ) semua huruf tersebut menggunakan mouse dan tukarkan jenis tulisan pada Wingdings. Tulisan yang bertukar karekter itu akan membawa maksud yang bertepatan dengan kejadian yang berlaku pada 11 September 2001 itu...
Ini merupakan secebis kisah dalam Microsoft. Mungkin banyak lagi yang kita tidak ketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan