"Potong Broadband" atau Streamyx Broadband, mana satu jadi pilihan?

Ketika ini "perang broadband" sedang memuncak di media massa.  Setiap masa kita disajikan dengan provokasi syarikat tertentu pada perkhidmatan "broadband" ( jalur lebar ) yang sedia ada, yang disediakan oleh syarikat Telekom Malaysia ( TM ).


Syarikat terkini selaku penyedia khidmat jalur lebar tanpa wayar begitu ghairah mengiklankan produk mereka dengan menggunakan seni warisan tradisi masyarakat Melayu iaitu kompang dan memaparkan majlis persandingan, yang mana pengantinnya bersoal jawab dalam perkara yang kurang sopan, menggelikan bagi sesetengah penonton.  Wakaupun babak tersebut tidak lagi disiarkan dalam iklan, tetapi ianya telah menjadi fenomena yang "melekat" di pemikiran masyarakat, terutamanya kanak-kanak. Ini merupakan sindrom yang tidak baik kerana iklan tersebut mengandungi unsur kelucahan.


Apa yang diperkatakan mereka mengenai potong kos dan wayar, internet menjadi lebih pantas sebenarnya mempunyai persepsi yang tersirat.  Tidak kiralah sama ada menggunakan produk mereka ataupun dari syarikat lain seperti Maxis dan Celcom, kos untuk menyediakan jalur lebar tanpa wayar bagi pengguna biasa adalah lebih murah dari Streamyx.  Tetapi ini tidak bermakna "potong wayar", anda akan mendapat capaian internet terbaik. 


Streamyx menyediakan capaian internet yang lebih stabil berbanding dengan produk internet jalur lebar tanpa wayar.  Mana-mana produk internet tanpa wayar akan mengalami gangguan isyarat kerana konsep yang digunakan sama seperti telefon selular (hand phone) juga hampir menyamai "gelombang radio".  Manakala kualiti internet Streamyx kini adalah semakin baik dan lebih stabil.  Pihak TM juga telah menawarkan pelbagai pakej yang menarik bersesuaian dengan setiap lapisan masyarakat Malaysia yang madani.


ICT Niaga berpendirian, syarikat yang dimaksudkan di atas sewajibnya tidak membandingkan produk mereka dengan internet berwayar ( Streamyx ), sebaliknya mereka boleh membandingkan kualiti produk mereka dengan syarikat penyedia khidmat internet jalur lebar tanpa wayar yang lain. Dari segi sifat mobiliti, ya, memang pantas untuk dipasang dan digunakan, tetapi dari segi yang lain, ICT Niaga tetap memilih "internet jalur lebar berwayar".


Streamyx juga ada menyediakan "wireless internet" dalam pelbagai bentuk dan jenis seperti "hotspot", yang boleh didapati di restoran atau premis tertentu.

Statistik serangan malware / virus : November 2009

1.   Net-Worm.Win32.Kido.ir
2.   Net-Worm.Win32.Kido.iq
3.   Net-Worm.Win32.Kido.ih
4.   Virus.Win32.Sality.aa
5.   Worm.Win32.FlyStudio.cu
6.   not-a-virus:AdWare.Win32.Boran.z
7.   Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
8.   Trojan-Downloader.WMA.GetCodec.s
9.   Virus.Win32.Virut.ce
10. Virus.Win32.Induc.a

~statistik diambil mengikut kesan serangan komputer secara umum seluruh dunia

Sistem Pengoperasian Linux Ubuntu

Ubuntu adalah sebuah Sistem Pengoperasian lengkap berasaskan Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemproses perkataan, pembaca email, perisian pelayan rangkaian dan alat-alat pengaturcaraan.

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dengan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga sangat kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian Anti-Virus untuk mempertahankan sistem komputer anda.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau "Long Term Support" (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam satu CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun.

Aplikasi Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

~maklumat diambil dari "ubuntu.com.my"

HP ProBook 5310m




MEMPERLUASKAN lagi aktiviti pembuatan komputer riba dengan portfolio ringan dan nipis secara lebih komprehensif, pengeluar produk pengkomputeran Hewlett-Packard (HP) telah tampil dengan model HP ProBook 5310m.
Produk komputer paling nipis di dunia itu menawarkan prestasi perniagaan penuh bagi keperluan mobiliti golongan profesional.  Dengan berat 1.72 kilogram (kg) dan ketebalan hanya 0.93 inci, model tersebut didatangkan bersama paparan skrin LED berdefinisi tinggi 13.3 inci.

Binaan luarnya pula dibangunkan menerusi kombinasi material aluminium dan magnesium dengan sentuhan rekaan yang sofistikated.  Model tersebut dipacu menggunakan pemproses Intel CoreTM2 Duo SP9300 yang menawarkan pengguna kesempurnaan prestasi sebuah komputer.  Dari segi keupayaan bateri, ia mampu bertahan sehingga lapan jam kerana binaannya terdiri daripada polimer litium berkapasiti tinggi.

Keunikan model ini diserlahkan lagi melalui aplikasi HP QuickWeb yang membenarkan pengguna mengakses kandungan internet ketika komputer tidak aktif dengan kadar masa sambungan kurang daripada 20 minit.  Selain itu, pengguna juga boleh menjalankan aktiviti seperti mengedit emel, kalendar dan juga nombor telefon tanpa perlu mengaktifkan komputer.

HP ProBook 5310m kini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga RM3,299 dengan pilihan sistem operasi Microsoft Windows XP atau Microsoft Windows Vista.
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com