Assalamualaikum...
Dari bulan ke tahun, kecanggihan teknologi pengkomputeran semakin menarik minat para pengguna untuk memiliki komputer. ICT Niaga melihat, semakin ramai di kalangan masyarakat awam membeli sekurang-kurangnya pc ataupun yang sedang popular ketika ini iaitu "netbook".
Walaupun penguasaan masyarakat Malaysia terhadap ilmu pengkomputeran belum memuaskan, tetapi budaya ataupun corak masyarakat kita semakin ke arah "masyarakat siber". Remaja serta para belia sudah amat biasa dengan blog, friendster, myspace, tagget dan facebook. Jika dahulu aplikasi MIRC menguasai dunia "chatting", kini YM telah mengambil alih. Malah pelajar sekolah rendahpun sudah ada akaun e-mel dan laman web sosial.
Tetapi salah satu bahagian yang berkaitan dengan penggunaan internet dan komputer seakan diabaikan. Masih lagi ada yang tidak endah dengan aktiviti "update perisian anti virus". Malah ada di kalangan pelanggan ICT Niaga Enterprise menyatakan bahawa mereka "malas" untuk kemaskini anti virus mereka. Akhirnya komputer mereka mengalami kegagalan untuk berfungsi dalam keadaan normal. ICT Niaga Enterprise juga mendapati, ada dikalangan syarikat servis komputer mengambil peluang di atas kelalaian para pengguna mengaut keuntungan yang melampau. Ada juga yang "menanam virus bermasa" pada komputer pelanggan mereka. Ini menyebabkan apabila tiba masa tertentu, pelanggan tersebut akan datang semula ke kedai mereka untuk membaikinya. Yang lebih teruk lagi, pelanggan berkenaan tanpa mereka sedar, telah "disembelih" oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab. Rosak cuma sedikit sahaja, tetapi banyak pula yang disuruh tukar ganti.
ICT Niaga Enterprise mengambil langkah berbeza jika dibandingkan dengan usahawan-usahawan komputer yang tertentu. Contohnya apabila seseorang pelanggan menghantar komputer untuk diformat semula atas sebab jangkitan "demam komputer" ( virus komputer ), ICT Niaga Enterprise akan melaksanakan tanggungjawab dengan amanah serta sehabis baik. Selepas itu, ICT Niaga Enterprise akan mengajar pelanggan tersebut tips-tips atau petua penggunaan internet serta komputer secara selamat. Pelanggan itu juga akan selalu diingatkan mengenai kepentingan kemaskini anti virus. ICT Niaga Enterprise selalu mengajar mereka cara-cara "update" atau mendapatkan fail kemaskini anti virus yang menjadi pilihan mereka. Ini merupakan salah satu cara ICT Niaga Enterprise menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat agar mereka "celik IT " dan tahu penjagaan komputer dari jangkitan virus.
ICT Niaga Enterprise tidak hanya memikirkan soal jawab keuntungan semata-mata, tetapi yang lebih penting mahu melihat masyarakat kita lebih maju ke hadapan, sekurang-kurangnya dalam segmen asas penggunaan komputer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan