Linux di pc? Sudahkah anda bersedia..?

Ramai yang sedia maklum mengenai kelebihan penggunaan Linux sebagai sistem pengoperasian (OS) pada komputer anda sama ada deskstop mahupun laptop.  Sehingga ke hari ini, pelbagai variasi Linux telah dikeluarkan oleh komuniti sumber terbuka dalam menghasilkan versi Linux mereka sendiri mengikut keperluan dan idea masing-masing.

Malah ICT Niaga juga telah memiliki salinan OS Linux Ubuntu versi 10.4. Setelah progran itu di "burn" ke cd, para pengguna diberi kesempatan untuk mencuba OS tersebut sebelum dipasang ( install ) pada komputer.  Setelah menguji Linux Ubuntu versi 10.4, ICT Niaga dapati ianya menarik, memiliki fungsi-fungsi yang dilengkapi dengan perisian aplikasi yang kebiasaannya diperlukan oleh pengguna komputer dalam urusan seharian tanpa perlu memasang perisian yang berasingan.  Boleh dikatakan ianya "semua dalam satu".  Ia juga agak "ringan" dan tidak membebankan kelajuan cpu komputer anda.

Namun, kebanyakkan perisian hari ini masih lagi dibina menggunakan asas landasan Windows.  Mungkin kerana itu, ramai pengguna komputer seperti keberatan untuk beralih ke Linux.  Namun masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan penggunaan perisian tertentu bagi mengintergrasikan penggunaan perisian berasaskan sistem Windows ke platfom Linux.  Bagi tujuan itu, ICT Niaga akan memaklumkan di blog ini pada artikel yang akan datang...

1 ulasan:

suhaisweet berkata...

Nice friend..visit my latest too..goin' to touch ur heart, hopefully ;D

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com