Assalamualaikum dan selamat datang kepada semua atlit yang bertanding dalam temasya sukan di Melaka ini. Sesungguhnya kebanjiran atlit dan pegawai sukan negeri dari seluruh Malaysia ke negeri Hang Jebat ini bakal memeriahkan suasana dalam dimensi sukan di Melaka kerana dalam masa yang sama, turut berlangsungnya sukan bola sepak Piala Dunia yang dianjurkan di Afrika Selatan.
ICT Niaga Enterprise mengalu-alukan kedatangan anda bersukan di Melaka. Bagi para atlit mahupun mereka yang terlibat dalam penganjuran SUKMA ini yang ingin mengendalikan gambar-gambar digital dengan lebih baik, silalah berkunjung ke Kedai Komputer ICT Niaga Enterprise, 1.3B Tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka. Kedai ini berhadapan dengan Klinik Pergigian Persona dan sebaris dengan Inkubator GIATMARA Melaka (Jahitan).
Antara perkhidmatan yang berkaitan ialah burn cd/dvd serta edit gambar dan video digital. ICT Niaga Enterprise bersedia mengabadikan kenangan SUKMA di Melaka ini dengan lebih baik dari biasa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan