Teknologi berkembang beri kesan cara penyampaian ucapan hari raya



Dengan teknologi yang semakin berkembang dan seiring dengan peningkatan harga barang mentah untuk bahan cetakkan serta harga setem, kini ucapan hari raya dihantar melalui sms dan pilihan yang paling menarik ialah kad ucapan elektronik.  Sama ada kad ucapan elektronik yang telah siap direka oleh pengendali web tertentu mahupun yang diberi sentuhan peribadi oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Ulead Photo Impact.

Fenomena ketika ini ialah penghantaran ucapan kad raya elektronik (e-card) melalui laman web rangkaian sosial seperti Friendster dan Facebook.  Selain itu e-mel dan blog masih lagi menjadi pilihan popular oleh generasi kini yang semakin "celik IT", ditambah lagi dengan kempen kerajaan dengan cubaan mewujudkan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan Inisiatif Jalur Lebar Negara. dengan kewujudan teknologi seperti ini dapat membantu mempercepatkan ucapan dihantar dengan kos yang paling efektif atau rendah.  Maka tiada alasan untuk tidak mengeratkan perhubungan persahabatan dan kekeluargaan.

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com