Bilangan laman web digodam (hack) meningkat di musim perayaan.
Menurut sumber yang diperolehi oleh ICT Niaga, pada musim perayaan "hakers" mengambil peluang dari "percutian" webmaster atau blogmaster untuk menggodam laman web dan blog tertentu bagi mencuri maklumat ataupun atas dasar suka-suka.
Walauapapun niat mereka, seperti juga peringatan semasa anda ingin meninggalkan rumah, pastikan laman web anda selamat dan jika boleh anda hendaklah memantau sekerap yang mungkin walaupun sedang beraya (itupun jika anda rasa laman web anda sesuatu yang penting).
Sebaiknya anda haruslah membuang segala aplikasi mahupun kod yang disyaki tidak selamat dari laman web atau blog anda. Ini bagi memastikan tiada "pintu-pintu" terbuka untuk malware atau hakers coding untuk mengacau-bilaukan laman web dan blog tertentu, yang mungkin kurang pengawasan semasa musim perayaan ini.
Sekiranya anda mengesan sebarang kegiatan penggodaman di laman web anda, sila hubungi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat aduan, iaitu di talian 03 8688 8303. Maklumat lanjut mengenai hal berkaitan, boleh dirujuk pada laman web berikut :
http://www.skmm.gov.my/cybersecurity
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan