ICT Niaga Enterprise telah mendapat perkhabaran bahawa Windows XP tidak serasi digunakan pada "hard disk" keluaran tahun 2011. Ini kerana hard disk yang dikeluarkan dalam tahun tersebut dikatakan menggunakan kaedah "advanced format", memandangkan saiz kapasiti kard disk semakin besar.
Format hard disk yang menggunakan Windows XP hanya mampu menguruskan sehingga 512 bytes kitaran sesaat, sedangkan teknologi generasi baru hard disk menggunakan lebih dari itu.
Pada pendapat ICT Niaga Enterprise, selagi para pengguna menggunakan hard disk yang mempunyai tarikh pengilangan sebelum tahun 2011, selagi itu Windows XP masih boleh digunakan. Akan tetapi ada kemungkinan pihak Microsoft Corporation tidak lagi mengeluarkan kemaskini sistem Windows XP dalam tahun tersebut, seperti mana nasib yang dialami oleh Windows 98 dan Windows Me.
ICT Niaga Enterprise menyarankan para pengguna bersedia untuk meningkat upaya sistem komputer anda ke tahap kebolehgunaan pada Windows Vista ataupun Windows 7, sebagai langkah berjaga-jaga sebelum komputer anda bakal mengalami "kegagalan sistem operasi" yang menyebabkan segala data dan maklumat yang disimpan, berkemungkinan besar gagal diselamatkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan