PIKOM rancang program ICT

Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM) merancang pelbagai program sempena Bulan(ICT) Industri Komunikasi dan Maklumat Kebangsaan (NIM) tahun ini.
Menurut persatuan itu, NIM bertujuan meningkatkanlagi kesedaran, permintaan dan menangani isu dan peluang dalam industri ICT negara. Timbalan Pengerusi PIKOM, Wei Chuan Beng (gambar), berkata NIM 2009 akan berlangsung dari 20 Julai hingga 20 Ogos, membabitkan pelbagai program bagi memberi manfaat kepada perniagaan, kerajaan, akademik dan masyarakat.
Menurutnya, acara meliputi persidangan utama Sidang Kemuncak Kepimpinan PIKOM serta jualan PC.
"Kami berharap aktiviti ICT sepanjang sebulan itu menyemarakkan industri ICT domestik," katanya.
Wei yang juga pengerusi penganjur NIM 2009 berkata, sepanjang tempoh itu, PIKOM melancarkan kempen perintis e-sisa bagi mendidik pengguna mengenai pentingnya kitar semula perkakasan elektrik dan elekronik.
Persatuan itu juga menganjur kempen membeli dalam talian pada bulan itu bagi mempromosikan aktiviti e-dagang dalam negara, katanya.
~sumber dari Harian Metro, Isnin, 6 Julai 2009

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com