Program "Tea Talk" bersama usahawan berjaya MARA Melaka, 28 April 2009

Encik Azhar Bin Abdul Manaf (Pengarah MARA Negeri Melaka).

Encik Mohd Khairul Bin Selamat
(Pengurus Puyumas Farmbest Sdn Bhd)

Program ini adalah yang kedua kali dianjurkan oleh MARA Negeri Melaka dalam tahun 2009. Pada kali ini ia dianjurkan bersama dengan majlis perasmian "Mahkota Guest House", iaitu hotel bajet yang diusahakan oleh Encik Nur Sahar Bin Osman.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Md Yunos Bin Husin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini memanggil dua orang usahawan yang sedang berjaya menjalankan bidang perniagaan masing-masing untuk berkongsi pengalaman dalam "usaha niaga" mereka iaitu Encik Mohd Khairul Bin Selamat, Pengurus Puyumas Farmbest Sdn Bhd (menternak burung puyuh) dan Puan Noormala Binti Ismail, Pengurus Cahaya Mala Enterprise (pembuat "otak-otak Melaka").
Majlis turut dihadiri oleh Encik Azhar Bin Abdul Manaf, Pengarah MARA Negeri Melaka, ketua-ketua jabatan yang berkaitan serta para usahawan yang mempunyai hubungkait dengan MARA Negeri Melaka.

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com