HP ProBook 5310m
MEMPERLUASKAN lagi aktiviti pembuatan komputer riba dengan portfolio ringan dan nipis secara lebih komprehensif, pengeluar produk pengkomputeran Hewlett-Packard (HP) telah tampil dengan model HP ProBook 5310m.
Produk komputer paling nipis di dunia itu menawarkan prestasi perniagaan penuh bagi keperluan mobiliti golongan profesional. Dengan berat 1.72 kilogram (kg) dan ketebalan hanya 0.93 inci, model tersebut didatangkan bersama paparan skrin LED berdefinisi tinggi 13.3 inci.
Binaan luarnya pula dibangunkan menerusi kombinasi material aluminium dan magnesium dengan sentuhan rekaan yang sofistikated. Model tersebut dipacu menggunakan pemproses Intel CoreTM2 Duo SP9300 yang menawarkan pengguna kesempurnaan prestasi sebuah komputer. Dari segi keupayaan bateri, ia mampu bertahan sehingga lapan jam kerana binaannya terdiri daripada polimer litium berkapasiti tinggi.
Keunikan model ini diserlahkan lagi melalui aplikasi HP QuickWeb yang membenarkan pengguna mengakses kandungan internet ketika komputer tidak aktif dengan kadar masa sambungan kurang daripada 20 minit. Selain itu, pengguna juga boleh menjalankan aktiviti seperti mengedit emel, kalendar dan juga nombor telefon tanpa perlu mengaktifkan komputer.
HP ProBook 5310m kini boleh diperolehi di pasaran dengan tawaran harga RM3,299 dengan pilihan sistem operasi Microsoft Windows XP atau Microsoft Windows Vista.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan