ICT Niaga dan Zad & Associates

ICT Niaga Enterprise dan Zad & Associates Computer Centre telah menjalinkan usahasama bagi projek pemasangan internet tanpa wayar ( wireless internet ) di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2, Melaka, yang berada di kawasan Tengkera.

Projek ini dilaksanakan atas permintaan PIBG sekolah tersebut bagi memenuhi keperluan warga-kerja sekolah berkenaan serta para murid agar mereka dapat menyertai dan memanfaatkan dunia teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dengan lebih mudah lagi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak TM Melaka, melalui pegawai pemasaran mereka iaitu Nur Fadhilah atas segala urusan semasa dan selepas penyediaan "Streamyx" di S. K. (P) Methodist 2. Masa yang diambil oleh pihak TM Melaka dalam menguruskan keperluan projek ini amatlah memuaskan.
Untuk makluman para pembaca, ICT Niaga Enterprise dan Zad & Associates Computer Centre mempunyai premis di tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com