Tiada syarikat perisian anti virus yang boleh mendakwa bahawa anti virus keluaran mereka yang terbaik berbanding yang lain. Sebabnya ia bergantung kepada perolehan serta pemilikan teknologi pembuatan anti virus.
Lagipun anti virus mahupun virus itu sendiri terdiri dari "coding" (kod aturcara). Mereka yang pandai "bermain" dengan kod-kod ini, maka mereka berkeupayaan dalam mencipta kaedah untuk menyekat serangan virus, dalam erti kata lain, menggunakan kod aturcara untuk menghalang perlaksanaan kod aturcara yang lain. Malah mereka juga boleh mencipta virus jika mereka mahu.
Untuk kategori anti virus percuma (tanpa bayaran tahunan), AVG versi 9.0 adalah yang terbaik, untuk kategori berbayar pula ialah BitDefender atau Kaspersky.
Semua kategori anti virus, sama ada yang percuma atau yang berbayar, perlu fail kemaskini (update) kerana virus baru dicipta setiap hari, maka perlu juga cara baru menanganinya. Di sinilah peranan update diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan