Ketika ini "perang broadband" sedang memuncak di media massa. Setiap masa kita disajikan dengan provokasi syarikat tertentu pada perkhidmatan "broadband" ( jalur lebar ) yang sedia ada, yang disediakan oleh syarikat Telekom Malaysia ( TM ).
Syarikat terkini selaku penyedia khidmat jalur lebar tanpa wayar begitu ghairah mengiklankan produk mereka dengan menggunakan seni warisan tradisi masyarakat Melayu iaitu kompang dan memaparkan majlis persandingan, yang mana pengantinnya bersoal jawab dalam perkara yang kurang sopan, menggelikan bagi sesetengah penonton. Wakaupun babak tersebut tidak lagi disiarkan dalam iklan, tetapi ianya telah menjadi fenomena yang "melekat" di pemikiran masyarakat, terutamanya kanak-kanak. Ini merupakan sindrom yang tidak baik kerana iklan tersebut mengandungi unsur kelucahan.
Apa yang diperkatakan mereka mengenai potong kos dan wayar, internet menjadi lebih pantas sebenarnya mempunyai persepsi yang tersirat. Tidak kiralah sama ada menggunakan produk mereka ataupun dari syarikat lain seperti Maxis dan Celcom, kos untuk menyediakan jalur lebar tanpa wayar bagi pengguna biasa adalah lebih murah dari Streamyx. Tetapi ini tidak bermakna "potong wayar", anda akan mendapat capaian internet terbaik.
Streamyx menyediakan capaian internet yang lebih stabil berbanding dengan produk internet jalur lebar tanpa wayar. Mana-mana produk internet tanpa wayar akan mengalami gangguan isyarat kerana konsep yang digunakan sama seperti telefon selular (hand phone) juga hampir menyamai "gelombang radio". Manakala kualiti internet Streamyx kini adalah semakin baik dan lebih stabil. Pihak TM juga telah menawarkan pelbagai pakej yang menarik bersesuaian dengan setiap lapisan masyarakat Malaysia yang madani.
ICT Niaga berpendirian, syarikat yang dimaksudkan di atas sewajibnya tidak membandingkan produk mereka dengan internet berwayar ( Streamyx ), sebaliknya mereka boleh membandingkan kualiti produk mereka dengan syarikat penyedia khidmat internet jalur lebar tanpa wayar yang lain. Dari segi sifat mobiliti, ya, memang pantas untuk dipasang dan digunakan, tetapi dari segi yang lain, ICT Niaga tetap memilih "internet jalur lebar berwayar".
Streamyx juga ada menyediakan "wireless internet" dalam pelbagai bentuk dan jenis seperti "hotspot", yang boleh didapati di restoran atau premis tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan