Program lahirkan usahawan Bumiputera

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) mengambil langkah proaktif bagi melahirkan 25 usahawan Bumiputera berwibawa setahun menerusi beberapa program keusahawanannya.

Usahawan itu akan dibangunkan menerusi beberapa program seperti Vendor Inkubator Payung, Sub Kontraktor Bumiputera PKNS, Dana Pembelian dan Penyewaan Premis Perniagaan, Program Permata, Skim Pejabat Inkubator PKNS dan Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PHASER).

Pengurus besarnya, Datuk Harun Salim berkata semua program itu akan dilaksanakan Sekretariat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Tambah beliau lagi, PKNS memperuntukkan RM2.08 juta tahun ini berbanding RM1.97 juta tahun sebelumnya manakala MeCD pula menyediakan bantuan dalam bentuk geran bernilai RM3.5 juta.

~ sumber diambil dari Metro Bisnes ( Khamis, 3 Januari 2008 )

Pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan

Di bawah adalah teks yang diambil daripada "Ucapan Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda Dan Puteri UMNO pada 5 November 2007 ( isnin ) di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak" :

Di dalam ucapan beliau tersebut, mengandungi suatu topik yang sangat penulis gemari di ketika ini iaitu "Pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan". Berdasarkan penilaian penulis, ia menyentuh persoalan mengenai penguasaan ekonomi bangsa Melayu, Dasar Ekonomi Baru, penubuhan tiga wilayah pembangunan ekonomi iaitu IDR, NCER, ECER dan akan datang diwujudkan di Sabah serta Sarawak dan menggalakan graduan lulusan kolej,universiti mahupun pusat-pusat kemahiran untuk meneroka bidang perniagaan baru bagi mewujudkan sekumpulan usahawan yang mantap agar matlamat kerajaan yang mahu "orang Melayu" menguasai ekonomi terus meningkat dari semasa ke semasa. Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib turut cuba memperkenalkan penggunaan perkataan "wiraswasta" iaitu membawa makna mengikut Kamus Dewan versi 2007 ialah orang yang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan perniagaan dan perdagangan secara profesional. Menurut beliau, budaya "wiraswasta" dan pekerjaan sebagai usahawan mestilah dipupuk sejak di "bangku sekolah" dan "menara gading".

Dalam erti kata lain, sikap sebagai usahawan perlu diperkenalkan pada generasi muda Melayu agar berani menjadi usahawan yang berjaya supaya dengan itu ia dapat meningkatkan penguasaan ekonomi bangsa Melayu ke tahap tertinggi kerana selama ini ianya seperti diperlekehkan oleh bangsa lain, malah yang lebih menyedihkan, ada di kalangan bangsa "sendiri" yang berbuat demikian.

Peluang perniagaan untuk pengguna "Prepaid"


Intergrasi antara sistem bisnes My Mode dan ATM MayBankStruktur perjalanan bisnes

ICT Niaga Enterprise telah membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan topup prepaid ( tambah nilai pra bayar ).

Kini jumlah pengguna perkhidmatan pra bayar "hand phone" semakin meningkat,terutamanya penggunaan teknologi SMS. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menunjukkan lebih dari 3,406 juta SMS telah dihantar dalam tempoh suku pertama tahun 2005. Angka ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Bilangan pengguna telefon bimbit di Malaysia sudah melebihi 14 juta orang dan 80% darinya merupakan pengguna perkhidmatan prabayar ( prepaid ).

Di sini kita dapat melihat bahawa peluang perniagaan topup prepaid sememangnya menjanjikan pendapatan yang lumayan jika dijalankan dengan sistematik. Tidakkah anda mahu berubah dari menjadi "masyarakat pengguna kepada masyarakat peniaga..."?. Tukarkan apa yang anda guna sekarang kepada sesuatu yang boleh mengalirkan wang masuk. Peluang sudah terbuka, jalan ke arah keuntungan sudah terbentang, apa ditunggu lagi...?. Anda teramatlah rugi sekiranya anda tidak menyertai perniagaan ini kerana anda atau ahli keluarga yang lain tetap membeli topup setiap hari,minggu atau bila-bila masa anda memerlukannya. Mengapa anda membeli topup prepaid di kedai "si apek " sedangkan anda boleh membelinya dari "si Mamat ", malah melalui hand phone anda sendiri... Ini boleh menjadi " side income" yang lebih hebat berbanding dengan " gaji bulanan " anda. Mari sertai perniagaan menguntungkan ini... Segala panduan disediakan. Lawati laman web ini :

http://prepaid4u.net/?id=smskey
"KINI, SEMUA ORANG BOLEH BERNIAGA"

Unit Khas bantu usahawan Bumiputera tercicir

Sebuah unit khas bagi mengatasi keciciran usahawan Bumiputera daripada perniagaan di kompleks beli belah bertaraf antarabangsa akan ditubuhkan di bawah Uda Holdings Berhad (Uda). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata unit khas itu akan ditugaskan mencari dan mewujudkan peluang perniagaan bagi usahawan Bumiputera yang berminat untuk berniaga di kompleks bertaraf lima bintang.

Beliau berkata, unit itu akan ditubuhkan di bawah Uda bagi memberi lebih kebebasan sebagai sebuah entiti swasta berbanding jabatan kerajaan yang lebih banyak prosedur dan birokrasi. Menurutnya, unit itu sudah hampir sedia ditubuhkan, cuma kementerian sedang memilih pegawainya yang bersesuaian untuk ditempatkan di situ. Katanya, pegawai daripada unit itu mesti mampu mengadakan perbincangan dan meyakinkan pengurusan dan mendapatkan tempat di kompleks beli belah lima bintang. ~ dipetik dan disunting semula dari myMetro http://www.hmetro.com.my/ ~

( Isnin, 5 November 2007 )

Usahawan Bengkel Motosikal

Program Pengwujudan Usahawan Motosikal yang menerima peruntukan mengikut Rancangan Malaysia Kesembelian dijangka mampu membangunkan kira-kira 3,000 bengkel milik usahawan Bumiputera menjelang 2009.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sebagai permulaan, 600 bengkel milik Bumiputera sedia ada akan dibangunkan melalui penyertaan mereka dalam Rantaian Nilai Perkhidmatan dan Alat Ganti Motosikal ( Mosvac ), iaitu pendekatan yang digunakan menerusi program itu.

"Setiap usahawan bengkel itu akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000 untuk pembinaan atau pengubahsuaian bengkel supaya ia selesa dan mengikut piawaian ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Mosvac Peringkat Kebangsaan di Jalan Keluli 12, Taman Perindustrian Pasir Gudang, Johor.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman akan diberi melalui Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) atau Yayasan TEKUN dan setiap bengkel perlu melantik juruaudit untuk mengemaskini akaun perniagaan masing-masing. ~ dipetik dan disunting semula dari akhbar Metro Ahad ( 4 November 2007 )~
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com