Program Pengwujudan Usahawan Motosikal yang menerima peruntukan mengikut Rancangan Malaysia Kesembelian dijangka mampu membangunkan kira-kira 3,000 bengkel milik usahawan Bumiputera menjelang 2009.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sebagai permulaan, 600 bengkel milik Bumiputera sedia ada akan dibangunkan melalui penyertaan mereka dalam Rantaian Nilai Perkhidmatan dan Alat Ganti Motosikal ( Mosvac ), iaitu pendekatan yang digunakan menerusi program itu.
"Setiap usahawan bengkel itu akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000 untuk pembinaan atau pengubahsuaian bengkel supaya ia selesa dan mengikut piawaian ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Mosvac Peringkat Kebangsaan di Jalan Keluli 12, Taman Perindustrian Pasir Gudang, Johor.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman akan diberi melalui Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) atau Yayasan TEKUN dan setiap bengkel perlu melantik juruaudit untuk mengemaskini akaun perniagaan masing-masing. ~ dipetik dan disunting semula dari akhbar Metro Ahad ( 4 November 2007 )~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan