Sebuah unit khas bagi mengatasi keciciran usahawan Bumiputera daripada perniagaan di kompleks beli belah bertaraf antarabangsa akan ditubuhkan di bawah Uda Holdings Berhad (Uda). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata unit khas itu akan ditugaskan mencari dan mewujudkan peluang perniagaan bagi usahawan Bumiputera yang berminat untuk berniaga di kompleks bertaraf lima bintang.
Beliau berkata, unit itu akan ditubuhkan di bawah Uda bagi memberi lebih kebebasan sebagai sebuah entiti swasta berbanding jabatan kerajaan yang lebih banyak prosedur dan birokrasi. Menurutnya, unit itu sudah hampir sedia ditubuhkan, cuma kementerian sedang memilih pegawainya yang bersesuaian untuk ditempatkan di situ. Katanya, pegawai daripada unit itu mesti mampu mengadakan perbincangan dan meyakinkan pengurusan dan mendapatkan tempat di kompleks beli belah lima bintang. ~ dipetik dan disunting semula dari myMetro http://www.hmetro.com.my/ ~
( Isnin, 5 November 2007 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan