Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) mengambil langkah proaktif bagi melahirkan 25 usahawan Bumiputera berwibawa setahun menerusi beberapa program keusahawanannya.
Usahawan itu akan dibangunkan menerusi beberapa program seperti Vendor Inkubator Payung, Sub Kontraktor Bumiputera PKNS, Dana Pembelian dan Penyewaan Premis Perniagaan, Program Permata, Skim Pejabat Inkubator PKNS dan Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PHASER).
Pengurus besarnya, Datuk Harun Salim berkata semua program itu akan dilaksanakan Sekretariat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Tambah beliau lagi, PKNS memperuntukkan RM2.08 juta tahun ini berbanding RM1.97 juta tahun sebelumnya manakala MeCD pula menyediakan bantuan dalam bentuk geran bernilai RM3.5 juta.
~ sumber diambil dari Metro Bisnes ( Khamis, 3 Januari 2008 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan