Di bawah adalah teks yang diambil daripada "Ucapan Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda Dan Puteri UMNO pada 5 November 2007 ( isnin ) di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur oleh Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak" :
Di dalam ucapan beliau tersebut, mengandungi suatu topik yang sangat penulis gemari di ketika ini iaitu "Pertumbuhan dan pengagihan ekonomi sebagai kekuatan". Berdasarkan penilaian penulis, ia menyentuh persoalan mengenai penguasaan ekonomi bangsa Melayu, Dasar Ekonomi Baru, penubuhan tiga wilayah pembangunan ekonomi iaitu IDR, NCER, ECER dan akan datang diwujudkan di Sabah serta Sarawak dan menggalakan graduan lulusan kolej,universiti mahupun pusat-pusat kemahiran untuk meneroka bidang perniagaan baru bagi mewujudkan sekumpulan usahawan yang mantap agar matlamat kerajaan yang mahu "orang Melayu" menguasai ekonomi terus meningkat dari semasa ke semasa. Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib turut cuba memperkenalkan penggunaan perkataan "wiraswasta" iaitu membawa makna mengikut Kamus Dewan versi 2007 ialah orang yang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan perniagaan dan perdagangan secara profesional. Menurut beliau, budaya "wiraswasta" dan pekerjaan sebagai usahawan mestilah dipupuk sejak di "bangku sekolah" dan "menara gading".
Dalam erti kata lain, sikap sebagai usahawan perlu diperkenalkan pada generasi muda Melayu agar berani menjadi usahawan yang berjaya supaya dengan itu ia dapat meningkatkan penguasaan ekonomi bangsa Melayu ke tahap tertinggi kerana selama ini ianya seperti diperlekehkan oleh bangsa lain, malah yang lebih menyedihkan, ada di kalangan bangsa "sendiri" yang berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan