Sikap usahawan / peniaga Melayu

Assalamualaikum...

Melalui pemerhatian saya, pada ketika ini masih ada lagi dari kalangan usahawan atau peniaga Melayu melakukan beberapa kesilapan yang jika dibiarkan akan merosakkan bisnes itu sendiri. Antaranya ialah :
  1. Tiada "wang kecil" untuk urusniaga harian.
  2. Tidak tetap pendirian dalam meletak harga barangan niaga.
  3. Tidak tegas ketika menghadapi pelanggan yang sengaja membuat masalah.
  4. Tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap bisnes yang sedang dijalankan.
  5. Layanan dan kemesraan kurang terhadap bakal pelanggan dan pelanggan.
  6. Berniaga sekadar ikut-ikutan.
  7. Hanya mementingkan keuntungan dalam masa yang sama meminggirkan elemen kebajikkan pelanggan.

Dari zaman "Pak Pandir" hinggalah ke zaman 50 tahun Malaysia merdeka, perasaan hasad dengki, iri hati dan tamak haloba nampaknya masih lagi bersarang dalam minda usahawan Melayu walaupun mereka menjalankan perniagaan kecil-kecilan seperti gerai kuih-muih / makanan.

Sudah acap kali para penceramah atau motivator keusahawanan memberi penekanan terhadap isu ini, namun ianya seperti sukar dikikis dari dalam diri usahawan Melayu di Malaysia.

Diharapkan dari tahun ke tahun, sikap dan corak pemikiran orang Melayu dalam kehidupan, khasnya dalam bidang perniagaan berubah menjadi lebih baik, bersesuaian dengan sambutan bagi mengenangkan peristiwa "Maal Hijrah 1429" yang disambut oleh masyarakat Islam di Malaysia semalam...

Harus diingatkan bahawasanya orang Melayu tiada apa-apa yang istimewa sekiranya ada antara mereka yang memisahkan ajaran Islam dari kehidupan mereka. Islam adalah sumber kekuatan orang Melayu, malah Nabi Muhammad adalah usahawan terunggul di zamannya. Islam memandang mulia bagi penganutnya yang berniaga secara jujur dan beretika mulia.

Penulis menyarankan kepada seluruh keturunan Melayu, khasnya golongan peniaga agar mengamalkan konsep perniagaan yang jujur berlandaskan syariah Islam agar kita menguasai ekonomi Malaysia dan menjadi "UJ" serta "UYU".

Para pembaca ingin tahu apakah yang dimaksudkan oleh penulis mengenai "UJ" dan "UYU" ini....? Penulis akan menerangkannya di artikel yang akan datang....

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com