RM20 juta bantu peniaga Melayu

Uda diberi tugas beli ruang niaga di lokasi strategik untuk disewa kepada usahawan

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) memperuntukkan RM20 juta setahun bagi membantu peniaga Bumiputera menjalankan perniagaan di lokasi strategik di seluruh negara termasuk kompleks beli-belah utama.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata peruntukan itu disalurkan kepada Bahagian Pembangunan Perniagaan, sebuah badan khas yang diwujudkan menerusi Uda Holdings Bhd, yang dipertanggungjawabkan membeli ruang niaga di lokasi strategik untuk disewakan kepada peniaga Bumiputera yang berpotensi.

Beliau berkata, masalah lokasi kurang strategik serta kos sewa ruang perniagaan yang tinggi di kompleks beli-belah utama sering membantutkan usaha peniaga Bumiputera untuk memperkenalkan produk mereka dengan lebih berkesan.

"Justeru, inisiatif yang dilakukan MeCD itu diharapkan dapat membantu mengurangkan masalah pengusaha Bumiputera mendapatkan ruang niaga di lokasi strategik bagi mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih pantas," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, semalam.

~berita diambil dari Berita Harian Online

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com