Dialog usahawan di Kolej Komuniti Selandar

 

Pada 25 September 2013, ICT Niaga Enterprise telah menghadiri satu sesi dialog yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Rangkaian  Komputer, Kolej Komuniti Selandar (Melaka), sempena Program "S.K.I.L.L Attack", untuk memberi ceramah berkaitan dengan keusahawanan.  Dialog yang memfokuskan kepada  kerjaya dan keusahawanan dalam bidang teknologi komputer.  

Sesi forum atau dialog berkenaan diadakan di Dewan Kuliah Kolej Komuniti Selandar. Ianya dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar kolej berkenaan disamping beberapa kakitangan kolej berkenaan yang bertugas mengendalikan program pada hari itu. 

Fokus sesi dialog berkenaan adalah berkisarkan mengenai "kerjaya dan keusahawanan dalam bidang teknologi komputer", namum pihak ICT Niaga Enterprise dimaklumkan oleh En. Amiruddin, iaitu pensyarah di kolej berkenaan bahawa meminta pihak syarikat untuk lebih berkongsikan pengalaman, pengetahuan dan kata-kata nasihat serta motivasi dalam menyediakan diri menjadi usahawan secara umumnya.

Sedang serius menyampaikan perkongsian pengalaman, 
idea dan tips untuk berniaga dan menjadi usahawan

Di dalam ceramah berkenaan, ICT Niaga Enterprise menekankan beberapa konsep untuk menyediakan diri menghadapi cabaran dalam dunia bisnes iaitu "perbezaan mencari rezeki dan mencari duit", membetulkan niat sebelum ingin berniaga atau menjadi usahawan, berfikiran kreatif dan luas dalam perniagaan, tidak meletakkan duit sebagai halangan utama untuk tidak berniaga dan lain-lain motivasi yang dirasakan perlu untuk generasi muda seperti pelajar berkenaan tahu sebelum masuk ke dunia perniagaan.  

ICT Niaga Enterprise juga berkongsikan kepada mereka yang ada di dalam dewan berkenaan berkenaan  dengan bisnes mudah yang boleh disertai mereka serta merta tanpa menggunakan duit sebagai modal utama. Sebelum mengakhiri ceramah pada hari itu, ICT Niaga Enterprise sempat untuk mengingatkan mereka seandainya ingin memulakan sesuatu usaha niaga, amalkan konsep yang diperkenalkan oleh Chef Li iaitu "biar kecil asal berhasil dari besar akhirnya bubar...". Untuk bermula sesuatu yang baru, biarlah bermula dengan kecil-kecilan yang sesuai dengan kekuatan semasa kita.


    
Berbual dan menerima cenderamata dari Hj. Zali Bin Hj. Wahil (Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran), 
mewakili Pengarah Kolej Komuniti Selandar, Melaka

Charav Antivirus 4.9 : antivirus untuk peranti mudah alih

 
Anti virus adalah perisian komputer yang telah diprogramkan untuk melindungi alat-alat elektronik berkomputer seperti komputer dekstop, komputer riba (laptop,notebook, netbook) dan pelbagai lagi peranti elektronik yang telah wujud dipasaran.

Tidak terkecuali telefon selular atau "hand phone" yang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi canggih, yang juga mengandungi kemampuan menyimpan dokumen dan pelbagai jenis perisian komputer di dalam memori yang siap dibina di dalam telefon berkenaan mahupun di dalam kad memori.

Dalam artikel ini, ICT Niaga Enterprise ingin memperkenalkan sebuah perisian anti virus yang direka khas untuk peranti mudah alih yang mempunyai kemampuan capaian internet seperti telefon berasaskan java, telefon pintar atau tab. Anti virus ini dinamakan "Charav Antivirus".

Charav Antivirus adalah antivirus pertama yang direka bentuk khusus untuk telefon dan tablet, boleh didapati di semua platform mudah alih, dan berjalan dengan sentuhan dan / atau alat kunci, tanpa mengira saiz dan resolusi skrin. Digunakan oleh lebih daripada 30 juta pelanggan yang berpuas hati pada anti virus  yang mengumpul 11 ​​tahun pengalaman dalam bidang keselamatan peranti mudah alih.

 Tetapi sebenarnya mengapa anda perlu memilih 'Charav Antivirus'? :


Fungsi Tetap :

- Charav antivirus melindungi dan mempertahankan tablet dan telefon, identiti anda, dan semua kandungannya, walaupun tanpa sambungan internet.


- Mengesan dan membuang virus dan spyware tersembunyi di dalam aplikasi, lampiran kepada e-mel atau fail-fail telefon.
  • Penganalisis automatik: secara automatik mengimbas semua aplikasi sebelum pemasangan. Ini membantu pengguna untuk memastikan mereka dilindungi apabila mereka cuba aplikasi baru.
  • Heuristik: memintas aplikasi masa nyata yang mempunyai tingkah laku yang dipersoalkan.
  • Sensor cap jari: mengesan virus dengan cap jari mereka, yang merupakan standard untuk mengesan virus, spyware dan malware.
  • Emulator: mengemulasi operasi bahagian-bahagian tertentu aplikasi yang mencurigakan.
  • Web Shield: melarang akses ke laman phishing, yang mengandungi malware atau kandungan penipuan, 'Charav Cloud' meningkatkan fungsi ini dan menambah keupayaan mengesan dalam awan maya.
  • Pemecut: Melindungi anda daripada elemen-elemen yang melambatkan peranti anda atau mengenakan anda bayaran untuk jumlah yang tidak dibenarkan, dengan kemas kini dalam wayarles masa sebenar. 
 
Perlindungan Pintar :

Amat bijak. analisis dan mengesan ancaman walaupun tidak diketahui tanpa menggunakan bateri dan tanpa cluttering memori peranti.

  • Perlindungan maksimum, penggunaan minimum sumber peranti dan kesan yang rendah pada penggunaan kuasa bateri.
  • Selepas analisis semua kandungan peranti mudah alih anda, ia memasuki keadaan hibernasi, untuk mengekalkan bateri anda dan mempercepatkan peranti anda.

Charav Cloud (Anda perlu mendaftar untuk mengakses perkhidmatan ini) :

-Sandaran, memulihkan dan menyelaraskan data sensitif anda selamat (Penggunaan penyulitan AES256, HTTPS dan 'Bytewise').

-Memberikan kuasa 'Charav Antivirus' untuk mengesan dalam masa sebenar aplikasi baru yang berniat jahat, virus, dan Pishing.

  • Perlindungan dipertingkatkan: pangkalan data virus sentiasa dikemaskini dan pelayan pengesanan anti-penipuan.
  • Tracker : ia membolehkan anda untuk mencari atau mengesan lokasi telefon bimbit anda atau tablet, di mana sahaja di dunia.
  • Synchronizer : ia menyeragamkan kandungan sensitif peranti mudah alih anda dengan ruang 'Charav Cloud' anda. Jika anda menukar peranti, ia menjaga memindahkan semua data sensitif anda pada peranti baru.
  • Melindungi privasi anda : data sensitif anda, kenalan, mesej dan kata laluan, dengan baik dijaga oleh 'Charav Antivirus' dan disimpan dalam masa nyata pada awan (cloud) peribadi anda.
Untuk muat turun perisian ini, sila klik alamat web di bawah :
http://charav.com/antivirus/download_en.php

**Anda boleh melayari laman web di atas melalui telefon anda.

**Jika anda ingin download menggunakan komputer, sila salinkan "file download" berkenaan dan pindahkannya ke dalam folder yang sesuai dalam kad memori telefon anda. "Install" software berkenaan dari telefon.

**Sebelum membuat sebarang pemasangan, sila buat salinan (backup) data-data penting yang ada dalam perandi mudah alih anda sebagai persediaan untuk keadaan luar jangka.

MKV Player: Full HD HDMI SD/USB Media Player


“Tanpa mengira sama ada TV lama atau TV baru, kini anda boleh menonton movie kegemaran di TV hanya semudah ABC.

Anda seorang yang suka memuat turun video / movie dari internet? Ingin menggunakan TV anda untuk menonton movie kegemaran? TV yang sedia ada boleh menerima input USB (pendrive/portable hard disk) tetapi tidak boleh support format MKV? Format MKV kini sudah semakin popular kerana saiznya yang kecil tetapi mampu memberikan kualiti gambar yang terbaik.

Ada yang membeli media player, tapi tidak dapat play pula kerana media player tersebut tak support format MKV. Natijahnya masa dan duit terbazir begitu sahaja dek kerana membeli tanpa meneliti dahulu spesifikasi produk dan kegunaannya.

Anda gemar melayari laman youtube? Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya video-video di laman youtube boleh dimuat turun dengan menggunakan pelbagai perisian. Salah satunya ialah Internet Download Manager (IDM). Dan video-video yang dimuat turun menggunakan IDM akan mempunyai format FLV yang biasanya dapat dimainkan menggunakan PC/Laptop sahaja.

Jika jawapan anda kepada semua persoalan di atas adalah YA, maka anda harus memiliki produk terbaru kami ini. Produk yang dinamakan Mini Full HD SD/USB Media Player ini telah dikaji dan dikenalpasti sebagai media player terbaik yang sedang berada di pasaran sekarang. Tambahan pula, ianya merupakan yang termurah serta disifatkan sebagai produk mampu milik.

Menampilkan ciri-ciri seperti:
  • USB HOST: boleh membaca peranti storan luaran USB seperti USB HDD atau USB pen drive, dan memainkan atau menguruskan fail.
  • Build-in storan USB 2.0, dengan kapasiti 10MB.
  • Pembaca SD / SDHC. Terus membaca kad SD / SDHC, dan memainkan atau menguruskan fail di TV, boleh membaca kad SD / SDHC juga pada komputer.
  • Menyokong HDMI, CVBS, dan output video YPbPr.
  • Menyokong output audio AV.
  • Video format yang disokong: MKV/AVI/TS/TP/MP4/M4V/MOV/V0B/PMP/MPG/M2TS/FLV/WMV/RM/RMVB/MPEG1 2 4/DIVX (HD 1080p) / WMV9 VC-1 / H 0,264 SP MP HP/H.263 BP
  • Video definisi: Kadar Bit 1920x1080P sehingga kepada 80Mbps
  • Jenis audio yang disokong: MP3, WMA, OGG, AAC, FLAC, APE, AC3, DTS, ATRA.
  • Gambar: JPEG, GIF, PNG, BMP.
  • Fungsi Repeat, Zoom, FastForward, BF, dan fungsi Putar.
  • Fungsi Play semula: auto play dari tempat berhenti sebelumnya.
  • Pengurusan fail: boleh menguruskan fail-fail di dalam peranti yang disambungkan, memadam atau menyalin antara satu sama lain.
  • Menyokong sarikata luar: SRT / ASS (UTF8, GBK, Big5, dll.)
  • Untuk kemudahan, alat kawalan jauh disediakan.
  • Bahasa: Cina, Tradisional Cina, Bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Jepun
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila klik pautan di bawah ini :



Konvensyen Usahawan Muslim 7 September 2013


Sukacita dimaklumkan, satu konvensyen besar-besaran akan diadakan khas untuk golongan usahawan dan bakal usahawan di seluruh malaysia.Konvensyen Usahawan Muslim ini akan diadakan pada 7 Sept 2013, di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang beralamat di Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang

Enam orang Usahawan Muslim yang berjaya akan berkongsikan pengalaman mereka di dalam konvensyen ini. Mereka adalah :
  1. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin - Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd
  2. Dato' Husammudin Yaacub - CEO Kumpulan Media Karangkraf
  3. Dato' Dr. Rusly Abdullah (Chef li) - Mentor Jutawan Senyap
  4. Datuk Nadzim Johan - Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  5. Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan - Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd
  6. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi - Penceramah Bebas 
Yuran penyertaan pula adalah sangat murah. Serendah RM100 seorang (jika mendaftar 3 orang).

Jika anda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan serta menambah rangkaian untuk perniagaan, saya syorkan para usahawan Muslim agar hadir ke konvensyen ini.

Maklumat lanjut boleh dilihat di : http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/

Keperluan ePerolehan peringkat global










Dunia menyaksikan perubahan yang drastik di dalam urusan perolehan negara di setiap benua sehinggakan sistem perolehan secara elektronik ini telah menjadi satu kewajiban dan diwartakan sebagai satu akta kepada majoriti kerajaan-kerajaan dan agensi-agensi pentadbiran mereka.
Hal ini adalah selari dengan perkembangan dan pertambahan urusan perolehan di dalam sektor SME yang berurusan dengan agensi-agensi kerajaan.

Sebagai contoh, statistik pada tahun 2012 terkini menunjukkan bahwa 17% daripada hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Kesatuan Eropah terdiri daripada urusan jual-beli bersama sektor SME. Manakala di Malaysia, dijangka sebanyak RM47.75 bilion akan dibelanjakan pada 2013 bagi kerja-kerja pembangunan kerajaan persekutuan, yang akan turut merangkumi produk dan perkhidmatan dari sektor SME.

Dengan kenaikan jumlah transaksi jual-beli seperti ini, penggunaan sistem perolehan elektronik dan online bagi proses perolehan akan menjadi pemangkin utama untuk mempermudahkan urusan dan menjamin ketelusan urusniaga.
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com