|
|
|
|
|
Dunia menyaksikan perubahan yang drastik di dalam
urusan perolehan negara di setiap benua sehinggakan sistem perolehan secara
elektronik ini telah menjadi satu kewajiban dan diwartakan sebagai satu
akta kepada majoriti kerajaan-kerajaan dan agensi-agensi pentadbiran
mereka. Hal ini adalah selari dengan perkembangan dan pertambahan
urusan perolehan di dalam sektor SME yang berurusan dengan agensi-agensi
kerajaan.
Sebagai contoh, statistik pada tahun 2012 terkini
menunjukkan bahwa 17% daripada hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
bagi Kesatuan Eropah terdiri daripada urusan jual-beli bersama sektor SME.
Manakala di Malaysia, dijangka sebanyak RM47.75 bilion akan dibelanjakan
pada 2013 bagi kerja-kerja pembangunan kerajaan persekutuan, yang akan
turut merangkumi produk dan perkhidmatan dari sektor SME.
Dengan
kenaikan jumlah transaksi jual-beli seperti ini, penggunaan sistem
perolehan elektronik dan online bagi proses perolehan akan menjadi
pemangkin utama untuk mempermudahkan urusan dan menjamin ketelusan
urusniaga. |
|
|
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan