Pada 25 September 2013, ICT Niaga Enterprise telah menghadiri satu sesi dialog yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Rangkaian Komputer, Kolej Komuniti Selandar (Melaka), sempena Program "S.K.I.L.L Attack", untuk memberi ceramah berkaitan dengan keusahawanan. Dialog yang memfokuskan kepada kerjaya dan keusahawanan dalam bidang teknologi komputer.
Sesi
forum atau dialog berkenaan diadakan di Dewan Kuliah Kolej Komuniti
Selandar. Ianya dihadiri oleh lebih 50 orang pelajar kolej berkenaan
disamping beberapa kakitangan kolej berkenaan yang bertugas
mengendalikan program pada hari itu.
Fokus sesi dialog berkenaan adalah
berkisarkan mengenai "kerjaya dan keusahawanan dalam bidang teknologi
komputer", namum pihak ICT Niaga Enterprise dimaklumkan oleh En. Amiruddin, iaitu
pensyarah di kolej berkenaan bahawa meminta pihak syarikat untuk lebih berkongsikan
pengalaman, pengetahuan dan kata-kata nasihat serta motivasi dalam
menyediakan diri menjadi usahawan secara umumnya.
Sedang serius menyampaikan perkongsian pengalaman,
idea dan tips untuk berniaga dan menjadi usahawan
Di
dalam ceramah berkenaan, ICT Niaga Enterprise menekankan beberapa konsep untuk
menyediakan diri menghadapi cabaran dalam dunia bisnes iaitu "perbezaan
mencari rezeki dan mencari duit", membetulkan niat sebelum ingin
berniaga atau menjadi usahawan, berfikiran kreatif dan luas dalam
perniagaan, tidak meletakkan duit sebagai halangan utama untuk tidak
berniaga dan lain-lain motivasi yang dirasakan perlu untuk generasi
muda seperti pelajar berkenaan tahu sebelum masuk ke dunia perniagaan.
ICT Niaga Enterprise juga berkongsikan kepada mereka
yang ada di dalam dewan berkenaan berkenaan dengan bisnes mudah yang
boleh disertai mereka serta merta tanpa menggunakan duit sebagai modal
utama. Sebelum mengakhiri ceramah pada hari itu, ICT Niaga Enterprise sempat untuk
mengingatkan mereka seandainya ingin memulakan sesuatu usaha niaga,
amalkan konsep yang diperkenalkan oleh Chef Li iaitu "biar kecil asal
berhasil dari besar akhirnya bubar...". Untuk bermula sesuatu yang baru,
biarlah bermula dengan kecil-kecilan yang sesuai dengan kekuatan semasa
kita.
Berbual dan menerima cenderamata dari Hj. Zali Bin Hj. Wahil (Ketua Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran),
mewakili Pengarah Kolej Komuniti Selandar, Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan