
Sukacita dimaklumkan, satu konvensyen besar-besaran akan diadakan khas untuk golongan usahawan dan bakal usahawan di seluruh malaysia.Konvensyen Usahawan Muslim ini akan diadakan pada 7 Sept 2013, di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang beralamat
di Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang
Enam orang Usahawan Muslim yang berjaya akan berkongsikan pengalaman mereka di dalam konvensyen ini. Mereka adalah :
- Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin - Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd
- Dato' Husammudin Yaacub - CEO Kumpulan Media Karangkraf
- Dato' Dr. Rusly Abdullah (Chef li) - Mentor Jutawan Senyap
- Datuk Nadzim Johan - Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
- Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan - Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd
- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi - Penceramah Bebas
Yuran penyertaan pula adalah sangat murah. Serendah RM100 seorang (jika mendaftar 3 orang).
Jika anda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan serta menambah rangkaian untuk perniagaan, saya syorkan para usahawan Muslim agar hadir ke konvensyen ini.
Maklumat lanjut boleh dilihat di : http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/
Maklumat lanjut boleh dilihat di : http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan