Ramai yang sedia maklum mengenai kelebihan penggunaan Linux sebagai sistem pengoperasian (OS) pada komputer anda sama ada deskstop mahupun laptop. Sehingga ke hari ini, pelbagai variasi Linux telah dikeluarkan oleh komuniti sumber terbuka dalam menghasilkan versi Linux mereka sendiri mengikut keperluan dan idea masing-masing.
Malah ICT Niaga juga telah memiliki salinan OS Linux Ubuntu versi 10.4. Setelah progran itu di "burn" ke cd, para pengguna diberi kesempatan untuk mencuba OS tersebut sebelum dipasang ( install ) pada komputer. Setelah menguji Linux Ubuntu versi 10.4, ICT Niaga dapati ianya menarik, memiliki fungsi-fungsi yang dilengkapi dengan perisian aplikasi yang kebiasaannya diperlukan oleh pengguna komputer dalam urusan seharian tanpa perlu memasang perisian yang berasingan. Boleh dikatakan ianya "semua dalam satu". Ia juga agak "ringan" dan tidak membebankan kelajuan cpu komputer anda.
Namun, kebanyakkan perisian hari ini masih lagi dibina menggunakan asas landasan Windows. Mungkin kerana itu, ramai pengguna komputer seperti keberatan untuk beralih ke Linux. Namun masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan penggunaan perisian tertentu bagi mengintergrasikan penggunaan perisian berasaskan sistem Windows ke platfom Linux. Bagi tujuan itu, ICT Niaga akan memaklumkan di blog ini pada artikel yang akan datang...
ICT Niaga kini berusia 3 tahun..!
Assalamualaikum.., syukur kepada Allah S.W.T kerana usia ICT Niaga Enterprise pada hari ini telah mengjangkau 3 tahun. Pelbagai dugaan berterusan serta berangkai telah dan sedang syarikat kecil ini lalui. Namun, itu tidak menghalang saya selaku pemilik ICT Niaga memberi perkhidmatan yang sehabis baik untuk para pelanggan yang sudi masuk ke dalam premis ICT Niaga.
Pada "ulang tahun kelahiran" syarikat kecil milik bangsa Melayu ini, saya berdoa agar dapat bertahan dalam iklim Malaysia yang masih kesamaran mencari kesejahteraan ekonomi. Agar dengan itu sambil mencari rezeki, dapatlah juga saya berbakti kepada pelanggan dan orang awam yang kebanyakkannya adalah mahasiswa UiTM cawangan Banda Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Statistik jangkitan virus komputer Jun 2010
Senarai di bawah mengikut susunan jumlah jangkitan seperti yang dilaporkan oleh Kaspersky Lab
1. Trojan-Clicker.JS.Iframe.bb
2. Exploit.JS.Agent.bab
3. Trojan-Downloader.JS.Pegel.b
4. Exploit.Java.CVE-2010-0886.a
5. Trojan.JS.Agent.bhr
6. Exploit.JS.Pdfka.clk
7. not-a-virus:AdWare.Win32.FunWeb.
8. Exploit.JS.Pdfka.ckp
9. Worm.Win32.VBNA.
10. Trojan-Clicker.JS.Agent.ma
Mengikut maklumat yang diperolehi Kaspersky Lab, Malaysia menduduki tangga ke lapan dengan peratusan 2.9%, iaitu dari negara-negara yang mempunyai masalah malware / virus komputer

Fakta-fakta yang aneh mengenai produk keluaran Microsoft
Mungkin para pelayar internet yang "blogwalking" atau "webwalking" pernah terjumpa perkara ini di mana-mana laman web. Di sini ICT Niaga sekadar memaklumkan kepada mereka yang belum pernah terbaca mengenainya.
Di bawah ini adalah antara perkara aneh atau pelik yang berlaku dalam produk keluaran Microsoft, sama ada disengajakan mahupun tidak, iaitu :
1. Cuba anda buat satu folder baru yang kosong pada dekstop anda dengan menekan butang kanan tetikus, kemudian klik NEW dan klik FOLDER. Namakan folder itu dengan con .
2. Buat satu dokumen baru menggunakan NOTEPAD dan taipkan perkataan ini Bush hid the facts atau Bill can not dance. Selepas itu simpan dokumen note pad ini dengan sebarang nama. Kemudian anda buka semula dokumen berkenaan.
3. Buka satu dokumen baru Microsoft Word, kemudian taipkan =rand(200,99). Setelah itu tekan butang ENTER pada papan kekunci.
4. Ini berkaitan dengan tragedi 9/11, iaitu dua pesawat penumpang dikatakan berkod penerbangan Q33NY, yang telah melanggar bangunan WTC ( World Trade Centre ) di New York, USA. Cuba anda taipkan kod penerbangan tersebut di dalam Microsoft Word menggunakan kesemuanya huruf besar. Gunakan saiz tulisan yang besar, dicadangkan gunakan saiz 72. Kemudiannya highlight ( tandakan ) semua huruf tersebut menggunakan mouse dan tukarkan jenis tulisan pada Wingdings. Tulisan yang bertukar karekter itu akan membawa maksud yang bertepatan dengan kejadian yang berlaku pada 11 September 2001 itu...
Ini merupakan secebis kisah dalam Microsoft. Mungkin banyak lagi yang kita tidak ketahui.

Perkomputeran Cloud jimat 50% belanja IT sektor awam
Sektor awam dijangka mampu menjimatkan 50 peratus perbelanjaan teknologi maklumat (IT) menerusi pelaksanaan perkomputeran 'cloud' yang mendapat kerjasama syarikat sistem operasi terkemuka, Microsoft.
Presiden Persatuan Pegawai Sistem Maklumat Malaysia (PERJASA), Datuk Mohamed Rosli Saad, berkata pengenalan perkomputeran cloud menjimatkan separuh perbelanjaan IT namun pada sama memperbaharui tahap efisien operasi.
"Melalui perkomputeran cloud, organisasi kerajaan berupaya menawarkan portal masyarakat interaktif yang disepadukan dengan keseluruhan agensi dan menghantar maklumat bersesuaian," katanya.
Rosli berkata, langkah terbabit selaras dengan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) MSC Malaysia yang menyenaraikan perkomputeran cloud sebagai langkah utama daripada 10 strategi teknologi pada 2010.
Perkomputeran cloud adalah sistem yang menggunakan teknologi maya untuk menghantar dan menyepadukan data di bawah satu bumbung disimpan dalam pusat data.
Sebahagian daripada perkhidmatan e-Kerajaan kini menggunakan elemen perkomputeran cloud seperti MYEG dan Arkib Negara.
Sementara itu, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Ananth Lazarus, berkata kerjasama dengan syarikatnya menepati sasaran ekonomi berasaskan inovasi yang digariskan kerajaan.
"Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan 12 NKEA yang membantu transformasi ekonomi Malaysia yang mempengaruhi pendapatan perkapita tinggi dan ICT adalah satu daripada kunci untuk merealisasikannya," kata Lazarus.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara meningkat 10.1 peratus pada suku pertama tahun ini mencatatkan jumlah tertinggi untuk tempoh sama sepanjang dekad ini," katanya.
Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menggariskan perkomputeran cloud sebagai nadi utama pembangunan perkhidmatan perniagaan kecil dan sederhana (SMB) di negara ini
~ artikel oleh Afiq Hanif, Harian Metro

Langgan:
Catatan (Atom)