MKV Player: Full HD HDMI SD/USB Media Player


“Tanpa mengira sama ada TV lama atau TV baru, kini anda boleh menonton movie kegemaran di TV hanya semudah ABC.

Anda seorang yang suka memuat turun video / movie dari internet? Ingin menggunakan TV anda untuk menonton movie kegemaran? TV yang sedia ada boleh menerima input USB (pendrive/portable hard disk) tetapi tidak boleh support format MKV? Format MKV kini sudah semakin popular kerana saiznya yang kecil tetapi mampu memberikan kualiti gambar yang terbaik.

Ada yang membeli media player, tapi tidak dapat play pula kerana media player tersebut tak support format MKV. Natijahnya masa dan duit terbazir begitu sahaja dek kerana membeli tanpa meneliti dahulu spesifikasi produk dan kegunaannya.

Anda gemar melayari laman youtube? Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya video-video di laman youtube boleh dimuat turun dengan menggunakan pelbagai perisian. Salah satunya ialah Internet Download Manager (IDM). Dan video-video yang dimuat turun menggunakan IDM akan mempunyai format FLV yang biasanya dapat dimainkan menggunakan PC/Laptop sahaja.

Jika jawapan anda kepada semua persoalan di atas adalah YA, maka anda harus memiliki produk terbaru kami ini. Produk yang dinamakan Mini Full HD SD/USB Media Player ini telah dikaji dan dikenalpasti sebagai media player terbaik yang sedang berada di pasaran sekarang. Tambahan pula, ianya merupakan yang termurah serta disifatkan sebagai produk mampu milik.

Menampilkan ciri-ciri seperti:
  • USB HOST: boleh membaca peranti storan luaran USB seperti USB HDD atau USB pen drive, dan memainkan atau menguruskan fail.
  • Build-in storan USB 2.0, dengan kapasiti 10MB.
  • Pembaca SD / SDHC. Terus membaca kad SD / SDHC, dan memainkan atau menguruskan fail di TV, boleh membaca kad SD / SDHC juga pada komputer.
  • Menyokong HDMI, CVBS, dan output video YPbPr.
  • Menyokong output audio AV.
  • Video format yang disokong: MKV/AVI/TS/TP/MP4/M4V/MOV/V0B/PMP/MPG/M2TS/FLV/WMV/RM/RMVB/MPEG1 2 4/DIVX (HD 1080p) / WMV9 VC-1 / H 0,264 SP MP HP/H.263 BP
  • Video definisi: Kadar Bit 1920x1080P sehingga kepada 80Mbps
  • Jenis audio yang disokong: MP3, WMA, OGG, AAC, FLAC, APE, AC3, DTS, ATRA.
  • Gambar: JPEG, GIF, PNG, BMP.
  • Fungsi Repeat, Zoom, FastForward, BF, dan fungsi Putar.
  • Fungsi Play semula: auto play dari tempat berhenti sebelumnya.
  • Pengurusan fail: boleh menguruskan fail-fail di dalam peranti yang disambungkan, memadam atau menyalin antara satu sama lain.
  • Menyokong sarikata luar: SRT / ASS (UTF8, GBK, Big5, dll.)
  • Untuk kemudahan, alat kawalan jauh disediakan.
  • Bahasa: Cina, Tradisional Cina, Bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Jepun
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila klik pautan di bawah ini :



Konvensyen Usahawan Muslim 7 September 2013


Sukacita dimaklumkan, satu konvensyen besar-besaran akan diadakan khas untuk golongan usahawan dan bakal usahawan di seluruh malaysia.Konvensyen Usahawan Muslim ini akan diadakan pada 7 Sept 2013, di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang beralamat di Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 6.00 petang

Enam orang Usahawan Muslim yang berjaya akan berkongsikan pengalaman mereka di dalam konvensyen ini. Mereka adalah :
  1. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin - Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd
  2. Dato' Husammudin Yaacub - CEO Kumpulan Media Karangkraf
  3. Dato' Dr. Rusly Abdullah (Chef li) - Mentor Jutawan Senyap
  4. Datuk Nadzim Johan - Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  5. Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan - Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd
  6. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi - Penceramah Bebas 
Yuran penyertaan pula adalah sangat murah. Serendah RM100 seorang (jika mendaftar 3 orang).

Jika anda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan serta menambah rangkaian untuk perniagaan, saya syorkan para usahawan Muslim agar hadir ke konvensyen ini.

Maklumat lanjut boleh dilihat di : http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/

Keperluan ePerolehan peringkat global










Dunia menyaksikan perubahan yang drastik di dalam urusan perolehan negara di setiap benua sehinggakan sistem perolehan secara elektronik ini telah menjadi satu kewajiban dan diwartakan sebagai satu akta kepada majoriti kerajaan-kerajaan dan agensi-agensi pentadbiran mereka.
Hal ini adalah selari dengan perkembangan dan pertambahan urusan perolehan di dalam sektor SME yang berurusan dengan agensi-agensi kerajaan.

Sebagai contoh, statistik pada tahun 2012 terkini menunjukkan bahwa 17% daripada hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Kesatuan Eropah terdiri daripada urusan jual-beli bersama sektor SME. Manakala di Malaysia, dijangka sebanyak RM47.75 bilion akan dibelanjakan pada 2013 bagi kerja-kerja pembangunan kerajaan persekutuan, yang akan turut merangkumi produk dan perkhidmatan dari sektor SME.

Dengan kenaikan jumlah transaksi jual-beli seperti ini, penggunaan sistem perolehan elektronik dan online bagi proses perolehan akan menjadi pemangkin utama untuk mempermudahkan urusan dan menjamin ketelusan urusniaga.

Promosi Ramadhan : Kursus komputer RM55.00


Sempena ketibaan bulan Ramadhan (bulan puasa) yang mulia ini, ICT Niaga Enterprise menawarkan peluang kepada rakyat negeri Melaka untuk menyertai kursus komputer selama dua hari pada kadar harga yang murah iaitu hanya RM55.00 sahaja.

Kursus ini dijalankan di pejabat operasi ICT Niaga Enterprise di Kelab Usahawan Giatmara Melaka (KUG Melaka), Tingkat 4, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka. Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan (link) di bawah ini untuk ke blog khas kursus berkenaan :

K-Ekonomi di Melaka



Apa itu K-Ekonomi?

K-Ekonomi adalah satu cabang ekonomi berasaskan pengetahuan. Ekonomi berasaskan pengetahuan adalah satu sistem ekonomi di mana generasi dan eksploitasi ilmu serta pengetahuan memainkan peranan yang penting dalam membina kekayaan. Bagi negara-negara maju, lebih daripada 70% daripada tenaga manusia adalah pekerja pengetahuan.

K-Ekonomi di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka telah ditubuhkan pada tahun 2001 untuk membantu kerajaan dalam menterjemahkan cara baru ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai pemangkin untuk ICT.

Selain daripada pelaksanaan 12 kemegahan dan penasihat kepada pembangunan teknologi, Bahagian K-Ekonomi juga bertindak sebagai pengurus cybercenter di Melaka. Pada Sebaliknya K-Ekonomi Bahagian perkhidmatan sebagai sehenti Pusat ICT perlu bagi Negeri Melaka dan kerja di tangan dengan Invest Melaka perkara-perkara yang berkaitan untuk semua pelaburan.

Moto

Menjana Pengetahuan, Membina Kekayaan & Menjamin Kesejahteraan

Peranan
 
*  K-Ekonomi terutamanya bertujuan membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan dengan menghapuskan jurang digital dan pengetahuan. Tumpuan difokuskan untuk mengurangkan jambatan jurang digital di kalangan komuniti pribumi, negeri, bandar-bandar dan kawasan pedalaman, termasuk kumpulan terpinggir seperti buta huruf, warga emas dan orang kurang upaya.

* Menyediakan kemudahan untuk menarik pelabur ICT ke Melaka, dan pengantara antara kerajaan Negeri dan pelabur.
 
*   Mengenalpasti pembiayaan yang boleh digunakan untuk membangunkan industri ICT di Melaka.
 
*   Penyelidikan Tempatan dan Pembangunan pusat pengumpulan produk bagi tujuan pengkomersilan.
 
*   Menyediakan infrastruktur asas untuk usahawan ICT di Melaka.


Untuk ke laman web K-ekonomi negeri Melaka, klik DI SINI

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com