Statistik Malware/Virus Oktober 2010
1. Net-Worm.Win32.Kido.ir
2. Virus.Win32.Sality.aa
3. Net-Worm.Win32.Kido.ih
4. Trojan.JS.Agent.bhr
5. Exploit.JS.Agent.bab
6. Virus.Win32.Virut.ce
7. Packed.Win32.Katusha.o
8. Worm.Win32.FlyStudio.cu
9. Virus.Win32.Sality.bh
10. Exploit.Win32.CVE-2010-2568.d
(Susunan mengikut jumlah kes yang dilaporkan oleh Kaspersky Lab)
Statistik jangkitan malware komputer September 2010
Susunan mengikut jumlah kes yang dilaporkan.
1. Net-Worm.Win32.Kido.ir
2. Virus.Win32.Sality.aa
3. Net-Worm.Win32.Kido.ih
4. Trojan.JS.Agent.bhr
5. Exploit.JS.Agent.bab
6. Worm.Win32.FlyStudio.cu
7. Virus.Win32.Virut.ce
8. Net-Worm.Win32.Kido.iq
9. Exploit.Win32.CVE-2010-2568.d
10. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
1. Net-Worm.Win32.Kido.ir
2. Virus.Win32.Sality.aa
3. Net-Worm.Win32.Kido.ih
4. Trojan.JS.Agent.bhr
5. Exploit.JS.Agent.bab
6. Worm.Win32.FlyStudio.cu
7. Virus.Win32.Virut.ce
8. Net-Worm.Win32.Kido.iq
9. Exploit.Win32.CVE-2010-2568.d
10. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql
Teknologi berkembang beri kesan cara penyampaian ucapan hari raya


Dengan teknologi yang semakin berkembang dan seiring dengan peningkatan harga barang mentah untuk bahan cetakkan serta harga setem, kini ucapan hari raya dihantar melalui sms dan pilihan yang paling menarik ialah kad ucapan elektronik. Sama ada kad ucapan elektronik yang telah siap direka oleh pengendali web tertentu mahupun yang diberi sentuhan peribadi oleh individu-individu kreatif dengan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Ulead Photo Impact.
Fenomena ketika ini ialah penghantaran ucapan kad raya elektronik (e-card) melalui laman web rangkaian sosial seperti Friendster dan Facebook. Selain itu e-mel dan blog masih lagi menjadi pilihan popular oleh generasi kini yang semakin "celik IT", ditambah lagi dengan kempen kerajaan dengan cubaan mewujudkan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan Inisiatif Jalur Lebar Negara. dengan kewujudan teknologi seperti ini dapat membantu mempercepatkan ucapan dihantar dengan kos yang paling efektif atau rendah. Maka tiada alasan untuk tidak mengeratkan perhubungan persahabatan dan kekeluargaan.
Aidilfitri dirai pada 10 September 2010
ICT Niaga Enterprise mengambil kesempatan di ruangan siber ini dengan mengucapkan Salam lebaran dan berhati-hati dalam setiap langkah dan perjalanan anda menuju ke destinasi yang diingini. ICT Niaga Enterprise akan berpindah ke premis baru dalam bulan syawal ini ataupun pada bulan berikutnya bagi memperkemaskan lagi strategi perniagaan dan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
Bilangan laman web digodam (hack) meningkat di musim perayaan.
Menurut sumber yang diperolehi oleh ICT Niaga, pada musim perayaan "hakers" mengambil peluang dari "percutian" webmaster atau blogmaster untuk menggodam laman web dan blog tertentu bagi mencuri maklumat ataupun atas dasar suka-suka.
Walauapapun niat mereka, seperti juga peringatan semasa anda ingin meninggalkan rumah, pastikan laman web anda selamat dan jika boleh anda hendaklah memantau sekerap yang mungkin walaupun sedang beraya (itupun jika anda rasa laman web anda sesuatu yang penting).
Sebaiknya anda haruslah membuang segala aplikasi mahupun kod yang disyaki tidak selamat dari laman web atau blog anda. Ini bagi memastikan tiada "pintu-pintu" terbuka untuk malware atau hakers coding untuk mengacau-bilaukan laman web dan blog tertentu, yang mungkin kurang pengawasan semasa musim perayaan ini.
Sekiranya anda mengesan sebarang kegiatan penggodaman di laman web anda, sila hubungi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat aduan, iaitu di talian 03 8688 8303. Maklumat lanjut mengenai hal berkaitan, boleh dirujuk pada laman web berikut :
http://www.skmm.gov.my/cybersecurity
Langgan:
Catatan (Atom)



