PIKOM PC FAIR 2009 (II)


7 Ogos - 9 Ogos 2009 (11:00am - 9:00pm)

Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir

Seminar Kenali Potensi Diri - Dr. Azizan Osman

ICT Niaga Enterprise telah menyertai "Seminar Kenali Potensi Diri" yang disampaikan oleh Dr. Azizan Osman iaitu pengasas Richworks Resources.
Seminar tersebut diadakan di Dewan C, Pusat Persidangan, MITC Ayer Keroh, Melaka pada 12 Julai 2009. Seminar ini merungkaikan potensi diri seseorang melalui nombor-nombor yang terhasil dari perkiraan tarikh lahir, yang mana menggunakan kaedah sains metafizik serta pengkajian terperinci terhadap persekitaran dan tingkahlaku seseorang.

Infolient tingkatkan jalur lebar 50 peratus

KUALA LUMPUR 12 Julai 2009 - Penyedia perkhidmatan Internet baru Malaysia, Infolient berhasrat membantu penduduk kampung untuk celik komputer dengan menyediakan pusat pembelajaran komputer kepada mereka.
Pengarah Urusan Kumpulan, Eric Chong berkata, pusat pembelajaran komputer tersebut akan mengajar penduduk kampung maklumat asas seperti menghantar e-mel, mencari maklumat dan menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian.
''Hubungan Internet membolehkan mereka berhubung dengan dunia luar dan menjadi sebahagian daripada revolusi digital.
''Setakat ini, kami sedang berbincang dengan majlis perbandaran dan kerajaan negeri untuk menawarkan perkhidmatan kepada komuniti kecil tersebut,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini. Tambah Chong, pada waktu ini penembusan jalur lebar di Malaysia adalah sebanyak 25 peratus atau 1.3 juta pelanggan seluruh negara.
''Kami merancang untuk bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mencapai sasaran penembusan jalur lebar sebanyak 50 peratus menjelang 2010,'' katanya. Infolient bermula dengan menyediakan perkhidmatan pukal untuk Telekom Malaysia pada 2004, tiga tahun kemudian mereka diberikan lesen sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar.
Chong berkata, kewujudan mereka adalah untuk menyediakan alternatif kepada perkhidmatan sedia ada berbanding bersaing dengan penyedia perkhidmatan yang lain.

~sumber dari Utusan online

PIKOM rancang program ICT

Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM) merancang pelbagai program sempena Bulan(ICT) Industri Komunikasi dan Maklumat Kebangsaan (NIM) tahun ini.
Menurut persatuan itu, NIM bertujuan meningkatkanlagi kesedaran, permintaan dan menangani isu dan peluang dalam industri ICT negara. Timbalan Pengerusi PIKOM, Wei Chuan Beng (gambar), berkata NIM 2009 akan berlangsung dari 20 Julai hingga 20 Ogos, membabitkan pelbagai program bagi memberi manfaat kepada perniagaan, kerajaan, akademik dan masyarakat.
Menurutnya, acara meliputi persidangan utama Sidang Kemuncak Kepimpinan PIKOM serta jualan PC.
"Kami berharap aktiviti ICT sepanjang sebulan itu menyemarakkan industri ICT domestik," katanya.
Wei yang juga pengerusi penganjur NIM 2009 berkata, sepanjang tempoh itu, PIKOM melancarkan kempen perintis e-sisa bagi mendidik pengguna mengenai pentingnya kitar semula perkakasan elektrik dan elekronik.
Persatuan itu juga menganjur kempen membeli dalam talian pada bulan itu bagi mempromosikan aktiviti e-dagang dalam negara, katanya.
~sumber dari Harian Metro, Isnin, 6 Julai 2009

Telekom Malaysia Product Presentation

Tarikh : 19 Jun 2009
Tempat : King's Hotel Ayer Keroh, Melaka



Jamuan "Hi-Tea" disediakan untuk para pelanggan TM
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com