Statistik jangkitan virus komputer Julai 2010

Senarai disusun mengikut jumlah kes tertinggi


1. Net-Worm.Win32.Kido.ir

2. Virus.Win32.Sality.aa

3. Net-Worm.Win32.Kido.ih

4. Net-Worm.Win32.Kido.iq

5. Exploit.JS.Agent.bab

6. Trojan.JS.Agent.bhr

7. Worm.Win32.FlyStudio.cu

8. Virus.Win32.Virut.ce

9. Trojan-Downloader.Win32.VB.eql

10. Worm.Win32.Mabezat.b

Linux di pc? Sudahkah anda bersedia..?

Ramai yang sedia maklum mengenai kelebihan penggunaan Linux sebagai sistem pengoperasian (OS) pada komputer anda sama ada deskstop mahupun laptop.  Sehingga ke hari ini, pelbagai variasi Linux telah dikeluarkan oleh komuniti sumber terbuka dalam menghasilkan versi Linux mereka sendiri mengikut keperluan dan idea masing-masing.

Malah ICT Niaga juga telah memiliki salinan OS Linux Ubuntu versi 10.4. Setelah progran itu di "burn" ke cd, para pengguna diberi kesempatan untuk mencuba OS tersebut sebelum dipasang ( install ) pada komputer.  Setelah menguji Linux Ubuntu versi 10.4, ICT Niaga dapati ianya menarik, memiliki fungsi-fungsi yang dilengkapi dengan perisian aplikasi yang kebiasaannya diperlukan oleh pengguna komputer dalam urusan seharian tanpa perlu memasang perisian yang berasingan.  Boleh dikatakan ianya "semua dalam satu".  Ia juga agak "ringan" dan tidak membebankan kelajuan cpu komputer anda.

Namun, kebanyakkan perisian hari ini masih lagi dibina menggunakan asas landasan Windows.  Mungkin kerana itu, ramai pengguna komputer seperti keberatan untuk beralih ke Linux.  Namun masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan penggunaan perisian tertentu bagi mengintergrasikan penggunaan perisian berasaskan sistem Windows ke platfom Linux.  Bagi tujuan itu, ICT Niaga akan memaklumkan di blog ini pada artikel yang akan datang...

ICT Niaga kini berusia 3 tahun..!

Assalamualaikum.., syukur kepada Allah S.W.T kerana usia ICT Niaga Enterprise pada hari ini telah mengjangkau 3 tahun.  Pelbagai dugaan berterusan serta berangkai telah dan sedang syarikat kecil ini lalui.  Namun, itu tidak menghalang saya selaku pemilik ICT Niaga memberi perkhidmatan yang sehabis baik untuk para pelanggan yang sudi masuk ke dalam premis ICT Niaga.

Pada "ulang tahun kelahiran" syarikat kecil milik bangsa Melayu ini, saya berdoa agar dapat bertahan dalam iklim Malaysia yang masih kesamaran mencari kesejahteraan ekonomi.  Agar dengan itu sambil mencari rezeki, dapatlah juga saya berbakti kepada pelanggan dan orang awam yang kebanyakkannya adalah mahasiswa UiTM cawangan Banda Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Statistik jangkitan virus komputer Jun 2010

Senarai di bawah mengikut susunan jumlah jangkitan seperti yang dilaporkan oleh Kaspersky Lab

1.   Trojan-Clicker.JS.Iframe.bb
2.   Exploit.JS.Agent.bab
3.   Trojan-Downloader.JS.Pegel.b
4.   Exploit.Java.CVE-2010-0886.a
5.   Trojan.JS.Agent.bhr
6.   Exploit.JS.Pdfka.clk
7.   not-a-virus:AdWare.Win32.FunWeb.
8.   Exploit.JS.Pdfka.ckp
9.   Worm.Win32.VBNA.
10.  Trojan-Clicker.JS.Agent.ma

Mengikut maklumat yang diperolehi Kaspersky Lab, Malaysia menduduki tangga ke lapan dengan peratusan 2.9%, iaitu dari negara-negara yang mempunyai masalah malware / virus komputer

Fakta-fakta yang aneh mengenai produk keluaran Microsoft

Mungkin para pelayar internet yang "blogwalking" atau "webwalking" pernah terjumpa perkara ini di mana-mana laman web.  Di sini ICT Niaga sekadar memaklumkan kepada mereka yang belum pernah terbaca mengenainya.

Di bawah ini adalah antara perkara aneh atau pelik yang berlaku dalam produk keluaran Microsoft, sama ada disengajakan mahupun tidak, iaitu :

1. Cuba anda buat satu folder baru yang kosong pada dekstop anda dengan menekan butang kanan tetikus, kemudian klik NEW dan klik FOLDER. Namakan folder itu dengan con .

2. Buat satu dokumen baru menggunakan NOTEPAD dan taipkan perkataan ini Bush hid the facts atau Bill can not dance.  Selepas itu simpan dokumen note pad ini dengan sebarang nama.  Kemudian anda buka semula dokumen berkenaan.


3. Buka satu dokumen baru Microsoft Word, kemudian taipkan =rand(200,99). Setelah itu tekan butang ENTER pada papan kekunci.


4. Ini berkaitan dengan tragedi 9/11, iaitu dua pesawat penumpang dikatakan berkod penerbangan Q33NY, yang telah melanggar bangunan WTC ( World Trade Centre ) di New York, USA.  Cuba anda taipkan kod penerbangan tersebut di dalam Microsoft Word menggunakan kesemuanya huruf besar.  Gunakan saiz tulisan yang besar, dicadangkan gunakan saiz 72.  Kemudiannya highlight ( tandakan ) semua huruf tersebut menggunakan mouse dan tukarkan jenis tulisan pada Wingdings.  Tulisan yang bertukar karekter itu akan membawa maksud yang bertepatan dengan kejadian yang berlaku pada 11 September 2001 itu...

Ini merupakan secebis kisah dalam Microsoft.  Mungkin banyak lagi yang kita tidak ketahui.
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com