Saya Ahmad Zaki sebagai pemilik tunggal ICT Niaga Enterprise mengucapkan salam syawal kepada semua umat Islam di Malaysia terutamanya kepada pelanggan yang sedia ada mahupun bakal pelanggan.
Kini ICT Niaga Enterprise dalam proses penstrukturan semula promosi perkhidmatan. Diharapkan sesiapa yang tahu mengenai perkhidmatan ICT Niaga Enterprise ataupun mengenali saya, agar menghebahkan kepada rakan-rakan mahupun sesiapa yang memerlukan perkhidmatan berkaitan komputer dan multimedia.
Diharapkan anda adalah antara insan yang bersama-sama saya memperkasakan ICT Niaga Enterprise di persada perkhidmatan servis komputer dan multimedia. Cita-cita saya untuk menjadikan ICT Niaga Enterprise sebagai syarikat milik bangsa Melayu Islam yang dapat menjana ilmu dan ekonomi umat Islam di Malaysia.
Anda boleh berjumpa saya di 1.3B tingkat 1, Kompleks Hang Tuah dalam waktu 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Sabtu. Ataupun di Kampung Tanjung Rimau Dalam. Minta kerjasama dari anda agar menghubungi saya terlebih dahulu sebelum datang berjumpa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan