MARA percepat tempoh proses salur pinjaman

Kuala Lumpur : Tempoh proses penyaluran pinjaman MARA akan dipercepatkan kepada dua minggu bagi setiap permohonan, berkuat kuasa serta merta.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tindakan itu dilakukan memandangkan tempoh empat bulan sebelum ini terlalu lama selain memastikan pinjaman dapat disalurkan dengan segera tanpa kerenah birokrasi.

Katanya, MARA kini dalam proses melakukan perubahan memperbaiki sistem penyampaian supaya tidak timbul isu kelewatan menyalurkan pinjaman kepada usahawan Bumiputera.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Nam Marthinin sudah mengadakan mesyuarat dan mengeluarkan arahan kepada kakitangannya mempercepatkan proses penyaluran pinjaman itu.

"Kita akan memastikan setiap permohonan dapat diluluskan dalam masa singkat iaitu dua minggu saja", katanya pada sidang media selepas melancarkan Business Solution Centre, di sini, semalam.

Hadir sama, Nam Marthinin dan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Mohamad Samion.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan pengurusan MARA menyalurkan pinjaman.

Sementara itu, Idris berkata MARA sudah meluluskan pinjaman RM1.2 bilion sejak 2006 hingga tahun ini.

~ Artikel diambil dari Harian Metro, 14 Oktober 2008

Tiada ulasan:

visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com