Virus "perompak" maklumat : worm win32 flame


Kaspersky Lab mengesan satu program virus berniat jahat yang sangat licik, Worm.Win32.Flame, yang kini digunakan secara aktif sebagai senjata siber yang mengancam entiti di beberapa negara.

Worm.Win32.Flame boleh mencuri maklumat penting, termasuk tetapi tidak terhad, kepada kandungan paparan komputer, maklumat mengenai sistem sasaran, fail yang disimpan, data hubungan, malah perbualan audio, kata syarikat antivirus berkenaan.
Perisian perosak itu ditemui oleh pakar Kaspersky Lab semasa siasatan yang dimulakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU). ITU ialah agensi utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi teknologi komunikasi dan maklumat.

Kajian awal mendapati perisian perosak yang dikenali sebagai Flame sudah muncul lebih dua tahun lepas – sejak Mac 2010. Berdasarkan kedudukannya yang sangat kompleks, selain bentuk sasaran serangan, tiada perisian keselamatan yang dapat mengesannya. Kaspersky Lab berkata pakar-pakarnya kini menjalankan analisis mendalam ke atas Flame. Dalam tempoh beberapa hari siri catatan blog akan mendedahkan lebih banyak maklumat ancaman baharu itu apabila ia didedahkan.

Sementara itu, ITU akan menggunakan rangkaian Rakan Usaha Sama Multilateral Menentang Ancaman Siber (IMPACT) yang melibatkan 142 negara dan beberapa penggiat industri, termasuk Kaspersky Lab, bagi memberi amaran kepada kerajaan dan komuniti teknikal mengenai ancaman siber ini dan menyegerakan analisis teknikal.

– Bernama

Google menceritakan proses penghantaran emel

 

Penggunaan emel kini sudah semakin luas selari dengan perkembangan teknologi internet dan komputer.  Seperti juga rangkaian laman web sosial, emel pada dahulunya, dalam 10 ke 20 tahun lepas, adalah sesuatu yang kurang dikuasai dan dimiliki oleh pengguna komputer.

Namun kini hampir kesemua rakyat di Malaysia terutamanya generasi belia atau mereka yang bekerja dalam sektor-sektor tertentu diwajibkan mempunyai akaun emel.  Perkembangan ini juga dirangsang oleh pendidikan berkomputer dan internet di peringkat sekolah rendah dan menengah, lantas menjadikan emel suatu kemestian dalam masyarakat, apatah lagi pada mereka yang berniaga sepenuh masa atau sambilan yang menggunakan kaedah pemasaran internet.

Google memalui produk emelnya iaitu Gmail telah menjadi antara penyedia perkhidmatan emel berasaskan laman web secara percuma yang terkenal dan sering bersaing dengan hotmail yang dikuasai oleh Microsoft Corporation, Yahoo! Mail milik Yahoo incorporated dan beberapa lagi penyedia khidmat emel yang menjadi penggerak dan "pemain" dalam industri penghantaran mesej.

Video berikut memaparkan secara ringkas apakah yang terjadi ketika emel dihantar sebaik sahaja pengguna menekan butang "send"...


Menyimpan paparan skrin monitor (print screen)

 
Label dan kedudukan butang untuk fungsi "print screen" adalah berbeza mengikut pengeluar papan kekunci berkenaan.


Kesemua paparan yang muncul di skrin komputer dapat disimpan untuk rujukan pada masa lain. Ini penting apabila melakukan transaksi "on-line" seperti perbankan internet.  Dengan kemudahan penyimpanan imej yang dipaparkan, imej transaksi boleh disimpan tanpa perlu mencetak imej transaksi setiap kali transaksi dilakukan.  Kemudahan penyimpanan imej ini sebenarnya memang wujud dalam sistem pengoperasian semua komputer namun tidak dinyatakan secara lebih lanjut.  

Untuk menyimpan imej yang dipaparkan pada skrin, butang papan kekunci berlabel "Print Screen" atau "Prt Scr Sys Rq" boleh digunakan.  Label dan kedudukannya bergantung kepada kilang pengeluar papan kekunci tersebut.  Adalah dimaklumkan bahawa kedudukan butang ini juga berbeza antara papan kekunci bagi komputer jenis "personal computer" atau laptop.

Apabila ia ditekan, imej skrin disimpan dalam memori, dan boleh dipaparkan semula dengan menggunakan arahan ‘Paste’ dalam perisian seperti Paint, Microsoft Word dan lain-lain aplikasi mengikut sistem pengoperasian yang anda gunakan.

Jika anda hendak merakamkan hanya "kotak dialog" tanpa latarbelakangnya, anda hanya perlu menekan butang “ALT” semasa menekan butang "Print Screen" atau "Prt Sc Sys Rq".  Apabila anda menekan kedua-dua butang tersebut, hanya kandungan tetingkap teratas sahaja akan dirakamkan. Teknik yang sama juga boleh digunakan untuk menghasilkan buku rujukan atau manual penggunaan perisian.

Terkini : AVG Internet Security 2012


Anti Virus Grosift atau lebih dikenali sebagai AVG yang berpangkalan di negara Czech Republic, telah mengeluarkan produk terkini dalam kategori keselamatan internet iaitu AVG Internet Security 2012.  Ia menyediakan perlindungan berprestasi tinggi untuk ketenangan fikiran apabila membeli-belah, perbankan atau menonton video dalam talian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri terkini AVG Internet Security 2012, sila lawati laman web AVG dengan klik pautan di bawah :

Fungsi Kekunci F4 pada "keyboard"

 


Ada beberapa cara menggunakan fungsi F4 terletak pada keyboard (papan kekunci) iaitu seperti:

  • Anda boleh menggunakannya untuk menutup aplikasi yang terbuka. Pastikan program yang anda ingin tutup dipilih dahulu, tekan Alt + F4 dan secara automatik ia akan menutup tetingkap. 
  • Jika anda menggunakan salah satu aplikasi tunggal yang mempunyai pelbagai dokumen di dalamnya, tekan Ctrl + F4 dan ia hanya akan menutup satu tetingkap, bukan keseluruhan program.
  • Anda juga boleh menggunakan F4 untuk mematikan komputer anda. Pastikan semua program anda tertutup dan tekan Alt + F4. Itu akan memunculkan kotak "Turn off computer" dan anda boleh meneruskan dengan normal untuk shut down. Menekan Alt + F4 adalah sama pada Mula, Matikan komputer.
visitor stats

Artikel dari Busuk.org

Pingje.com news

Directory

BloggerMelayu.com Rakaniaga.NetBlogMalaysia.com